Monday, April 23, 2012

Cerita jiwa atau dunia ?




Aku tidak keseorangan
Sering ada peneman duka lara jiwa mengusik minda
Sering ada saja yang sanggup berkorban mendengar cerita jiwa
Hanya aku
Aku perlu memilih
Untuk menjadi kan cerita hidupku suatu rahsia
Atau berita tersebar luas di mata dunia
Hanya aku yang memilih untuk mengejar cita citaku
Atau terus membiarkan khayalan angan angan terus menyusuri mimpi mimpiku

Walau duka mahupun bahagia
Semua rasa ini adil tersemat di jiwa insan bernama manusia..
Kadang kala kenangan menghantui jiwa..
Kegembiraan yang jelas terpancar di luaran hanyalah tembok penghalang
Segala kedukaan yang penuh emosi

Tak siapa tahu
Tak siapa peduli
Tapi ada hati yang mengerti
Kepercayaan juga keyakinan antara hati harus kuat
Untuk menembusi keindahan di akhirnya ..

© ORIGINAL ®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
♥syiralokman.blogspot.com♥

Friday, April 20, 2012

Redha itu Bahagia

Assalammualaikum
hye semua.. !


REDHA ITU BAHAGIA.. !

percayalah..Syira pernah alaminya..
Allah maha adil ^_^

#bila hati kecewa..bukan kesedihan yang berpanjangan.
bila jiwa bahagia..bukan kegembiraan yang berterusan.
Kehidupan manusia berputar..
jika jiwa dekat dengan-Nya..
InsyaAllah.. hidup dalam keredhaan :)

Saturday, April 7, 2012

Pastikan cinta benar-benar cinta bukannya kebodohan :)

Assalammualaikum
hye semua !



Memang menjadi lumrah hati ingin mencintai dan dicintai,
hadirnya perasan itu kadang kala bukan kehendak diri tetapi ia muncul tanpa kita sedari..
Tak salah untuk merasainya tetapi janganlah terlalu asyik dibuai mimpi hingga lupa keagungan Ilahi..
Cinta terlalu sukar untuk ditafsirkan,ianya terlalu meluas hingga kita sendiri kadang kala tidak faham mainan cinta dunia.


1.Lelaki dan perempuan mencintai antara satu sama lain dan atas takdir Allah mereka disatukan..

2.Kita masih mampu tersenyum dan mendoakan kebahagiaannya walaupun terpaksa melepaskan dia pergi.

3.Lelaki dan perempuan bercinta dan bahagia..setelah bertahun lamanya mereka terpaksa berpisah bukan kerana hilangnya rasa cinta,tetapi mereka terpaksa berpisah atas faktor luaran.

4.Kita sanggup menunggu seseorang bertahun lamanya walaupun kita tahu dia tidak akan menjadi milik kita.

5.Kita sanggup berkorban apa sahaja untuk dirinya dan sentiasa menjaganya namun kita juga tidak lalai untuk menjaga diri sendiri.

6.Kita setia menjaganya walaupun dia memilih untuk meninggalkan kita dan bersama yang lain.

Adakah semua ini cinta ?? fikirkanlah...

#Cinta sukar dilihat dan ditafsirkan tetapi kita rasa.
 kadang kadang kesedihan itu yang akan membawa berjuta kegembiraan kelak..
 berkorban dalam percintaan itu boleh tapi..
 pastikan cinta benar-benar cinta bukannya kebodohan :)
 Hanya Allah yang Maha Mengetahui ...


Thursday, April 5, 2012

Ukir kesabaran di hati :)

Seorang lelaki yang betul betul mencintai anda tidak akan meninggalkan anda walau sesukar mana keadaan sekalipun.

Seorang wanita yang benar benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara,tetapi akan terus menerima anda seadanya walau anda telah menyakiti hatinya.



#cinta itu istimewa..hanya Allah yang tahu siapa benar benar layak mencintai kita .

Anything can happen,life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt anyone.
Every struggle in your life has shaped you into the person you are today.

Bersyukur dengan kesusahan yang telah kita hadapi kerana semua perkara itu yang buat kita kuat! ^_^
SABAR ..sentiasalah ukir kesabaran di hati :)

Tuesday, April 3, 2012

Kuatkan semangat..Teruskan hidup :)

  • Terkadang hidup tidak seperti apa yang kamu inginkan . Kamu harus bersiap sedia dengan kemungkinan apa pun meski kemungkinan yang paling buruk sekali .


  • Jangan terperuk hanya kerana ada orang yang mengecewakan kamu . Kerana diluar sana banyak lagi yang menanti senyuman manismu .


  • Tidak perlu bersedih kerana kekurangan . PERCAYALAH , Tuhan pasti memberi kelebihan kepada setiap orang yang memiliki kekurangan .


  • Kebaikan membawa kemuliaan . Akan ada banyak orang yang mendoakanmu kerana kebaikan yang telah kamu buat .


  • Masalah tidak seharusnya membuat kamu menyerah ! Kerana masalah akan membuat kamu kuat jika kamu mahu belajar dan mengambil hikmah .


  • Hidup ini singkat , maka janganlah kamu membuatnya lebih singkat dengan melakukan perkara yang sia-sia .


  • Perbezaan tidak seharusnya membuat kamu berpisah , kerana seharusnya perbezaan menyedarkanmu bahawa kamu dan dia saling memerlukan .


  • Tidak perlu kamu kesali dengan kesalahan dahulu . Kerana semakin kamu sesali semakin lama hidup kamu dalam kesedihan . Maafkan dan lupakan !




#apa pun yang jadi...harus kuatkan hati..terus berdoa kepada Allah ^_^ insyaAllah..
segala galanya akan baik baik saja ^_^
kuatkan semangat , teruskan hidup !


jom baca blog kawan baik Syira ni dyla and like juga page kami yea PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg