"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, February 28, 2012

Insya-Allah..suatu hari nanti :)

Assalammualaikum
hye semua !

klik gambar untuk saiz yang lebih besar



Syira harap one day Syira akan berubah jadi macam gambar tu :)
Insya-Allah..doakan yea ^_^

#jom like page PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg.TERIMA KASIH !


Monday, February 27, 2012

Header baru !


Assalammualaikum
Hye semua !

Nak tahu something tak??.. Syira dapat header baru ! ^_^
*wink wink..

ni la header baruu tu :D

act,Syira jadi follower ke 500 blog comel adik imanulaisyah ..
so,dia buatkan Syira header yang sweet and simple atas tu :D
act,ni header yang first dia bagi..
waa~~ sweet je ! suka tengokk
so,Syira try la letak kat blog..sesuai !! :D
tapi ada 1 masalah pulakk...
alahaiii...warna tulisan tu tak nampak..
so,adik ni dengan baik hatinya tukar warna tulisan tuu bagi terang sikit..
Nak tengok header blog Syira yang lama??...tengok bawah ni..

ni la header Syira yang lama..
dari awal berblog Syira guna header ni je
..wahai pembaca setia blog Syira Lokman..jom la terjah blog adik ni.. KLIK SINI !..

#terima kasih adik! akak suka ! :D heee~~ nanti buat lagi ek?? :P


Friday, February 24, 2012

Gulai Taucu

Assalammualaikum
hye..

AGAIN! resepi baru lagi,maklum le,,tengah berjinak jinak belajar masak..hehee
saja nak share resepi dengan kamu semua,jom cuba !

IKAN MASAK TAUCU/GULAI TAUCU
lama dah Syira masak ni sebenarnye..
hehe..sekarang baru rajin nak share resepi..
jom la cuba! :D

BAHAN-BAHAN:


ikan
1 peket taucu
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 biji cili merah
halia
1 sudu teh asam jawa
air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :


1.Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng dahulu.

2.Mayang bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia. Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar.

3.Terus masukkan semua taucu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.

4.Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.


SELAMAT MENCUBA !!

ni dah lama Syira masak..
first time masak untuk family..
selalu satu jenis lauk je,kali ni 3 terus! hehe
Telur sweet sour
sardin
Terung goreng cili
nak resepi ?? anda request,Syira bagi :D

#semua resepi dalam blog ni adalah resepi yang Syira berjaya masak dengan jayanya..hahaa :P
(ayat tak nak kalah!..)



Thursday, February 23, 2012

Brokoli Bersos Tiram ..

Assalammualaikum..
hye semua..!

Hari ni Syira nak share resepi yang baru pertama kali Syira buat..jom cuba !



Bahan-Bahan:

brokoli
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji bawang merah-besar.. (dimayang)
cabai merah
3 sudu besar sos tiram
kicap manis
Minyak untuk menumis
Garam


Cara:

-Bersihkan brokoli.
-Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bawang merah,bawang putih sehingga garing.
-Masukkan cabai merah.Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis.
-masukkan brokoli dan sesuaikan rasa dengan garam.
-Biarkan ia seketika di atas api.
-Angkat dan hidangkan.

#untuk kuah lebih pekat..masukkan sedikit tepung jagung..

SELAMAT MENCUBA !
 jom like page ni..PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg ^_^


Tuesday, February 21, 2012

3 Stages of Life..



Enjoy life ♥ and all the things you have at the moment because you can't have everything all at once ^_^
#appreciate every single things in your life..


Monday, February 20, 2012

Dear sister, I’m proud of you.

Assalammualaikum
hye semua..

Hari ni Syira nak Share something..jom baca ni..



Dear sister,

I know its hard. I know you look at the pictures of the models and the celebrities and wonder why you can’t look like them? I know it physically hurts to sometimes refrain yourself from plucking those brows or to put on that hijab and abaya. I know how it feels when your best friends are extremely pretty [Mashallah] and you’re standing next to them, feeling like nothing. I know how much complements and attention can light up your face. I know sometimes you have to give up being able to wear a certain thing because it isn’t appropriate. I know it gets hard to walk outside with no make up on, with your natural face, thinking it’s not good enough and all of your flaws are showing. I know.

You know what else I know? I know you’re beautiful, regardless of what you think of yourself. I know that even the slightest inclination of pleasing Allah in yourself increases that beauty ten-fold and I know that when Allah finds you beautiful, it’s all that matters. You’re not doing this for the world, remember? You’re not even doing it for yourself.

Imagine your beauty on the Yawm al Akhirah when your face would be glowing and radiant with noor, when you would be more beautiful than the hoor and you would realize that it was this world really wasn’t worth the drool.

Dear sister, I’m proud of you.


#This is so sweet!
got it from here


#Jom like page PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg
Terima kasih !

Thursday, February 16, 2012

Nasi goreng ayam madu ..

Assalammualaikum
hye semua..

ni sarapan Syira masak untuk Syira and abang..
hehe..pagi pagi da makan sedap :P
puji diri..hehe
cantik tak syira hias?? :D
SIAP ADA TELUR GORENG LAGI TUU..


Resepi nasi goreng

bahan bahan :
2 pinggan nasi putih
2 bawang putih, (dikisar)
1 biji bawang merah -besar-(dikisar)
cili kisar
1 sudu kicap
cili padi
garam


-Panaskan minyak,
-Tumis bawang putih dan bawang merah ,cili kisar hingga naik minyak.
-Masukkan cili padi ,kicap dan garam secukup rasa.
-Masukkan nasi,gaul sehingga rata..
***boleh tambah kacang atau apa-apa bahan lain seperti sayur,telur..



ayam madu ni la yang dimakan dengan nasi goreng tuu..
tapi ayam madu ni Syira masak lebih sikit
untuk family makan tengah hari.



Resepi Ayam Madu 


Bahan-Bahan:
Ayam
Bawang besar 1 biji (dikisar)
Bawang besar 1 biji (dihiris)
Bawang putih 1 biji (dikisar)
Cili kisar 3 sudu besar
Madu pekat 4 sudu besar
Garam secukup rasa
Gula
bunga lawang dan bunga cengkih *(pilihan)
tomato*(pilihan)

Cara:

-Goreng ayam separuh masak.
-Tumiskan bawang besar, bawang putih,
cili kisar hingga naik minyak..
-Masukkan garam,gula dan akhir sekali madu sebelum memasukkan ayam.



## resepi yang Syira bagi ni paling simple..kalau nak tambah bahan pilihan anda yang lain pun boleh.
Syira tahu kowang pun jenis malas masak yang rumit2 kan..so di blog Syira ni,just kongsi resepi yang Syira tahu buat and simple je :)

SELAMAT MENCUBA !


Tuesday, February 14, 2012

Dear Heart, ♥

Assalammualaikum
hye semua :)



Dear Heart, ♥

Welcome to the Dunya (World) where you can’t be with everyone you love,
you can’t have everything you want & everything is temporary here. But be patient and strive for the Akhirah, where you can have anything that you desire and you can be with whoever you love and the best part is, everything is forever! ♥


A heart gives me life , a heart gives me feeling , and a heart also gives me love .
With love , i have my family and friends also him ♥
With them , i think it was all i need and also , money came from my family , so of course , they is all i need . friends give me laugh and tears , and him gives me a beautiful moment :)

Thank You Allah.. !



Thursday, February 9, 2012

Jom Berkongsi Pendapat !

Assalammualaikum
Hye semua..

entry kali ni panjang! ..eik! nak keluar dah??
 jangan nak lari..jom baca dulu :D

  • Seseorang tidak akan pernah mengerti erti sebuah perhubungan jika hatinya tidak pernah dilukai..percayalah !

tapi kenapa ada yang dah putus cinta then jadi playboy/playgirl? tak hargai pun perhubungan dia yang seterusnya..
sbb na balas dendam??

oke..kalau iman kmu tak kuat..kmu akan buat macam ni..why?? sebab kmu tak boleh terima takdir Allah
memang la..baru lepas putus kann..tengah marah,sakit hati..macam macam benda tak elok yang kita akan buat..cuba la lawan perkara macam tu..sabar..berapa lama nak sabar?? sampai hati kamu betul betul tenang :)
kalau dah tak sanggup sangat,doa pada Allah minta diberi ketenangan..Allah sentiasa ada..
jodoh itu milik Allah..


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (Surah An-Nuur, 27)


tapi kalau semua yang baik untuk baik . dan yang jahat untuk jahat . macam mana yang jahat nak jd baik ? kalau tak ada yang bimbing ?

yg tu secara umum je...sebenarnya..Allah dah tentukan jodoh yg saling melengkapi..yang jahat tu bukanlah dari awal sampai akhir dia jhat..mungkin kisah silam die yg "jahat"..dan bila dia jadi baik..dia berkahwin dengan owg yg baik dan mungkin kisah silam org yg dikahwininya itu ade yg "jhat" .

Setiap manusia ni berbeza kisah hidupnya daripada apa yang kita nampak..Allah je tahu segalanya :)

Kita tak perlu fikir macam mana nak dapat jodoh yang baik,tapi fikir bagaimana kita nak jadi teman hidup yang baik untuk suami/isteri kita nanti :)


"lebih baik aku mempunyai cinta yang terputus di tengah jalan daripada tidak pernah merasa apa itu cinta"

Kesan daripada terputusnya sebuah perhubungan itu adalah pembelajaran dan ujian buat manusia :)
Sometimes you just gotta accept that some people can only be in your heart, not in your life. is that true ?


  • Bertindak lebih baik daripada bercakap

Manusia..
memang suka bagi nasihat..macam Syira juga!
baguslah,tapi kalau tersalah cakap mungkin boleh menyakiti hati orang lain dan mungkin apa yang kita cakap tu akan memakan diri.
kalau tak suka dengan sikap seseorang atau apa sahaja..cuba nasihatkan dia dengan cara yang baik bukannya mengaibkan dia lagi..

guys,kalau kawan ada masalah ke apa..kita harus tolong !..nama pun kawan kan..
kita tak perlu fikir apa nak cakap kat dia,tapi fikir apa yang kita patut buat untuk tolong dia..jangan sekadar bercakap tapi tak berusaha untuk selesaikan masalah.
You can say sorry a million times , say 'i love you' as much as you want , say whatever you want whenever you want. But if you're not going to prove that the things you say are true, then don't say anything at all. Because if you can't show it, your words don't mean a thing ♥ got it?

  • Bersykurlah ..

kadang kadang kita suka bandingkan hidup kita dengan orang lain.

"kenapa aku tak cantik macam dia??"
"kenapa dia boleh dapat semua yang dia nak,tapi bukan aku?"
"kenapa aku tak dapat life yang bahagia macam dia?"

stop ! jangan cuba persoalkan lagi..

bersyukurlah !
cukup cukuplah dengan apa yang kamu ada..
setiap insan diberi segala galanya dengan cara yang berbeza..hanya seseorang yang tahu erti bersyukur je akan menghargai apa yang dia peroleh sekarang..betul kan??..
Kalau nak sesuatu BERUSAHA bukan MENGELUH :)

#Allah bagi manusia jalan cerita hidup yang berbeza..kenapa?? sebab Allah nak bagi manusia pengalaman yang berbeza untuk dikongsi bersama :)


#Ini pendapat Syira..maaf kalau tak suka..so,apa pendapat anda?? jom kongsi :D
TERIMA KASIH !

ikhlas dari hati :

Wednesday, February 8, 2012

Siapa Gadis itu?



Dia gadis yang percaya bahawa apa yang datang akan pergi jua
Seseorang yang berharap untuk hari yang lebih baik
Seseorang yang tidak akan mengalah
Seseorang yang percaya kepada Allah
Memenuhkan hari-harinya untuk terus tersenyum
Pabila malam dia menangis
Dia akan mencuba apa sahaja agar impiannya tercapai
Walau orang lain cuba menjatuhkannya
Dia terus berjalan menggapai mimpi
Dia gadis yang suka untuk disayangi
Senang untuk didekati
Dia menyimpan segala cerita pahit getir hidupnya
Demi melihat insan lain gembira
Seseorang yang kelihatan sangat kuat
tetapi jiwanya berasa begitu lemah
Dia percaya akan ikatan isyarat antara hati
Dia gadis yang bangun semula setiap kali dia gagal
Dan dia akan menjadi OK
Dia tabah dan kuat hatinya
Dia hanya hamba di bumi Allah
Dia layak untuk berasa gembira
Dia juga layak untuk bahagia !



© ORIGINAL ®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
♥syiralokman.blogspot.com♥





Tuesday, February 7, 2012

Don’t let anybody stop you !




People say by thinking too much , you’ll become a coward. 
You’re scared to face your fears and your failure. 
So, believe in yourself.
Try and work hard, don’t let anybody stop you, and be the best !


I may only be one person, but I can be one person who makes a difference.
From this day on... when I look back on the past... I will smile... and say to myself... I never thought I could do it... but I did... I overcame all the people who tried to bring me down.. ^_^




Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul
12 Rabiul Awal 1433hijrah ^_^


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah
(lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Baginda contoh yang hebat buat kita semua ^_^


Salam Maulidur Rasul....
#sentiasa mengingati keindahan dan kehebatan Rasulullah ^_^



#sumber : idhamlim.blogspot.com



Info Hari Ini :D


Jom dengar lagu ni..COMEL! :D


INFO HARI INI :

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (Surah An-Nuur, 27)


Terima Kasih buat Anda :)

Assalammualaikum
hye semua!



Hari ni nak preview blog seorang junior ni..
jom terjah SINI
Dia selalu je mention nama Syira dalam blog dia..
and kali ni Syira pula nak ajak kamu semua terjah blog http://ain-lulu8.blogspot.com/
yea...dia junior Syira time sekolah menengah dulu..nama dia Ain..
^_^
TERIMA KASIH AIN !

Nasihat untuk Ain :

Ingat Allah ...doa.. :)
Jadi girl yang hebat!..oke ??
jaga diri,,,..


#hehe...tiba tiba..rinduuuu sekolah!
#sesiapa yang ada story pasal Syira di blog kmu..sila bagi tahu yea..
nanti Syira akan preview blog kmu ^_^




Friday, February 3, 2012

Solat itu Penting !




Apabila seseorang itu mendisiplinkan solatnya.. maka dia akan mendisiplinkan segala perkara dalam hidupnya - Sayed Ammar Nakshawani




Thursday, February 2, 2012

Ketika wanita menangis



#izinkan ku pergi-Kaer

Ketika wanita menangis, itu bukan bererti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya...melainkan bererti dia sedang mngeluarkan senjata terakhirnya...

Ketika wanita menangis, itu bukan bererti dia tidak berusaha menahannya, melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung airmatanya...

Ketika wanita menangis, itu bukan kerana dia ingin terlihat lemah, melainkan kerana dia sudah tidak sanggup lagi untuk berpura2 kuat...


pretending to be happy
when you're in pain
is just an example of
how strong you are
as a person


Wednesday, February 1, 2012

Puding Roti !

Assalammualaikum
hye semua..

resepi baru hari ini!
PUDING ROTI..!!



Percubaan pertama..alhamdulillah..berjaya lagi! :)
jom tengok resepi ni..


Bahan-bahan


4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis (*pilihan..)

Cara-cara

Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

*boleh dimakan begitu sahaja ataupun makan dengan jem,coklat atau madu :)

SELAMAT MENCUBA !

#nak bakar pun boleh..
#kali ni Syira sebenarnya tak letak kismis pun..sebab tak suka kismis,hehee...
kalau kamu semua suka,letak je oke? :)



Jom like page ni PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg dan add Syira di  facebook
TERIMA KASIH ! ^_^


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah