"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, May 21, 2012

Happy Birthday Syira ^_^

Assalamualaikum
hye semua !


21 MEI 2012..
HAPPY BIRTHDAY WAN SYAHIRAH SYIRA LOKMAN !
Hehehe...alhamdulillah !..
hari ni hari jadi Syira.. :D superb happy lahhhh !..

21 Mei,genap 18 tahun umur Syira..
alhamdulillah diberi nafas dan kekuatan oleh Allah untuk terus hidup.

Terima kasih kepada semua yang wish and doakan Syira..
Semoga kowang dirahmati dan sentiasa bahagia...amin !
maaf if Syira ada sakitkan hati sesiapa selama ni..hehe,macam raya la pula :P
semoga ukhwah yang terjalin antara kita semakin erat dan hidup bertambah ceria :D

tak banyak hadiah yang Syira minta,cuma doa dari kamu semua :)
doakan Syira dapat capai impian Syira dan berjaya dunia akhirat yea :)
terima kasih !

#TQ untuk gambar..video,mesej,hadiah yang comel n superb serta ucapan dari kowangg,..
maaf ! video tak boleh nak upload :)


Sunday, May 20, 2012

Baked Macaroni with Cheese

Assalamualaikum
hye semua !

baru je petang tadi Syira try buat Baked Macaroni with Cheese and alhamdulillah..
percubaan pertama ni menjadi ! yeay!! hehehe...
best rasanya bila try masak something dan hasilnya sangat sangat menceriakan hati jiwa raga..hahhaa..

#Syira lebih rela masak dari kemas rumah :P harap maklum !

Baked Macaroni with Cheese

Bahan-bahan 

250gm macaroni
20 gm daging cincang/sosej/isi ketam.. (pilihan)
4 biji telur (pukul kembang)
3 bawang besar
300gm pes tomato
sedikit sos cili
1/2 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis 
garam
gula

#tambahan: serbuk kari / cili padi ditumbuk / sayur dicincang... (jika perlu)


Cara-cara
  1. Rebus makaroni hingga empuk & toskan
  2. Kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan pes tomato dan sos cili.
  4. Kemudian masukkan daging/sosej/isi ketam & kacau rata.
  5. Selepas itu masukkan garam dan gula. Kacau rata.
  6. Masukan makaroni, air dan kacau hingga mendidih.
  7. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  8. Tuangkan telur dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (30 minit}
Yummy Yummy !..siap untuk dihidang! :D

SELAMAT MENCUBA !..

## Jom like page ni PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg..
Terima Kasih !

Thursday, May 17, 2012

4 Resepi Untuk Dikongsi :)

Assalamualaikum
hye semua !!

BUBUR CANDIL

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung Pulut
sedikit air
secubit Garam
Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
2 cawan santan
3/4 cawan gula
sehelai daun pandan


Cara-caranya1. Masukkan tepung pulut ,garam dan sedikit air didalam bekas adunan, uli sebati..

2. Bahagi doh pada tiga bahagian, warnakan setiap satu dengan warna hijau, merah dan ungu.. bentukkan menjadi bulat kecil-kecil..

3. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan adunan tepung pulut tadi, rebus hingga timbul, angkat dan toskan.

4.Panaskan 2 cawan air ,kemudian masukkan santan, gula dan simpulan daun pandan...

5.Akhir sekali baru masukkan adunan tepung pulut yang siap direbus tadi, kacau sebati dan birarkan mereneh seketika, angkat dan boleh dihidangkan.


#kalau nak tambah ubi keledek atau sagu pun boleh :)



KEK OREO
TAUHU SOS TIRAM
CUCUR IKAN BILIS

SELAMAT MENCUBA !!


Sunday, May 13, 2012

Aku Mahu Capai Langit Itu !


Aku mahu capai langit itu
Langit nun jauh di sana
Tinggi menjejak mimpi

Aku mahu capai langit itu
Walau impian aku tersorok dalam jiwa nan sepi
Walau hakikatnya impian aku belum pasti

Usaha aku
Harapan jiwa aku
Semua ada di langit itu

Aku mahu capai langit itu
Walau sesukar mana sekalipun
Walau jasad aku melekat di bumi
Akan ku lonjak demi mengejar cita cita yang telah lama bersemi di hati

Impian adalah harapan
Mengharap sesuatu yang tak pasti
Tapi bukan mimpi
Aku pasti

Aku ingin mimpi jadi realiti
Mencipta kejayaan
Nun di sana
Di langit itu..



© ORIGINAL ®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
♥syiralokman.blogspot.com♥


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah