Assalamualaikum
hye semua !
"Terima kasih"
perkataan yang mudah untuk diungkap,
tapi jarang jarang didengar,
Di dunia,
Ada orang yang menyakiti,
Ada yang membantu,
Ada yang membahagiakanmu,
Ada yang membuatkan kamu sedih,
Ada yang memberi kejayaan kepadamu,
Ada yang mendoakanmu,
Walau apa pun yang kamu terima,
Ucaplah terima kasih,
Mengapa?
Mereka mengajar kamu erti sabar,
Mereka mengajarmu untuk menghargai orang lain,
Mereka mengajar kamu bahawa hidup ini terlalu indah untuk bersedih,
Mereka mengajarmu bahawa kamu tidak akan berjaya tanpa orang disekeliling kamu,
Mereka mengajar kamu bahawa doa doa yang membuat kehidupanmu lebih baik dari sebelumnya.
Kadang kita tak sedar,
Dengan kita hanya mengucapkan "terima kasih"
Orang lain rasa dihargai, disayangi
dan hidup yang suram menjadi indah :)
Mulai saat ini,
Rendahkan hati :)
Lihat ibu bapa kamu,
Rakan rakan, guru dan orang di sekeliling,
Katakan kepada mereka "Terima Kasih".
Hargai orang lain dan hargai diri kamu untuk kebahagiaan hari ini :)
Paling penting , ucap syukur kepada Allah atas segala yang telah kamu terima,
Dia pembawa bahagia,
Dia menepis duka di hati supaya hari mu indah semula,
Ucaplah ALHAMDULILLAH dan berterima kasih atas kasih sayang Allah :)
Berterima kasihlah walaupun mendapat pertolongan yang kecil sekalipun
kerana pertolongan yang kecil itu
akan menjadi anugerah yang besar
kepada orang yang memerlukannya. :)