Assalamualaikum
hye semua !
Hari ni Syira nak share 3 resepi mudah yang kowang boleh cuba . :)
macam2 cara lagi orang masak sebenarnya (search google)
but ni cara mudah yang kowang boleh guna terutamanya orang bujang tu yang baru nak belajar masak.
Lepas ni tak ada la alasan susah nak masak ye ? :)
Resepi Gulai Tempoyak ikan keli.
Bahan-Bahan :
Satu ekor ikan (*jenis?? pilihan.)
3 bawang kecil (ditumbuk halus)
10 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)
Cara:
- Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir.
- Bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi.
- Masukkan dalam periuk yang diletakkan air.
- Gaul sehingga rata.
- Letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan.
- Masukkan timun dan garam.
- Kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.
2 ekor ikan (apa2 jenis ikan pun tak pe)
Serbuk kunyit
4 bawang kecil dan 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
10 biji cili api (ditumbuk halus)
1 keping asam gelugur/keping
1 biji timun
serai
1/2 biji kelapa-ambil santan
air
Cara-cara:
1/2 biji kelapa-ambil santan
air
Cara-cara:
- Bersihkan ikan dan ketepikan.
- Tumbuk cili, bawang kecil dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan.
- Masukkan sedikit air dan serbuk kunyit.
- Masukkan juga asam gelugor dan serai. Masak sehingga santan mendidih. (sentiasa kacau).
- Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
- Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm.
- Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.
Resepi sambal tumis udang.
Bahan-bahan :
½ kilo udang sederhana saiz ( M ) - dibuang kepala (dibersihkan)
Garam dan gula secukup rasa
**petai (pilihan)
Bahan-bahan dikisar :
10 biji cili kering
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
belacan
**Kalau nak pedas boleh ditambah lagi cili kering
Cara-cara :
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
- Bila sambal dah pecah minyak baru la boleh dimasukkan udang dan kacau rata.Bila dah agak masak (lepas 10 minit) masukkan garam dan gula.
- Kacau sekejap semua bahan dan boleh la ditutup api.
3 RESEPI UNTUK ANDA ! SELAMAT MENCUBA ^_^
sedapnya tapi takda orang la nak tolong buatkan.. hehe...
ReplyDeletewah !! semuanya sedap-sedap .. nyum !!
ReplyDeletesemua sedap² ni..mudah dan sedap kan :)
ReplyDeleteAbe : ni bg resepi suh buat sndri ,bukan suh org lain :P
ReplyDeleteFarrah : hehe..cuba tau awakkk !
Azhafizah : mmg mudah,,seronok masak ! ^_^
fav akk ni tempoyak ni!
ReplyDeleteSedapnya! Terernya Syira masak. Saya pun tak terer gini~ Lauk gulai tempoyak ikan keli tu nampak menyelerakan sangat.... Sini takde ikan keli. Rindu ^_^
ReplyDeleteFara xminat sgt ikan keli..die garang..he he he..
ReplyDeletecik puan rara ,siti hajar : sedappp..kne masakk tauuu...seronokkk makan..hehe
ReplyDeleteqaseh : haha..tak la..fav ni ikan keli..mne de ikan keli grang :P
waaaa...terliur kejappppp..sdap nye ikan keli tu....thanks syira share resepi ('',)
ReplyDeletebole try nnt ntuk bakal hubby~
hehe..jgn terliur..sila masakkk je..pasti tak rugi..sedapppp ^_^
ReplyDelete