"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, April 26, 2013

Matrikulasi, Diploma, Asasi, Form 6, K.Kemahiran ??

STPM/tingkatan 6

Kebaikan
  • Masa yang singkat jika dibanding dengan diploma.
  • Sijil STPM juga hampir setaraf diploma dan ada kelebihan jawatan jika memohon kerja.
  • Jimat kos kerana tempat belajar disekolah hampir dengan rumah. ( keadaan biasa )
  • Lebih senang bagi yang rajin dan pandai mengembangkan isi serta kreatif mengolah jawapan..kecuali aliran sains.
  • Boleh terus mohon Ijazah sarjana muda selepas tamat ting 6

Kelemahan
  • Persekitaran yang biasa disekolah
  • Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan. ( tidak semua )

Matrikulasi
Kebaikan
  • Untuk program satu tahun sudah tentu ia menjimatkan masa.
  • Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran ala universiti.
  • Banyak pilihan kursus yang boleh dipohon di Universiti kelak.
  • Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.

Kelemahan
  • Lepas pengajian jika tidak mampu sambung universiti, sijil matrikulasi tidak boleh diguna..terpaksa guna sijil SPM untuk mohon kerja.
  • Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima.
  • Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.

Asasi di IPT
Kebaikan
  • Selepas pengajian mudah dan senang ditawarkan terus ke ijazah ( universiti bekenaan shj, jika keputusan baik )
  • Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran universiti
  • Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.

Kelemahan
  • Jika jauh dari tempat asal boleh meningkatkan kos hidup walaupun ada biasiswa.
  • Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima.
  • Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.
  • Kekangan masa.

Diploma

Kebaikan
  • Selepas tamat akan dapat diploma yang boleh digunakan untuk memohon kerja.Gaji permulaan sekitar seribu lebih.
  • Persekitaran baru dan kemudahan universiti
  • Pembelajaran yang agak senang ( tidak semua ) kerana masa yang cukup.

Kelemahan
  • Perlu buat pinjaman sekitar belasan ribu lebih untuk pengajian ( yang tidak mampu )
  • Tempoh masa 3 tahun lambat untuk ke ijazah jika berbanding dengan matrikulasi, asasi dan ting 6.

Kursus kemahiran

Kebaikan
  • Belajar sesuatu kemahiran yang berharga dan tak ramai orang lain boleh buat.
  • Boleh digunakan serta sesuai untuk memulakan peniagaan
  • Peluang menjadi usahawan
  • Sesetengah pusat latihan memberikan elaun bulanan
  • Senang dapat kerja ( bukan pegawai, tidak memilih kerja )

Kelemahan
  • Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan. ( tidak semua )
  • Kebanyakannya peringkat sijil dan perlu sambung ke peringkat seterusnya.

#Belajar kat mana pun oke sebenarnya, yang penting RAJIN ! ..



Friday, April 19, 2013

Sungguh, melepaskan dunia itu payah.



Sungguh, melepaskan dunia itu payah.
Mungkin, kerana aku pernah mencintainya sedalamnya.
Kerana aku juga cuma manusia, terlalu mudah lupa.
Lupa tentang hidup ini untuk apa sebenarnya.


Mengejar indahnya tawa dan hanya puaskan nafsu dunia,
Menjadi manusia yang suka untuk mengejar dunia yang rapuh, 
Padahal ada dunia yang lebih indah di sana.
Dunia yang Allah sediakan buat hambanya,

Aku tahu,
Dia tahu, 
Mereka tahu,
Tetapi

Jiwa manusia masih lalai dalam mencari kebenaran yang nyata..


Sedih menjadi manusia pelupa itu,
tetapi syukur juga,
Tuhan terlalu baik, selalu ada untuk mengingatkan dengan caraNya.

Terima kasih Ya Allah :')


Sunday, April 7, 2013

A Girl’s Heart Desire

A Girl’s Heart Desire

Sometimes,
I want to open my hijab,
and show the world,
... that I too,
am beautiful in the people’s definition.

But,
deep down here,
in my little heart,
I know that beauty is by definition,
a mystery.
and it is forever more rewarding,
to be beautiful in God’s eyes.

Sometimes,
I want to wear ruffled dresses and tight jeans,
show off what I really look like,
under those baggy shirts and loosely fitted pants,
make a statement,
that I too,
have a figure and worth looking at.

But,
I know better,
to avoid entering the world of men’s imagination,
for I love my future husband,
and I am ashamed,
what should be his, has already been unveiled by others.

Sometimes,
I want to show the world,
the other side of me,
the bubblier, bolder, and crazier me.
put myself on display,
for everyone to see,
to be desired, and admired upon.

But,
I know that eyes are not just eyes,
seeing is not just seeing,
image and respect are gained,
shame and humility deserve a better placE.

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah