"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, May 28, 2013

Resepi lasagna

Assalamualaikum
hye semua!

hari ni 1st time Syira buat lasagna sardin..time cuti sekolah ni memang suka la cari resepi then terus buat..
so Syira nak share resepi dengan kowg :D
Selalu orang buat guna daging or tuna tapi syira guna sardin je sebab tu je pun ada kat rumahh..
resepi ni memang simple and sedap !
senang je buatnyaa..jom try ! :D


Bahan-bahan ( berganting kpd saiz dish )
  • 1 tin sardin ( guna tuna or daging lagi best)
  • 1 tin tomato puree or sos bolognese
  • isi ketam or sosej
  • mix vegetables ( kalau nak )
  • 1 paket mozarella cheese.
  • garam & lada putih
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - potong dadu
  • 1 kotak kepingan lasagna ( tak perlu rebus dulu )
  • butter

Cara-cara
  1. bawang besar dan bawang putih ditumis.
  2. Masukkan sardin,isi ketam, sosej. 
  3. Masukkan sos bolognese, garam, serbuk lada putih.
  4. Sediakan loyang yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter / magarine di keliling.
  5. Letak satu lapisan kepingan lasagna
  6. Ratakan inti di atas kepingan lasagna (ulang proses yg sama- ikut berapa lapisan yg anda inginkan)
  7. Di atas lapisan terakhir, taburkan mozarella cheese. ( Lagi banyak lagi sedap ).
  8. Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 30 minit . Nak test kalau dah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah kalau kepingan lasagna tak keras lasagna sudah masak. Pastikan cheese tak hangus!


selamat mencuba !


Wednesday, May 22, 2013

Happy Birthday Syira Lokman !..

Assalammualaikum
hye semua!

Alhamdulillah..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang Kau berikan
Terima kasih untuk rezeki Kau kurniakan
Terima kasih untuk segala dugaan yang Kau turunkan
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Kau berikan
Sesungguhkan banyak kurniaanMu Tuhan

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa
Engkau tetap melindungi walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang
Terima Kasih untuk segala bahagia ini Ya Allah.
Kuatkan aku untuk terus mendekatiMu Ya Allah.

21 Mei 2013..genap 19 tahun umur sayaa ^_^ yeay !..
mohon kalian semua bagi hadiah ye..sila pos ! :D
hehe..macam-macam jadi tahun ni..
hati makin rapuh dan rapuh tapi Alhamdulillah..semakin rapuh bukan hancur tapi teguh !
Terima kasih semua yang wish and doa :)
tahun ni lebih rasa terharu  :) tak tau kenapa..mungkin sebab bahagia dengan apa yang ada..

Thanks for all the wishes and hadiah yg superduperrr comel .. maafkan salah silap Syira..May God bless you all & may your life full with happiness and barakah ..InsyaAllah.. doakan saya :)   Fi hifzillah !
satu je Syira minta..
DOAKAN KEJAYAAN SAYA DUNIA AKHIRAT !
DOAKAN SYIRA KUAT...
. :)


Saturday, May 11, 2013

Taatlah wahai wanita :)



“Seseorang wanita apabila dia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah