"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, February 13, 2014

Resepi sambal tumis ikan bilis.

Assalamualaikum
hye semua !

Dah lama kan Syira tak share resepi, hehe..sebenarnya dah lama tak masak.
Semalam teringin makan sambal tumis ikan bilis and sotong goreng tepung. So buatla..tapi kali ni Syira nak share resepi sambal tumis ikan bilis je.

ni gambar dari google je sebab lepas siap masak terus makan,
maklum le..lapooo..Tak dan nak tangkap gamboo..
haha
Bahan:

ikan bilis – dicuci, toskan dan goreng

kisar :
10 tangkai cili kering, direndam air panas dlm 15 minit
2 - bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan (ikut suka)

gula, secukupnya
garam, secukupnya

Cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik baunya. masak sampai sedikit kering, kemudian masukkan air. (ikut suka, kalau suka berkuah lebih, banyakkan airnya dan kalau suka sambal yang pekat, kurangkan.)
  2. Masukkan gula dan garam secukupnya. Setelah kacau rata, tutup api. 
  3. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan kacau rata. 
  4. Siap !.

## ni Syira share yang paling mudah, nak tambah bawang yang dihiris kasar pun boleh, tambah petai or asam pun boleh :)
ikut citarasa masing2 ye :)

SELAMAT MENCUBA !

13 comments:

cik chubby said...

ni yang best ni kalau tambah petai hehehe,,,pedas...nyummm....

bw sini pagi2 :)

Eza Ridzwan said...

akak punya style, blend cabai kering & bwg besaq byk², simpan dlm fridge..nak pakai, amek jee, senang..hehehe...

cara akak wat sambai pon len sket...tumis cabai sampai msk, pastu boh gula sket, garam, aji, air asam jawa @ asam keping...pastu br boh udg ka, ikan bilis goreng ka, sotong ka, teloq kaa...ayaq boh sket jaa...kang cayaq plak...kennnn..

Fiza Rahman said...

Sedapnya.

Abak Lorong Cinta said...

Wah.. sedapnya... nak masak tapi alatan xde...hehe

amal said...

3 words best decsribe : sedapp simple senanggg! hee

msredcheesecake said...

sedap ni.... makan ngan apa pun sedap...

Ai Syah said...

sy suka sambal tumis ikan bilis..ehe..=)

Azhafizah Md Nor said...

sedapnya kalau ade ubi rebus ni..boleh cicah dgn sambal tumis sedap ni!

sYiRa LoKMaN said...

betul ! simple tp punyelah sedap..makan nan nasi panas2..ubi and roti :D yummy !

Eimma Esmail said...

tambah petai... pergghh.. berpinggan2 kita makan. hahah

nabella said...

sedapnyaaaa terasa laparrr sekaranggg hahaha

Akif Imtiyaz said...

Sedap sedap sedap ...
Kak Lya Pon Suka Gak Masak Sambal Bilis,Makan Ngan Nasik Panas2 ..SEDAPP

sYiRa LoKMaN said...

sedap kannn..mmh superbbbb laaa..hehe..

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah