"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, July 31, 2014

Raya Bersama Anak-Anak Rumah Kebajikan Alkhariyah.

Assalamualaikum
hye semua :)

Projek Al-khairiyah Intec akan mengada sebuah program iaitu 
“Raya Bersama Anak-Anak Rumah Kebajikan Alkhariyah”. 
Program ini akan berlangsung pada 16 ogos 2014 di rumah kebajikan tersebut. 
Rumah Kebajikan ini menjaga sebanyak 50 orang kanak-kanak, yang terdiri daripada anak-anak yatim dan juga anak-anak dari keluarga daif

Untuk menjayakan program ini..pihak yang menganjurkan projek ini memerlukan bantuan dari anda pembaca blog Syira Lokman untuk memberi sumbangan bagi membantu anak-anak ini.
Mereka memerlukan RM5000 dari anda :)

Tajaan yang diperlukan:

1) Katering
2) Saguhati untuk anak anak yatim
3) Dana program – wang untuk perlaksanaan program dan aktiviti
4) Peralatan promosi dan pengikalanan

Rumah Kebajikan dibina sebelum kemerdekaan lagi, sejak dari itu rumah kebajikan ini 
menerima anak-anak yang kurang bernasib baik untuk 
berlindung di bawah jagaan rumah kebajikan ini sehinggalah umur mereka mencecah 17 tahun. 
Kini, rumah ini diurus oleh Tuan Haji Bani dan isterinya.

Tujuan program bertujuan 
meraikan hari raya yang mulia ini anak-anak rumah kebajikan ini agar mereka dapat merasa kemanisan hari raya. 
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu rumah kebajikan ini sedikit sebanyak dari segi kewangan. 
Kami juga merasakan program ini adalah sebagai tanggungjawab 
kami untuk membantu orang-orang yang kurang bernasib baik ini serta sebagai amal ibadah.

Program ini ialah program usaha sama antara penganjur program dan pihak penaja. 
Pihak kami akan menguruskan program ini manakala pihak penaja memberi tajaan atau dana bagi menjayakan program ini.


OBJEKTIF

1. Mempromosikan Rumah Kebajikan Al-Khariyah supaya rumah ini mendapat dana yang berlangsungan dan dapat menarik perhatian orang ramai.

2. Melahirkan rasa simpati dan prihatin terhadap anak-anak yang kurang bernasib baik.

3. Melahirkan suasana hari raya di rumah kebajikan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

4. Menguatkan ukhwah antara pelajar dan masyarakat.

5. Memahami dan mendalami keadaan anak-anak yatim dan daif.

6. Membuka mata masyarakat agar lebih prihatin kepada golongan kurang bernasib baik.

7. Mempraktikkan program “Corporate Social Responsibility”( CSR )


MANFAAT

1. PENAJA

* Disamping sumbangan yang diberikan ialah amal jariah , program ini juga boleh menjadi medium yang baik untuk mempromosikan dan mengiklankan syarikat.

Beberap aktiviti akan diadakan semasa program ini berlangsung pada 16 Ogos 2014 nanti :)

Objektif aktiviti ---->

1. Merapatkan silaturahim antara pelajar INTEC dengan anak-anak yatim 
2. Melahirkan barisan mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin terhadap masyarakat 
3. Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam jiwa anak-anak yatim 
4. Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan atau ‘teamwork’ 
5. Menggembirakan hati anak-anak yatim dengan aktiviti-aktiviti yang mengurangkan stress
6. Membantu menyediakan kelengkapan harian para anak yatim 
7. Menyedarkan diri kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT 
8. Melatih mereka berfikiran kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu baharu 
9. Memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk berkomunikasi dengan lebih efektif 
10. Membantu mereka untuk menyelesaikan masalah harian yang mereka hadapi 
11. Menyuntikkan nilai-nilai murni dalam diri seperti kasih saying, bertanggungjawab dan sebagainya.


Alamat

Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah
Batu 1 1/2, Sungai Pinang, Jalan Kapar, Klang, Selangor

Tel: 03-3410362 
Tel: 012-6602274 (Haji Bani)

Sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui account yang disediakan atau berhubung dengan pihak terlibat melalui no telefon yang diberikan :)
(lihat banner)
Terima kasih !

Sumbangan anda amat dihargai !
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima :)
salam sayang dari 
Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah !


Mix and Match Gaya Anda.

Assalamualaikum
hye semua :)


Semua orang sukakan warna.. 
Warna menyerlahkan lagi penampilan disamping menaikkan emosi serta aura ceria di hari anda :D
Jom ketahui beberapa kombinasi warna dan gaya menarik yang boleh anda sesuaikan dengan imej anda ^_^








Jom kreatif dengan pemilihan warna !
Yang penting..yakin dan jadi diri sendiri :)
 biar cantik jangan over ^_^


Wednesday, July 30, 2014

Blog Review # Alynn Azman

Assalamualaikum
hye semua ?


Selamat Hari Raya ! ^_^
macam mana raya anda ?
mesti happy + sedih kann..hehe...seronoknya bila kumpul ramai-ramai ni..
tapi ada juga yang tak ada kampung tu..tak pe la..hargai je nikmat Syawal yang diberi :)

Ahaaa !...raya raya ni pun sempat Syira nak review satu lagi blog tau !
kali ni pemiliknya juga seorang wanita :)
manis orangnya :)
Blog kali ini ialah http://alynnazfiz.blogspot.com/

Saat masuk ke blog ini pasti anda terpesona dengan header yang sangat la sweet macam tuannya Alynn :)
Motif flora dijadikan tema bagi blog ini.
bunga-bunga comel uolls...
macam pintu gerbang untuk masuk alam fantasi garden gituuuu...hehe..

Alynn mula berblog sejak tahun 2012 dan apa yang Syira lihat, boleh dikatakan beliau rajin update entry terbaru :D

Jom berkenalan dengan pemilik blog ini -----> [KLIK]

My name is Azlinda Azman but just call me Alynn Azman . 
I'm 24 years old 
I'm just a simple person , naturally & honestly
Love nature 
Love Green , Blue & Red colour
Love Advanture activities

This is My Personal Blog 
(It's all about my self,my family ,my love, my friend , 
my work , my activites and all about my my la.. ;p )

Memiliki 154 pengikut setia memberi semangat kepada Alynn untuk terus berblog :)
Kalau anda melihat di sebelah kiri blog beliau..macam-macam ada :D
senarai blogger yang rajin komen pun turut diletakkan bagi menghargai semua yang rajin singgah dan mencoretkan kata-kata "manis" di blog beliau :D

ehem ! jangan tak tahu ye.. Alynn pernah menerima award ! :D
award apa?
"Creative Blogger Award"

waa...tahniah Alynn ! ^_^

Kalau singgah-singgah tu rajinkanlah tinggalkan jejak di cbox ye...
alaaa...yang kotak warna hijau tu ..sweet warnanya !

Warna pastel yang menjadi pilihan untuk menghiasi blog ini tampak manis je..
siapa tak suka dengan warna pastel kan..
simple tapi cukup membuatkan blog ini kelihatan menarik :D

susunan widget pun teratur je..
takde la serabut sangat.. nice dear ! :)

Sekiranya ingin mengenali dengan lebih rapat pemilik blog ini atau bertanya sebarng soalan..
boleh add beliau di facebook Alynn  :) 

support blogger ^_^

bersama merapatkan ukhwah :D
MAAF ZAHIR BATIN !


Tenang lebih baik :)

Assalamualaikum
hye semua :)



Leadership Effectiveness.. :)

Tuesday, July 29, 2014

KAD RAYA (13) dari Hafizzy Aziz

Assalamualaikum
hye semua !

seronok beraya ??

Syira masih di kampung tapi blog tetap update oke :D
macam mana Syira ada masa nak update blog ? 
hehe..autopublish la :P


yang ni kad raya ke 13 dari Hafizzy Aziz...
yang ni Syira tak sangka dapat sebab ramai minta kad raya dari Hafizzy ni...
rupanya Syira dapat juga :)

Hafizzy ni dikenali sebgai Apit pemilik blog http://www.fizgraphic.com/.
Kalau nak design kad cantik cantik !
kena terjah blog beliau !
serius confirm kome terpikat ^_^


Apit ni baru kahwin tauu...sweet gituuuu :D
ada rasa bunga bungan cinta bertaburan tak bila baca entry ni ?
haha..
terima kasih Apit dan isteri :D
next year bagi lagi yee..haha.. *larikkkkk

Maaf zahir batin ye :)

Hukum memutuskan Silaturahim

Assalamualaikum
hye semua :)


Silaturahim 
bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya. 


Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan 
satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:
"Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari." 


Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud 
menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau 
memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia 
membawa erti yang lebih luas lagi iaitu 
membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya. 


Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan
 didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. 
Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu
 ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf. 


Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham)
 hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk 
meminta maaf atau memaafkan orang lain.
Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. 
Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T. 



Kadang kadang bila bergaduh tu ..tak bertegur..menjauh sampailah akhirnya macam tak kenal..
pihak yang tak bersalah pun kadang kala ingin memohon maaf tapi pihak lagi satu pula macam buat tak endah ..
bila pihak yang salah pula nak memohon maaf , pihak lagi satu pula masih sakit hatinya..
berlaku kan ? 

sukarnya nak mengalah andai tak salah..
susahnya nak lembutkan hati yang keras tak nak kalah..
namun..hati ini milik Allah..
cubalah :)

cuba pelbagai cara untuk satukan ikatan itu kembali..Allah nampak usahamu :)
kesabaran akan membawa kebahagiaan :)




Monday, July 28, 2014

KAD RAYA (12) dari Aadhirah Farhana

Assalamulaikum
hye semua !

hehe...hari hari Syira update pasal kad raya baru kann ? :D
Biasalah entry bermusim je ni..baca je eh ;)


Kad raya ke 12 ni pula dari Aadhirah Farhana 

haaa..lagi satu blog pink !
amboi..ramai betul ye pemilik blog pink yang bagi Syira kad raya !
kita sama minat ! hehe..

Blog Aadhirah Farhana ni simple and sweet je :)
suka tengok !

terima kasih ye sudi bagi kad raya and siap ada kad nama ayah dia lagi :D 
if Syira memerlukan khidmat untuk fotografi nanti boleh la call ayah ye ? :)
thanks !

maaf zahir batin ! ^_^
selamat hari raya aidilfitri ^_^

Hati-hati..jaga diri :D

Assalamualaikum
hye semua !
yeayy ! seronoknya kan Raya !

mesti ramai kat kampung ni..tengah makan makan makan..itu je la kojenye time raya ni..
konon nak diet..lupaa semuaa ! haha...
tak apa..lepas raya ni jangan lupa cepat-cepat beli produk kurus ---->
baru slim balik kannn :D

Alhamdulillah...hargai nikmat Syawal yang kita nikmati hari ini sebab tak semua dapat apa yang kita ada hari ini :)
syukur !

Hati-hati kalau nak pergi mana-mana..
..jaga diri..
jangan main mercun nanti hilang jari hilang kepala semua..udohhh...kang orang raya kat rumah kome raya kat hospital..idok le orang nk teman aih .. :P

Raya-raya pun..Syira dah siapkan entry untuk anda :D 
kalau free tu singgah je blog Syira...perkenalkan kat kawan-kawan..sudara mara :D
"ni la blog Syira Lokman tu..ni la ni la...tengok la mak adik akak makcik abang !"
Hehe..

tak ada apa sangat pun entry kali ni..sembang kosong je :P
eh ! ada isi tauu !! haaaa...
hati-hati..jaga diri ! ^_^
oke ituu je nak merapu...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir batin ! 
^_^



Selamat Hari Raya Aidilfitri :D

Assalamualaikum
hye semua :)


Hanya ucapan ringkas dari Syira :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_^
Maaf Zahir Batin !

MAAFKAN SALAH SILAP SYIRA SEPANJANG PERKENALAN KITA YE :)

Semoga Syawal kali ini lebih indah dan dimanfaatkan sebaiknya :)


Sunday, July 27, 2014

Pray For Gaza.

Assalamualaikum
hye semua :)


Hebatnya ujian buat mereka..
yang tak bersalah menjadi mangsa.
tanah mereka banjir darah manusia

Allah lebih tahu bahawa mereka mampu untuk menghadapi ujian ini :'(
hebatnya mereka, lemahnya kita ..

KAD RAYA (11) dari Ummi Auna

Assalamualaikm
hye semua !

kita nak raya dah ! ^_^
kad raya pun banyak dah sampai.. :D
alhamdulillah :)


Jom ! 
kali ni Syira nak review kad raya ke 11 dari Ummi Auna pemilik blog pink http://coratcoretpinkummi.blogspot.com/ !

manis je kartun pink yang menghiasi kad raya ni ..Syira suka ^_^
terima kasih ummi baik hati bagi kad raya pada Syira..
syira memang setia dari sekolah rendah kumpul kad raya ni :D

ehem ehem !
next year bagi lagi tauuu..hehee..

maaf zahir batin :)
jangan lupa selalu singgah blog Syira :P

Maaf dan Terima kasih :)

Assalamualaikum
hye semua :)

Terima kasih semua yang sudi singgah blog syira and tinggalkan komen :)
anda memang baik hati, comel and kacak pula tu :P hehe..

Ada sesetengah syira akan balas komen satu2, 
tapi sekarang ni banyak blogwalking dari balas komen di blog sendiri :)
kadang kadang bila tak ada masa tu syira akan rangkumkan sekali je,
syira tak online 24 jam, maaf ye ..kadang tu penat dah.
syira minta maaf kepada mana2 blogger yang syira tak dapat nak balas komen dia satu2,
tapi jangan risau..if ada sesiapa yang tanya soalan ke nak minta tolong ke, syira akan cari anda sendiri and beritahu apa yang patut :)

If nak syira follow blog beritahu je ye :) syira baik hati ni..hehe..
and kalau nak lagi mudah, tinggalkan je link di page syira :)

berita baikkk :D ---->

setiap bulan, orang yang setia tinggalkan komen di blog syira akan diberi ganjaran :D

apa hadiahnya?? tunggu je .. ^_^
tak mahal tapi istimewa :)

jom sertai
Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman..
62 hadiah untuk dimenangi dan 3 top referral dicari :D
tamat 4 Ogos tau !


Hari ini hari terakhir Ramadhan...hayati sepenuhnya nilai Ramadhan :)
esok raya !
Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_^

TERIMA KASIH SEMUA :)
Doakan Syira berjaya dunia akhirat :)
Semoga kalian diberkati..

### Ada business atau blog ? Nak beriklan di blog Syira Lokman??

Jom add : facebook
Jom follow : twitter
Jom like : Blog Syira Lokman
Emel : syiralokman21@yahoo.com.my

Saturday, July 26, 2014

Hati ini milik Allah.

Assalamualaikum
hye semua :)

Allah sentiasa bersama kita....
Jom imarahkan detik-detik terakhir ramadhan...

maaf zahir batin :)

KAD RAYA (10) dari Azhafizah

Assalamualaikum
hye semua !

Kad raya yang ke 10 pula direview !
ehem dari siapa agaknya ya ?


Tengok kad pun dah tahu kan ?
 kad raya ni dari Kak Fiza pemilik blog pink http://www.azhafizah.com/.
Ramai yang tanya before ni siapa design blog Syira..
blog Syira ni Kak Fiza la designkan :D

Kak Fiza merupakan fulltime housewife, fulltime blogger and freelance graphic design.
Kalau nak tempah design yang cantik-cantik..nak edit blog ke apa..
boleh berhubung dengan akak peramah ni..
confirm hasillnya terbaikk ^_^

terima kasih akak sebab sudi bagi Syira kad raya pink yang comel ni :)

maaf zahir batin :)


Mohon Maaf :')

Assalamualaikum
hye semua :)

Alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan menjalani ibadah puasa :)
Raya dah nak dekat ni..mungkin ada yang akan balik raya dan mungkin juga ada yang sudah pun sampai kampung kan ?
seronoknya kumpul ramai-ramai.. :D

dalam kita bergembira nanti mungkin ada yang tidak dapat menyambut syawal seindah kita.
Semoga Allah kuatkan hati dan salurkan ketabahan dalam jiwa insan-insan di dunia.

di kesempatan ini, Syira ingin memohon maaf andai sepanjang Syira berada dalam dunia blog ini, sepanjang perkenalan dan persahabatan kita ..mungkin ada yang terguris hati.
Syira mohon maaf..
Yang dah terima kad raya dari Syira...simpan kad raya tu elok2 ye :)
yang belum terima mungkin area sarawak...
yela... jauh kot kad tu nak terbang sampai ke sarawak  :D
sabar yee...
dan TERIMA KASIH kepada semua yang sudi berkawan dan rajin bantu Syira dalam apa jua perkara.
Doakan Syira berjaya dunia akhirat.



Balik raya mana tahun ni ?
Syira tiap tahun sama..orang perak...duduk ipoh..
rumah opah kat Langkap.. siapa tahu ??

opah belah mama and abah satu kampung..
so tak yah gaduh nak balik mana...rumahnya dekat2..jalan kaki pun boleh :P
hehe..yang balik kampung tu hati-hati di jalan raya ye :)

Semoga Allah merahmati kalian. :)
Maaf zahir batin :)


Friday, July 25, 2014

KAD RAYA (9) dari Sally

Assalamualaikum
hye semua :)

Semalam 5 kad raya sampai sekali..haaa..
happy Syira !
tapi Syira review satu satu oke :)

Kad raya ke 9 ni dari Kak Sally pemilik blog http://sallysamsaiman.blogspot.com/ :)
kalau nak tahu..Sally ni peminat tegar artis korea tauu !
macam-macam cerita pasal artis korea dia tauu...
fanatik betul :D

terima kasih ye sebab ingat juga nak bagi Kad Raya kat Syira ni :)
tq bagi kad blogger tu juga ..

suka ! ^_^

FACEBOOK : Sally Samsaiman
FACEBOOK FANPAGE : Official Sally Samsaiman
TWITTER : @ct_salyana


maaf zahir batin ^_^


Blog Review # Lizaufa-pink .

Assalamualaikum
hye semua !

Alhamdulillah...dapat juga kita menikmati Ramadhan hari ini .
Diharapkan Ramadhan kita tahun ini diberkati Allah dan kita mendapat manfaat darinya :)

Hujung-hujung Ramadhan masih ada rezeki masuk :)
Allah baik sangat :)

Kali ini Syira nak membawa anda berkenalan dengan seorang blogger yang memiliki blog berwarna ???

PINK ! hheehe...



Pemilik blog http://lizaufa-pink.blogspot.com/ ini bernama Norliza Romizi.
Berasal dari Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan dan Norliza merupakan anak kepada romizi, isteri kepada khairul aufa dan mama kepada siti khodijah & siti hajar :)
dah berkeluarga ye akak ni..jangan ngorat :D

akak and suami sweet couple tau :D tiap tahun sambut wedding anniversarry siap cake comel-comel uolls :D
Meriah ! suka tengok..hehe
..
Blog ni simple je tapi padat dengan cerita dan info yang menarik !
Norliza banyak menulis tentang kehidupan beliau sendiri , kerja, pengalaman melancong..berkongsi cerita tentang isu semasa, tempat makan menarik, kisah anak-anak dan pelbagai lagi :)

Menggunakan latar belakang berwarna plain pink amat menarik untuk dipandang terutamanya bagi sesiapa yang memang suka pink macam Syira ni...hehe ^_^

dilihat setiap entry dalam blog  http://lizaufa-pink.blogspot.com/...Syira boleh andaikan yang Norliza ni rajjin menulis..
banyak entry yang panjang-panjang oke !
seronok baca.. :D
My Photo
Beliau sudah berblog sejak tahun 2009 dan 
kini bilangan pengikut di blog beliau adalah seramai 49 orang pengikut !

Kalau anda melihat di sebelah kiri blog beliau nampak banyak gambar kann ?
tahu tak apa yang menarik perhatian Syira ?

pemilik blog http://lizaufa-pink.blogspot.com/ suka melancong !
semua tu gambar time Norliza ni melancong ! alahai..seronoknya...
rajin ye Norliza dan family melancong...
serata Malaysia, Indonesia, Singapura..
macam-macam tempat dah pergi..boleh bawa Syira pula lepas ni..hehe..

melihat tempat orang ni seronok..timba banyak pengalaman dan boleh melihat cara hidup serta budaya yang berbeza.. :) kannn ?

jom kawan-kawan follow blog 
sokong blogger sambil berkongsi cerita ^_^

Syira doakan akan berjaya dalam dunia blog :)
bersama merapatkan ukhwah :)
maaf zahir batin :)
..

KAD RAYA (8) # Zaza Iman

Assalamualaikum
hye semua :)


Kad raya dah sampai !!
Kad raya ke 8 dari Kak Zaza :)
terima kasih Kak Zaza.. ^_^
Kak Zaza merupakan pemilik blog http://www.zazazehra.com/

kalau nak tahu syira tempah kad blogger Syira tu dari Kak Zaza la ^_^
baca sini -----> [KLIK]

best tau tempah kad dari kak zaza...buli je akak ni...
nak itu nak ini..ubah itu ubah ini..cakap je..
hehehe..

nampak tak atas tu ?
comel kan kad raya dari kak zaza..
siap dapat kad blogger dan juga bookmark special tuu ^_^

best !
terima kasih akak ! ^_^
maaf zahir batin ^_^



Thursday, July 24, 2014

KAD RAYA (7) # Julia (Akif Imtiyaz)

Assalamualaikum
hye semua :)


alhamdulillah..
banyak kad raya mula sampai :D 
kali ni kad raya ke 7 Syira terima dari Kak Julia pemilik blog http://akifimtiyaz3.blogspot.com/

Kak julia ni setia je tinggalkan komen di blog Syira..
mesti ada je komen dari Kak Lya ni ^_^
Rajin sembang juga :)

terima kasih ye akak !
maaf zahir batin :)

kirim salam kat anak comel ^_^
hehe :P

MENANG Giveaway Cash Raya by Emas Putih.

Assalamualaikum
hye semua :)
gambar blur..sorry :P


Mesti ramai yang dah  join Giveaway Cash Raya by Emas Putih (KLIK) kan ?
and..Kak Uzu dah umumkan pemenang tau :D

Kak Uzu ni rajin buat giveaway :)
Dah lama sebenarnya Syira tak menang hadiah dari giveaway Emas Putih tapi alhamdulillah..
ada rezeki kali ni apabila Syira terpilih sebagai top referral :D
Yeayyy !!
Dapat RM50 + Perfume Gred AAA ^_^

and buat peserta pertama hingga ke 100 akan dapat kad raya limited edition by Emas Putih.
Syira peserta ke 12 ^_^
so Syira dapat Kad Raya Emas Putih juga :D

Terima kasih buat semua yang selalu doakan Syira :)

terima kasih Kak Uzu :)
terima kasih semua yang terlibat :)

TAHNIAH semua yang menang -----> [senarai pemenang]
and yang tak berjaya..terus yakin bahawa Allah sedang simpan rezeki lain untuk anda :)

maaf zahir batin !


### macam mana nak menang top referral ?? baca sini ----> [KLIK]



KAD RAYA (6) # Dayang Deno

Assalamualaikum
hye semua :)


Kad raya yang ke6 kali ini dari Dayang Deno pemilik blog http://www.dayangdeno.com/
..comel kan doodle tu !
 pink lagi..memang la Syira suka :D

Dayang Deno merupakan freelance designer tau :D if berminat boleh je PM di facebook https://www.facebook.com/BlogDayangdeno


bestnya dapat kad raya ni..simpan alamat tau !
nanti bagi lagi..hahaha..

TERIMA KASIH ^_^

Maaf zahir batin :)

Promote Blog # Julai ~ 1

Assalamualaikum
hye semua :)
sedar tak sedar nak masuk penghujung bulan 7 dah..
Bulan ni Syira belum kumpulkan link blog untuk dimasukkan dalam entry macam selalu kan..
so beberapa hari lepas, Syira berjaya kumpulkan link kawan-kawan blogger di page [syiralokman]
Sesiapa yang alert tu..tau la and alhamdlillah..
ramai juga yang tinggalkan link :)

jom follow and support sesama blogger ^_^
  1. http://pencarianhatisuci.blogspot.com/
  2. http://www.eelleebeauty.com/ 
  3. http://badariahkakak007.blogspot.com/
  4. http://giveawayblog07.blogspot.com/
  5. http://bysharifahsyahirah.blogspot.com/ 
  6. http://www.aziesuhaimi.blogspot.com/
  7. http://mummysupplementshop.blogspot.com/
  8. http://setulusqalbu.blogspot.com/
  9. http://www.broframestone.com/
  10. http://azyanramle.blogspot.com/
  11. http://amad-jalanan.blogspot.com/
  12. http://nurfarahudahud.blogspot.com/
  13. http://sayasukaimaginasi.blogspot.com/
  14. http://adnan-daughter.blogspot.com/
  15. http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
  16. http://simplesyara.blogspot.com/
  17. http://jombercontest.blogspot.com/
  18. http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/
  19. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/
  20. http://www.mamaniza.com/
  21. http://justforfund.blogspot.com/
  22. http://www.dayangdeno.com/
  23. http://www.phat.my/
  24. http://mohdghazrani.blogspot.com/
  25. http://mewritesomething.blogspot.com/
  26. http://pelukisaksaraa.blogspot.com/
  27. http://amirahamer.blogspot.com/
  28. http://httpterataiungu.blogspot.com/
  29. http://www.shedaucu.com/
  30. http://fatanahkhirizan.blogspot.com/
  31. http://fairytaleeeeeee.blogspot.com/
  32. http://www.semutrajin.com/
  33. http://sayatangankidal.blogspot.com/
  34. http://eyranasrin.blogspot.com/
  35. http://liyawinchester96.blogspot.com/
  36. http://www.munirahizzan.com/
  37. http://misscotcet.blogspot.com/
  38. http://sitizawiah95.blogspot.com/
  39. http://mrspuex.blogspot.com/
  40. http://yangbaik.blogspot.com/
  41. http://suplemenkesihatan.com/
  42. http://aniesaahmad.blogspot.com/
  43. http://ailyypop18.blogspot.com/
  44. http://ratupimples.blogspot.com/
  45. http://www.ianfaizal.com/
  46. http://www.mojatcerewet.com/
  47. http://www.notashalimar.blogspot.com/
  48. http://mummysoffya.blogspot.com/
  49. http://haipakwe.blogspot.com/
  50. http://eyzamiel.blogspot.com/
  51. http://yuyuatiqa.blogspot.com/
  52. http://www.syuhadasalleh.my/
  53. http://historyjitra.blogspot.com/
  54. http://applehijaulife.blogspot.com/
  55. http://www.cikmataempat.blogspot.com/
  56. http://cutiefany.blogspot.com/
  57. http://appleberrymunchyss.blogspot.com/
  58. http://eira-shamiera.blogspot.com/
  59. http://rareunic.blogspot.com/
  60. http://www.zukidin.com/
  61. http://www.irrayyan.com/
  62. http://greenhousera.blogspot.com/
  63. http://alynnazfiz.blogspot.com/
  64. http://lizaufa-pink.blogspot.com/
  65. www.thinkingofthestar.blogspot.com

Wednesday, July 23, 2014

MENANG Giveaway Duit Raya Gempak Ainaa Roseberry.

Assalamualaikum
hye semua !

alhamdulillah..
..rezeki Ramadhan :D
Sebenarnya bulan ni banyak Syira join giveaway...
banyak juga yang tak ada rezeki...tapi alhamdulillah...terbalas juga akhirnya :)

Syira menang kategori top referral :D
dapat RM50 dan DVD Fero Music :)
Alhamdulillah ^_^
happy !

terima kasih penganjur dan sponsor.
terima kasih semua...
yang tak menang jangan sedih..
Allah sedang tangguhkan kemenangan untuk sesuatu yang lebih bermakna :)

KAD RAYA (5) dari # Shida Radzuan

Assalamualaikum
hye semua :)


Alhamdulillah..
kad raya yang kelima kali ini Syira terima dari blogger 
Shida Radzuan pemilik blog 

Kak Shida ni ada buat design and printing tau..apa2 sahaja termasuklah kad raya :D banyak kad raya cantik ! kalau berminta boleh je berhubung dengan Kak Shida...tak mahal pun :)
kalau ayat manis, siap dapat diskaun lagi..hehee...

Terima kasih akak Shida. ^_^
Maaf zahir batin ye :)

Salam Ramadhan..
Semoga Ramadhan penuh keberkatan :)

7 Tips sebelum pulang berhari raya.

Assalamualaikum
hye semua :)

Balik Kampung? Drive safe!!
Sekarang ini ramai Umat Islam sedang membuat persiapan untuk pulang ke kampung, 
berhari raya bersama keluarga kan :)
Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Jom khatam beberapa tips ini ^_^ 


Maklumkan kepada jiran/polis

Pastikan sebelum nak balik kampung tu pesanlah dekat jiran untuk tengokkan rumah kita. 
Kalau jiran pun balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran. 
Ramai polis yang bertugas raya nanti.
Dapatlah polis buat rondaan...sian polis tak raya..hehee


Hentikan langganan akhbar/majalah

Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan orang di rumah.
 Kalau dah suratkhabar takda orang ambil dekat luar tu, mestilah pencuri akan tahu rumah berpenghuni atau tidak kan. 
Kalau tak nak hentikan juga..biar je la..sambil mencuri boleh pencuri tu baca surat khabar..dapat tambah ilmu.. :D
pencuri berilmu la katakan :D kot kot muka pencuri tu ada dalam paper..syok ooo pencuri tu tengok muka sendiri..glamour :D


Matikan semua suis dan gas

Bagi menjaga keselamatan harta benda, sila periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. 
Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut. 


Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci

Sebelum pulang ke kampung, sila pastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci.
Cara ini merupakan langkah berkesan untuk 
mengelakkan rumah dipecah masuk.
ni nanti tak pasal-pasal.lepas raya tengok rumah dah kena pecah...duit raya buat duit ganti barang rumah je laa :D 


Elakkan memasang lampu luar

Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar.
 Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah. 


Servis kereta

Ni perkara penting untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
Pastikan kenderaan anda dah diselenggara awal bagi mengelakkan berlakunya perkara yang di luar jangkaan :)
so boleh la pulang berhari raya dengan gembira..insyaAllah selamat sampai :)


Berdoa untuk kesejahteraan bersama

Sebagai umat Islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya dipermudahkan segala urusan kita. 
 Kalau tak yakin, tampallah ayat-ayat suci al-Quran 
dan letaklah poster ayat-ayat yang menjelaskan hal kematian, balasan akibat mencuri, seksaan dosa mencuri kat pintu pagar dan pintu rumah. 
Set sekali alunan bacaan Yassin. 
InsyaAllah... pencuri akan insaf.


Alhamdulillah..itu sahaja 7 tips sebelum pulang berhari raya dari Syira Lokman..
SELAMAT HARI RAYA :D

Beriklan di Blog Syira Lokman.

Assalamualaikum
hye semua!

Siapa nak beriklan di blog Syira Lokman??

Siapa nak beriklan banner atau review produk or perniagaan kat blog ini , murah je :D 
Sila PM https://www.facebook.com/syiralokman5.
bagi yang tiada facebook boleh emailkan di
---> syiralokman21@yahoo.com.my

Sewa tapak iklan (sebulan)
RM 10 
Review blog (entry kekal) + promote di twitter (5 kali dalam bulan pertama) + facebook + lebih 30 group blogger 
RM 10
Review produk/business/servis (entry kekal) + promote di twitter (5 kali dalam bulan pertama) + facebook + lebih 30 group blogger 
RM 30

Apa beza sewa tapak iklan (RM10) ? review blog (RM10) 
dan review produk or perniagaan (RM30)??


SEWA TAPAK IKLAN ---> Awak bagi banner/gambar dan link facebook/instagram/twitter...syira akan letakkan di tapak iklan tersebut selama sebulan..if tak ada org lain nak sewa, syira akan biar je banner/gambar awak lebih dari sebulan.. :)


REVIEW BLOG
 ---> Syira akan cerita tentang background blog,apa yang anda tulis dalam blog..latar belakang penulis blog..bilangan follower..susunan widget kemas ke tak..isi dalam blog menarik ke tak..
oke..sekiranya blog tersebut ada menjalankan perniagaan atau jualan produk, syira akan tulis juga tentang perniagaan/produk yang anda jual tetapi hanya nama je la..tak ada maklumat lengkap tentang harga ke,kelebihan produk ke..tu semua tak ada :) lebih kepada cerita blog..


REVIEW PRODUK/PERNIAGAAN/SERVIS
 ---> syira cerita nama produk/perniagaan.. gambar produk/perniagaan..harga...kat mana nak dapatkan..kebaikan produk..ciri-ciri produk..
dan no phone,fb,insta,tiwtter pun syira masukkan untuk memudahkan pelanggan call..

Selain perkara di atas ..bayaran yang dikenakan boleh dibincang di 
syiralokman21@yahoo.com.my atau facebook [wan.syahirah]:)


KELEBIHAN :

1. Purata pageviews 450-900 setiap hari..rekod tertinggi mencecah 1000.
2. Harga terendah untuk beriklan berbanding blog lain.
3. Blog aktif (update setiap hari).
4.Promote seminggu sekali dalam tempoh dua bulan :)
5. Bonus buat anda ---> selepas tamat 2 bulan..syira akan tetap promote secara BERKALA dalam bulan2 akan datang.
6. Setiap bulan Syira akan kumpulkan link blog/page lain melalui page [syiralokman] utk dipromote dalam blog syira and syira akan masukkan sekali link blog/page anda dalam entry tersebut.


TATATERTIB BERIKLAN DI BLOG :

Banner tidak ada gambar unsur-unsur lucah.
Banner tidak ada gambar alkohol.
Banner tidak ada gambar tembakau.
Banner tidak ada gambar penindasan pada mana-mana pihak.


*kalau tak ada banner untuk diletakkan di tapak iklan bergerak..
just bagi gambar yang menarik dan url blog/facebook/instagram anda :)

syira tak kenakan bayaran yang mahal :)
pulang modal :D

so..apa tunggu lagi ??
Pembayaran melalui acc Maybank dan BSN :)
Pembayaran melalui topup hanya untuk 2 orang terawal yang nak sahaja setiap bulan :)

PM SEGERA ^_^

Tuesday, July 22, 2014

Personal Blog tapi ........

Assalamualaikum
hye semua :)


Rajin kan Syira update blog sekarang ni ??
haha..nama je personal blog tapi Syira kurang cerita pasal diri sendiri kan sekarang ni..
sebenarnya tak banyak benda nak cerita memandangkan Syira hanya duduk di rumah and online setiap hari..sabtu or ahad Syira berada di kampung..opah sakit so memang tiap minggu family syira akan balik tolong makcik jaga opah..
..tapi rutin ni mungkin sampai hujung bulan 8 je..
kenapa??

nanti Syira beritahu...hehehe..

macam mana persiapan raya ?
mesti meriah kan ? baju lip lap lip lap kome..kalah lampu kelip kelip..haha..
Raya kali ni simple je..selalu family Syira tempah baju awal2..sedondon semua tapi tahun ni takde..
nak shopping pun takde masa sebab sabtu ahad kat kampung kan, nak berjalan tu kurang la..
kalau sempat pun 2,3 jam je..

Puisi pun dah kurang dikongsikan di sini..ada sesiapa nak join terbitkan buku puisi dengan Syira ?
 atau nak tolong terbitkan ?
hehe...
buat masa ni puisi-puisi Syira simpan dulu oke :)
 gambar ootd pun dalam bulan puasa ni Syira tak upload lagi..tunggu lepas raya tau :D

Sesiapa yang follow blog Syira dari dulu mesti tahu Syira ni muda lagi..
baru baby yang berusia 2 tahun :D
Eh ! 20 tahun...hehehe..
Syira merupakan pelajar lepasan stpm batch 94..
so alhamdulillah..Syira dah lepas pun stpm and mungkin keputusan tawaran kemasukan untuk ijazah sarjana muda keluar minggu kedua bulan ogos ni..
and awal bulan 9 pendaftaran..

so sebab tu Syira cakap mungkin bulan 9 kurang sikit berblog tapi insyaAllah..blog ni tak terabai :)
bila keadaan dah stabil..entry akan penuh balik ^_^
hehe..risau juga ni..tak lama lagi raya..lepas tu result tawaran pula keluar..
tak tahu la mana yang sangkut..
doakanlah syira dapat sambung degree..please :)

satu je Syira minta..doakan Syira dapat yang terbaik eh ?
Doakan Syira berjaya dunia akhirat :)

Syira minta maaf if sepanjang berblog ni ada yang tak suka or terasa hati..
terima kasih sebab banyak bantu Syira..
maaf zahir batin ^_^

MENANG Giveaway Ketuk-ketuk Aidilfitri.

Assalamualaikum
hye semua :)
D'nialicious | Wedding Cakes, Cupcake, Chocolate @ Kuala Terengganu, Terengganu
alhamdulillah.. ^_^
rezeki..
Syira menang sekotak biskut raya dari stokis ketuk-ketuk aidilfitri yang bernilai sehingga RM30

Terima kasih penganjur :)
Terima kasih Bos, Staf-Staf & Intern Student @ Dnialicious Cake House :)
1st time ni dapat biskut raya :D

hehe..
eh ! kome pun join kan ??
Dah check ke belum anda menang ke tidak ??
jom..----> [klik] ^_^

KAD RAYA (4) dari # Ruqaiyah Amanina

Assalamualaikum
hye semua :)


Hari ini Syira terima lagi kad raya  :D bestnya hari2 tunggu posmen...hehehe

...dah mula terasa mood raya ^_^
kad raya keempat ni dari pemilik blog http://greenhousera.blogspot.com/ iaitu Ruqaiyah Amanina !
comel je kad raya ni..siap ada doodle :D

Terima kasih awak sebab sudi bagi kad raya kat kitee...
..hehe..ingat juga ye awak kat kitee :D

siap ada kad blogger tau ! warna pink hijau..
kombinasi yang cantik ! ^_^

tq sudi jadi kawan kitee :)

maaf zahir batin ^_^

Elakkan GHIBAH.

Assalamualaikum
hye semua :)
Allah telah berfirman, maksudnya;

"Dan jangan pula setengah dari kamu mengumpat yang lain, sukakah salah seroang kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka, tentu kamu tidak suka memakannya."
(Surah al-Hujarat:12)


Apa itu GHIBAH?

Rasulullah s.a.w menerangkan erti ghibah dalam sepotong hadis yang bermaksud;

"Engkau menyebut tentang saudaramu apa yang tidak disukainya. 
Sekiranya apa yang kamu sebut itu ada padanya, maka sesungguhnya engkau telah mengghibahnya (mengumpatnya). 
Dan sekiranya apa yang engkau sebut itu tidak ada padanya, maka sesungguhnya engkau telah mereka-reka cerita tentangnya (fitnah)."


Dari Jabir bin Abi Said, mereka berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda;

"Takutlah akan ghibah (mengumpat), sesungguhnya ghibah lebih berat dari zina. 
Seorang lelaki yang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya.
 Sedang Allah tidak mengampuni orang yang ghibah (mengumpat)sebelum orang yang dighibah itu memaafkannya."


Ghibah tidak hanya terbatas pada lidah, tetapi isyarat, anggukan, bisikan, tulisan, gerakan dan semua hal yang memberi pemahaman tentang apa yang dimaksudkan, maka ia termasuk ke dalam ghibah dan diharamkan. 

Misalnya, Ai'syah r.a berkata;

"Seorang wanita masuk menemui kami. 
Ketika wanita itu kembali aku mengisyaratkan tanganku bahawa ia pendek, 
lalu Nabi s.a.w telah bersabda;
"Kamu telah mengghibahnya." 

(HR Ibnu Abu Dunya & Ibnu Mirdawaih, hadis ini hasan di sisi Ibnu Hibban)


Perkara-perkara yang mendorong kepada GHIBAH:

a. Melepaskan kemarahan, ketidakpuasan hati terhadap orang lain.
b. Ingin menyesuaikan diri dengan kawan-kawan/kumpulan tertentu.
c. Ingin mendahalui membuka aib orang lain kerana takut orang berkenaan akan membuka aibnya terlebih dahulu.
d. Ingin membanggakan diri
e. Dengki/Hasad/Cemburu
f. Bermain-main, senda gurau dan mengisi waktu kosong.
g. Merendahkan dan melecehkan orang lain dengan niat untuk menghinanya.


Kesan GHIBAH:


a. Boleh memutuskan sillaturrahim sesama manusia sehingga menimbulkan perbalahan & permusuhan.
b. Nilai moral masyarakat akan sentiasa dipandang rendah.
c. Mendapat penghinaan di sisi Allah, kerana Allah tidak suka orang memakan daging saudaranya sendiri.
d. Menyebabkan berlakunya penganiyaan terhadap orang yang dighibah kerana setiap cerita 
yang dibawa tidak diperiksa kebenarannya dahulu.


Sesungguhnya, semua akhlak yang buruk dapat dicegah dengan 2 perkara,
 iaitu ilmu dan amal;


a. Sentiasa membasahkan lidah dengan berzikir dan membaca al-Quran kerana ia dapat memelihara lidah dan pertuturan kita.

b. Menjauhkan diri dari orang yang suka berghibah (mengumpat) kerana tidak mahu bersubahat mendapat dosa berghibah.

c. Sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan diri dan bukan membuka aib orang lain.

d. Ketahuilah bahawa orang yang suka berghibah, Allah tidak akan mengampuni dosanya selagi orang yang dighibahnya tidak memaafkannya.


Cukuplah kita mengaibkan orang, ngumpat sana sini.. 
Pejamkan mata, tulikan telinga, bisukan mulut.
Semoga Allah jauhkan kita dari sifat2 mazmumah.


Monday, July 21, 2014

6 golongan wanita yang harus dijauhi oleh lelaki.

Assalamualaikum
hye semua :)




Hari ni Syira nak share pasal 6 golongan wanita yang harus dijauhi oleh kaum Adam (lelaki) .


1. Wanita Ananah

Wanita Ananah bermaksud type wanita yang suka mengomen.
Hidup dia ada je yang tak kena.
Kalau dah kahwin memang apa yang dibuat suami dia semua tak betul.
Sehari mesti ada je yang tak kena pada suami dia.


2. Wanita Mananah

Wanita mananah ialah wanita yang asyik menidakkan usaha suami.Lepas tu suka mendabik dada dan hanya berkata dia jelah tunjang rumah tangga. 
sedarlah kaum hawa yang kamu dijadikan dari rusuk adam.
Biasanya situasi macam ni berlaku bila isteri bergaji besar dari suami.

3. Wanita Hananah

Wanita jenis ni berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.
Kira pendeknya ialah wanita yang tak mensyukuri jodohnya.
Tak habis-habis membezakan suami dia dengan lelaki lain.

4. Wanita Hadaqah

Ok wanita dalam golongan ni ialah 
wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki 
barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. 
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. 
Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk
Wanita inilah yang menjadikan suami dulu 
handsome sekarang suah botak.
Contohnya bila dia nampak kawan dia pakai barang GUESS dia pun nak juga.

5. Wanita Basaqah

Ynag ni pulak terbahagi kepada dua.Yang pertama bermaksud wanita yang suka bersolek tapi niat dia bersolek bukan untuk suaminya tapi untuk menunjuk-nunjuk.
Bila ditegur alasan di takut jatuh saham.Mak aiyh dah kahwin siap boleh nak jaga saham.
Memangla even kita dah kahwin kita kena jaga penampilan tapi sederhana saja.
Jangan salah niat.

Ok yang kedua pulak maksudnya ialah Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Yang ni agak pelik. 
Time belum kahwin sanggup kongsi choki-choki tapi bila dah kahwin air suam pun tak nak kongsi. 

6. Wanita Syadaqah

Jenis ni pulak mulut tak tau berenti. 
Lebih-lebih lagi bila bergosip dengan kawan-kawan.
Cakap pandai tapi bila buat kerja memang tak menjadi.


 Pesanan Rasulullah untuk semua kaum Adam :

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, 
yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, 
yang basaqah dan yang syadaqah

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah