"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, September 28, 2014

Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya :D

Assalamualaikum
hye semua :)

Alhamdulillah sudah hampir 1 bulan berada di bumi UM. 
Setakat ini semuanya masih manis :D Semanis gula-gula :D hehe..

Mesti uollss ternanti nanti bila lah Syira nak mula story pasal kehidupan sebagai mahasiswi kannn..
Orang lain dah cerita awal-awal dah..hehe..
Syira saja bagi kome tertunggu-tunggu :P

Seperti kebiasaannya, pelajar baru diwajibkan melalui Minggu Haluan Siswa (lebih dikenali sebagai minggu orientasi).
ORIENTASI?? Satu perkara yang mula terbayang-bayang kena tidur lambat, bangun pukul 4-5 pagi, makan kena beratur panjang, penat, penat dan penat! 
ni lah yang Syira fikir sebelum masuk UM..Tetapi semua persepsi ini berubah bila menyertai Minggu Haluan Siswa di Universiti Malaya.
Setiap kolej kediaman akan menerima pelajar baru yang dikenali sebagai "freshie" dan freshie ni akan dijaga oleh Pemudah Cara Mahasiswa (PM) .

Syira ditempatkan di kolej kediaman pertama iaitu Kolej Kediaman Tuanku Abdul Rahman (ASTAR)
ni la kolej pertama yang dibina and confirm paling tua,paling legend :D
PM ASTAR memang TERBAIK :D
caring gilerrrrrr !

Awal-awal masuk selalu berharap agar Minggu Haluan Siswa habis cepat TETAPI ..sekarang dah rinduuuuuuu...tak sangka Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya sangat HEBAT !
Aktiviti yang dijalankan selama satu minggu ialah, taklimat, gotong-royong, senamrobik, pertandingan sukan dan seni serta diselitkan juga beberapa aktiviti kerohanian seperti tazkirah dan solat secara berjemaah.



Sebenarnya kalau nak diceritakan kemeriahan dan kehebatan Minggu Haluan Siswa memang takkan cukup 1 entry ni..tapi disebabkan kekangan masa dan "keperlahanan" wifi..terpaksalah Syira rangkumkan semuanya dalam satu entry ni..



Cantik takk ? :D
ni belon berwarna warni..serius Syira suka sangat..belon yang disinari cahaya handphone..hehe..sangatlah sweet ^_^





Saat masuk ke DTC, semangat semua freshie dan PM berkobar-kobar..kenapa ??
Semua kolej kediaman akan lawan cheers/sorakan kolej , mana yang lebih kuat dan padu tu lah sering menjadi perhatian ! :D
Tradisi Universiti Malaya yang masih dikekalkan ialah cheers,cheers dan cheers :D
Bila semua kolej berkumpul dalam Dewan Tun Canselor (DTC) habislahhh !

GEGARRRR DTC ! :D

boleh dikatakan cheers setiap kolej kediaman sangat HEBAT !



Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Minggu Haluan Siswa..
Yang lebih gempak ! Datuk Aznil Haji Nawawi, Datuk Seri Shabery Chik dan Mejar Dr Faiz pun datang tau :D
Kelasss uolllssss...

Embedded image permalink



Hari hari kami diserikan lagi dengan persembahan dari Palapes Laut dan Darat serta Suksis !
Siap ada "abang api" okeeeee :D
terkejutttt makkkk ~~


Oke ..siapa pula si cantik dan si ayu ini ?
yang belah kiri Syira tu nama dia Nabilah...roomate dari Sarawak :D
And yang belah kanan Syira dari Pahang..nama dia Aja :D
comel kan diorang..
geng bilik 206 semua senyummm pipi naikkk..hahaa..


Buruknya bila tengok muka sendiri time Minggu Haluan Siswa..macam zaman kawad kaki dulu..
secalit bedak pun kalau boleh malas nak sapu...haha..
sebenarnya gambar ni saja nak tunjuk aktiviti time kami menjelajah fakulti :D
Fakuti Pendidikan (Kaunseling)..bila bercakap mengenai Fakulti Pendidikan confirm semua akan cakap .. 
"bakal cikgu kaunseling la ni.."
sebenarnya statement tu salah sama sekali kerana specialnya pelajar kaunseling ni ialah mereka ditempatkan di bawah Fakulti Pendidikan tetapi takkan jadi cikgu tau..
jadi KAUNSELOR :D boleh bekerja di pelbagai sektor..
kalau nak jadi cikgu kena sambung belajar lagi setahun ~
..

ehem !
 gempak tak gempak la kann..sampaikan Aktiviti Minggu Haluan Siswa terpapar dalam akhbar Utusan Malaysia Sabtu 13 September 2014. 
### ASTAR terpilih..nampak la muka sikit belakang tu walau kecikkk ..hehe..~


Selepas satu minggu berlalu Minggu Haluan Siswa...
Bermulalah kuliah time :D
ALHAMDULILLAH..pensyarah semua TERBAIK !
Kawan best2 dan MERIAH ! :D
Nanti Syira cerita pasal kawan kawan kelas pula tau !
tunggu ~~~ :D



Friday, September 26, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Monday, September 22, 2014

Blog Review # Wani Si Ulat Buku

Assalamualaikum
hye semua :)

lama Syira tak muncul kan..
hehe..biasalaa budak baru masuk U ni...kena selalu bahagikan masa sebaiknya..
kan kan kannn... :P

oke..kali ni..Syira nak review 1 lagi blog ?
blog siapa ??

Wani Si Ulat Buku ^_^


saat menerjah masuk ke blog ini, pasti mata ada terpesona dengan kelembutan warna biru yang sangat manis dipandang.
Wani Si Ulat Buku
kalau nak tahu..pemilik blog ni masih muda..baru sahaja berusia 12 tahun :D
waaa..hebat kannn..di usia 12 tahun dah pandai berblog :D
good job adik ! teruskan..hehe

sebelum tu,jom kita selidik sedikit latar belakang pemilik blog biru ini :)


Nama penuh:Noor Izwani Eliyana binti Mohd Idham
Umur:12 tahun(2014)
Warganegara:Malaysia
Tarikh lahir:8 Januari 2014
Tempat lahir:Hospital Kulai Johor
Tempat tinggal:Rawang,Selangor,Malaysia


Hobi:Memasak,berblogging,melayari internet dan membaca buku
Cita-cita:Menjadi pemblogger yang terkenal,novelis dan tukang masak
Warna kegemaran:Biru cair,pink dan ungu
Makanan kegemaran:Ayam pelbagai masak,maggi kari dan banyak lagi(penuh perut)
Minuman kegemaran:Horlick ais,milo ais tabur,susu dan jus oren

Nombor/hari kegemaran:No.4/Hari Jumaat
Status:Taken by Allah :)
Kaum:Melayu
Agama:Islam
Jantina:Perempuan



Pemilik blog ini bernama Wani dan beliau baru sahaja mula menulis blog sejak Januari 2014.
Kini, bilangan pengikut setia di blog beliau adalah seramai 192 pengikut.
Wani banyak menulis tentang tutorial, tips, kisah peribadi, kawan-kawan dan giveaway.

Susunan widget dalam blog pun cukup teratur !
suka tengok :D
secara keseluruhannya ..walaupun blog ini masih baru..susun atur dan cara penulisan nampak macam dah lama Wani berblog kann.. :D

Jangan pandang rendah kepada gadis kecil molek ini.
Kalau anda nak tahu..kecil-kecil dah pandai cari duit sendiri tauuu..
Wani membuka tempahan buat sesiapa sahaja yang ingin menempah header, banner, doodle, full template ,review dan sebagainya dengan HARGA TERENDAH !

jom like page ---->


jangan lupa follow and like tau ^_^
support blogger !

Thursday, September 18, 2014

Berubah ? mula dari HATI.

Assalamualaikum
hye semua :)


Ramai yang suka mencari salah orang lain berbanding silap diri sendiri.
Dari situ kita boleh nilai sebersih mana hati kita..semurni mana diri kita :)

Apabila kita melihat keburukan orang lain, cepat2 imbas kembali keburukan kita.
Belajar dari Islam bukan orang Islam..kerana Islam itu sempurna tetapi orang Islam tidak sempurna.

Pahala yang sepatutnya kita dapat atas tiket "nasihat/pengajaran" bertukar menjadi dosa atas tiket "sebarkan keaiban dan mengumpul makian"

Berpegang kepada kata-kata ini
 "Allah dah tutup elok aib kita, kenapa kita nak buka aib orang?"
:)

Thursday, September 11, 2014

Kembali...krikk..krikkkk

Assalamualaikum
hye semua :)
rinduuu Syira tak ?? hehe..lama kan Syira tak jelajah blog korang..
alhamdulillah..life di Universiti Malaya sangat la seronokkkkk !
Syira menetap di Kolej Kediaman Pertama iaitu ASTAR !
Kolej Tuanku Abdul Rahman :D
banyak kemudahan yang disediakan, cepat dan dekat..
makanan sehari Rm8 dah terlalu kenyang :D
maaf laa...wifi kadang laju kadang slow menyebabkan Syira susah nak update blog and pada masa yang sama masih belum puas menikmati life di sekitar kampus Universiti Malaya :D
lepas ni dah busy dengan assigment memang susah la nak rehat kan...ehehe..
sebab tu kena jelajah kampus dulu..
maaf salah silap yee...

job review akan diteruskan..PM syiralokman
jaga diri :)

doakan Syira ^_^

Friday, September 5, 2014

"I have a DREAM..."

Assalamualaikum
hye semua :)
Korang ada impian ?
Syira sejak sekolah menengah dah ada impian yang Syira nak kecapi..time form 6 lagi kuat hati ni nak capai semua impian Syira sebab bagi Syira..if kita usaha and kuat berdoa..kita akan berjaya and yang paling penting kita perlu tetapkan matlamat..kannnn :)

Seronok bila apa yang kita usahakan tercapai..
antara impian yang Syira perlu kecapi sebelum Syira berusia 30 tahun adalah ---->
 ^_^


  1. Dekan setiap sem time degree.
  2. Ahli MPP.
  3. Join program pertukaran pelajar.
  4. Join usrah.
  5. Kaunselor berjaya.
  6. Seseorang yang menjadi inspirasi kepada orang lain.
  7. Married and have a great family.
  8. Menunaikan Haji dan Umrah dengan family.
  9. Penulis Buku Puisi.
  10. Penulis Buku Motivasi.
  11. Memiliki firma konsultant.
  12. Memiliki butik pakaian muslimah.
  13. Memiliki Yayasan Kebajikan.
  14. Melawat rumah anak yatim/kebajikan setiap bulan.
  15. Rahsia
  16. Rahsia
  17. Rahsia... hehee


Time form6 Syira dah capai 3 kejayaan ini --->

Ketua Platun terbaik kawad kaki kategori NGO Daerah Kinta Utara.
Dapat pointer 3 atas setiap sem.
Tiada paper ulangan untuk ketiga3 sem.
Pelajar terbaik STPM.

Jom share impian anda ! mana tahu kot sama..hehe..
semuanya akan tercapai dengan usaha yang berterusan..kan ? wish me luck !
Allah sebaik baik perancang..
hebatnya Allah melebiihi segalanyaa :)

mohon diberi kesihatan yang baik, ujian yang penuh hikmah dan nikmat yang penuh barakah
:)

## Doakan Syira ye :) Semoga segalanya dipermudahkan.. :)


Tuesday, September 2, 2014

HARTA dan ILMU .

Assalamualaikum
hye semua :)


"Kesungguhan mengejar ilmu tidak akan membuatkan seseorang rugi.."

Monday, September 1, 2014

Bermula episod baru di UM.

Assalamualaikum
hye semua :)

1 September 2014 Syira berada di Universiti Malaya untuk sambung degree ! :D
..Ijazah Sarjana Muda Kaunseling...

dup dap dup dap jantung ni..
semoga perjalanan baru ini dipenuhi ujian penuh hikmah dan nikmat penuh barakah :)
doakan Syira berjaya ye :)
 biasa la..minggu pertama busy dengan "Minggu Haluan Siswa"
so..Syira tidak akan terjah blog korang :( jangan lupa Syira tauu..rajin rajin singgah sini sebab ada special entry buat anda :)


ASTAR -Kolej Kediaman Pertama Terbaikkkk ! ^_^

jaga diri baik baik kesayangan semua :)
maaf salah silap !
Doakan segala urusan dipermudahkan ye :) doakan kejayaan Syira dunia akhirat !

Matlamat perlu ditetapkan..niat perlu terus murni dari akarnya..
semoga usaha akan membuahkan kejayaan yang membanggakan buat semua :)

-Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya-
-Kolej Kediaman Pertama - ASTAR-
## Counsellor to be ##

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah