"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, August 28, 2015

Amalan untuk pahala berterusan walaupun selepas mati

Assalamualaikum
hye semua :)

Dalam hidup ni happy macam mana pun, kita perlu lakukan sesuatu demi kebaikan umat. Mesti semua nak rebut pahala dunia akhirat kan...
tapi macam mana nak dapatkan pahala berterusan walaupun kita dah mati nanti ?
Jom baca 6 amalan yang boleh kita lakukan :)



1) Beri naskah Al-Quran kepada sesiapa. Setiap kali dia membacanya, kita turut akan mendapat pahala.

2) Letak water cooler di tempat awam. Setiap yang menggunakannya, kita turut mendapat pahala.

3) Tanam pokok. Kita akan mendapat pahala jika orang atau haiwan duduk berlindung dibawahnya atau makan hasilnya.

4) Derma wheelchair dekat hospital. Setiap kali pesakit menggunakannya, kita turut serta akan mendapat pahala.

5) Terlibat dalam pembinaan masjid walaupun sekadar menderma. Besar pahalanya jika kita menolong orang membina rumah Allah.

6) Menyampaikan ilmu kepada orang lain. Selagi mana orang tersebut menggunakan ilmu itu ke arah kebaikan, insyaAllah kita akan mendapat pahala berterusan daripada Allah.




Sebenarnya banyak lagi amalan yang boleh dilakukan bukan 6 ni sahaja. Boleh sedekah telekung, buku, makanan dan pelbagai lagi keperluan. Pertolongan yang sedikit memberi makna yang besar kepada insan yang memerlukan :) Biar mati diingati. Biar pemberian kita disyukuri !

So, jangan berhenti lakukan kebaikan demi Tuhan :)
Semoga bermanfaat untuk kita.


Monday, August 24, 2015

Cara mudah promote Blog dan Instagram anda.

Assalamualaikum
hye semua !

Image result for follow

mesti ramai yang tertunggu-tunggu entry ni :D sekarang ni ramai nak cara mudah untuk tarik orang follow blog or instagram kan..
cepat meh sini. Syira nak tolong :) kalau sesiapa yang dah follow Page Blog Syira Lokman mesti dah tahu yang Syira selalu kumpulkan link blogger lain untuk diberi backlink secara percuma.
So dalam entry ni Syira dah listkan semua blogger awesome yang tinggalkan link di post page blog syira lokman !
Jom blogwalking, sambil tu boleh follow and komen..tambah kenalan blogger kan awesome ! ^_^

KORANG..TOLONG LIKE VIDEO KOLEJ SYIRA : ASTAR UM

BLOG :

http://www.naniena.com/
http://www.nurfuzie.com/
http://yangbaik.blogspot.com/
http://www.arzmoha.com/
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
http://adna2029.blogspot.com/
http://www.masturadin.com/
http://myafarisha.blogspot.com/
http://mimbarkata.blogspot.com/
http://seindahcerita.blogspot.com/
http://www.syamimirosnee.blogspot.com/
http://ilovebunga89.blogspot.com/
http://awansayatasana.blogspot.com/
http://www.zazazehra.com/
http://purplestarz89.blogspot.com/
http://ummumariah.blogspot.com/
http://ananiesaa.blogspot.com/
http://emyyyyemyyyy.blogspot.com/
http://afidahazmi88.blogspot.com/
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/
http://www.kakgojes.com/
http://azraq-hydrangea.blogspot.com/
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/
http://vithebat.blogspot.com/
http://www.dramaticuniq.com/


INSTAGRAM :

https://instagram.com/ruqaiyahamanina/
https://instagram.com/eintan_nurfuzie/
https://instagram.com/yangbaik/
https://instagram.com/arzmoha/
https://instagram.com/_maamieiqi_/
https://instagram.com/mas2986/
https://instagram.com/mya_farisha/
https://instagram.com/nieylanadia/
https://instagram.com/nshahira88/
https://instagram.com/celebritylass_waniemasduki/
https://instagram.com/alfarouqcollection_ig/
https://instagram.com/khair_an_niesaaa/
https://instagram.com/emyameliaa/
https://instagram.com/chiffonskirt.outlet/
https://instagram.com/hijabschoice/
https://instagram.com/tashaqishaofficial/
https://instagram.com/ahkakgojes/


Terima kasih buat semua yang sudi tinggalkan link di page Blog Syira Lokman !
sambil tu jom follow dan like ^_^


TERIMA KASIH ^_^

Sesiapa yang berminat dengan FREE SWAP REVIEW DI INSTAGRAM.. sila FOLLOW semua link Syira di atas dan PM Page Blog Syira Lokman.


## Buat sesiapa yang tak sempat tinggalkan link blog dan instagram, jom cepat terjah page blog Syira Lokman, nanti Syira masukkan dalam entry ni ye..klik ----> BLOG SYIRA LOKMAN. 
TAMAT 31 OGOS 2015 !


Saturday, August 22, 2015

10 Tips Menguruskan Badan.

Assalamualaikum
hye semua :)

Raya dah lama berlalu kan tapi berat badan naik mendadak sampai nak pecah penimbang tu..
biasa la makan macam-macam. Mana boleh kawal nafsu time raya, bangun je pagi makannnnn...pergi ke rumah saudara ,kawan-kawan makan lagi..makanan berat pula tu.
Ada yang kononnya time puasa kurus tapi bila raya berat badan naik mendadak melebihi berat sebelum puasa lagi. Dah mula risau baju tak muat ? Jangan sedih, tak perlu makan pil berpuluh biji sehari semata-mata untuk kurus.
Jom KURUS DENGAN SIHAT ! 
Amalkan 10 tips kurus dan langsing cara sihat dari Kevin Zahri :D
Image result for 10 tips menguruskan badan.
Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar.
Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

Jangan skip hidangan.
Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana
1. nafsu makan akan bergelora
2. metabolisma badan akan menurun.

Kenali keperlukan kalori seharian anda. 
Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. 

Elakkan kalori daripada minuman.
Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. 

Minum air mineral. 
Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan.
Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

Segenggam tangan karbohidrat.
Samada anda makan nasi, roti, mi mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup.
Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

Kawal nafsu makan.
Kawal nafsu makan dari awal supaya badan kita tidak berpeluang untuk terus mengembang.
Jangan tidur terlalu lewat kerana lewat malam nafsu makin kita meningkat.

Senaman tidak wajib.
Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

Image result for DIET
amacam ? agak-agak boleh tak nak amalkan tips menguruskan badan ni ?? jom cuba...yang penting kena usaha oke ^_^
nanti dah kurus jangan pakai baju ketat-ketat pula. :) dapatkan bentuk badan ideal untuk sihat oke !
all the best !

Thursday, August 20, 2015

Tuesday, August 18, 2015

Kenapa aku masih menulis blog ?

Assalamualaikum
hye semua :)


Tulis blog ni kadang sampai satu tahap kita rasa nak give up, penat sangat.
Pernah suatu ketika time stpm, nak sangat delete blog sampai dah siap search cara delete blog.
Tapi setiap kali nak delete je rasa berat hati.
dalam setahun juga la blog ni diabaikan. Namun lepas stpm, semuanya berubah.
Syira mula terfikir "why not jadikan blog medium untuk tolong orang lain"
so sejak itu Syira mula delete entry lama yang merapu, tukar layout blog and now segalanya berubah.
Berbaloi ke menulis blog ni ?
for me..YES !

Usia blog ni dah 4 tahun since umur Syira 17 and sekarang umur Syira dah 21.
Blog ialah medium untuk Syira mencoretkan sesuatu bertujuan untuk berkongsi.
Mungkin ada darinya yang boleh membawa manfaat untuk kita berubah bersama.
Syira tiada kehebatan dalam seo..pageviews pun tak ada la sampai jutaan pengunjung.
asal ada yag nak baca pun dah cukup buat Syira gembira :)

Apa yang Syira tulis dalam blog ?
my personal life, pendapat Syira, resepi masakan istimewa air tangan Syira Lokman, motivasi, outfit of the day Syira Lokman, giveaway dan paid review dan advertorial.
seronok berkongsi sebenarnya..
bila ada yang pm nak tanya tentang form 6,nak tanya tentang interview..
seronok ! sebab dapat tolong orang..dapat naikkan semula semangat mereka yang rasa tak boleh nak bertahan dengan stpm and share tips belajar.
Kadang bila free, tolong promote link blog dan instagram kawan-kawan.

Syira sangat happy bila aktif berblog tambah lagi bila orang appreciate dan actually say thank you untuk info berguna yang Syira tulis dalam blog. Siap ada orang PM/email untuk tanya lebih lanjut pasal info yang Syira tulis dalam blog.
Lagi best bila masih ada yang cari or baca entry Syira walaupun entry tu entry lama.

Dulu Syira ada fanpage yang bergabung dengan kawan baik Syira tapi bila dia tak aktif berblog..Syira decide nak buat fanpage baru dengan nama sendiri..sayangg juga sebab fanpage lama dah beribu pengikut..
tapi atas nasihat bro framestone..syira berani mula balik dengan my own fanpage iaitu


Terima kasih Bro framestone sebab pernah cakap kat syira "jangan takut untuk mula balik"

Rakan Blogger ...
Terima kasih setia menjadi guru Syira :)
Tanpa kalian, sehingga kini mungkin blog Syira masih berada di takuk lama...Yang mungkin sekarang pun ada yang tak suka baca :P
Syira sememangnya belum layak mendapat pujian dari kalian.

Terima kasih Hasrul Hassan sebab tak sombong dengan blogger baru and kongsi tips yang amat berguna.
Terima kasih kak Zaza, Kak Julia pemilik blog Akif imtiyaz ,Kak Fiza yang sudi edit blog syira and layan soalan syira macam2 tentang blog..
kalau nak dicoretkan semua nama mungkin dalam 1 entry ni sahaja tidak cukup..
banyak juga yang menjadi silent reader..Syira tahu :)
Terima kasih buat rakan blogger dan klien yang bagi jod review serta advertorial pada Syira.
Terima kasih pihak media, wartawan dan photographer yang sudi beri peluang untuk kisah Syira sebagai pelajar dan blogger dicoretkan dalam majalah serta akhbar.
Masih kerdil ilmunya tapi penghargaan kalian sangat bermakna.

Terima kasih semua yang sudi pm syira semata2 nak tolong syira untuk interview degree. :)
Terima kasih sudi masukkan link blog syira dalam bloglist kalian :)
Terima kasih tukang komen setia yang selalu tinggalkan kata2 semangat setiap kali jejak blog ini dan 
Terima kasih semua yang setia membaca setiap entry dari blog ini :)

Alhamdulillah..rezeki Syira :)
Terima kasih buat semua yang menyokong dan berdoa buat Syira saat Syira masih di dalam perut mama hingga ke hari ini. Blog ni hadiah untuk anda, Syira minta maaf andai hasil dari blog ini tidak seperti apa yang anda harapkan.
Tapi blog ialah medium untuk syira menulis sesuatu buat semua :)

Selama 4 tahun menulis blog dari usia 17 hingga 21, alhamdulilah Blog Syira Lokman dicoretkan kisahnya dalam majalah serta akhbar sejak Syira berusia 20 tahun.
Dah ada lebih kurang 6 artikel kesemuanya. Syira dah mula jana wang dari blog walaupun tak banyak macam orang lain tapi cukup la untuk dikumpul and jadikan duit kahwin bila rasa nak kahwin nanti..heehhe...
Syira bukan menulis untuk bangga diri, namun ini satu landasan yang baik untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi diri serta orang lain dengan menyatakan "siapa pun kamu, seusia mana pun kamu, kamu diberi rezeki dan kejayaan untuk dibanggakan usahanya dan bantu memotivasikan orang lain dengan kejayaanmu".


" Sesiapa yang membantu saudaranya untuk menghadapi sesuatu masalah atau kesusahan , Allah akan membantunya untuk menghadapi kesusahan pada Hari Pengadilan . 
Oleh itu jika kamu dapati ada saudara kamu yang mempunyai masalah , 
bantulah dia dan Allah akan membantumu pada Hari Pengadilan kelak ."

-Sayyidi Habib Shaykh Hisham al-Kabbani
Kalau nak baca kisah Syira sepanjang tahun pertama menjadi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya, boleh klik sini  :)
btw, goodluck untuk adik-adik yang bakal menyambung pengajian di UM dan mana-mana universiti yang lain :) tetapkan matlamat dan bawa harapan bersama hati yang ada Tuhan :)

Untuk blogger baru..jangan putus asa :)
Kita sentiasa "baru" dalam menuntut imu. Masih jahil namun usaha perlu kekal teguh.
You don't always get what you wish for, you get what you work for.
Hidup ni nak buat apa pun kena ada matlamat yang jelas dan usaha yang seiring.
Cari ilmu dan sebarkan ilmu yang bermanfaat. Usaha demi kejayaan dunia akhirat !
Buat blogger, kekalkan niat baik anda untuk terus menulis entry yang bermanfaat.
Bila dah berjaya jangan kedekut untuk tolong orang lain.

Pada mereka yang mengenali diri ini,
pertemuan dan perkenalan dengan kalian memberi pengalaman dan pembelajaran tertentu buat saya.
family,cikgu..kawan2 :)
Ya Allah, banyaknya nikmat Allah bagi kan ? jangan malu dan berat lidah untuk ucapkan ALHAMDULILLAH setiap masa :)

Terima kasih atas segalanya.
Mohon diberi tunjuk ajar dan teguran untuk terus memperbaiki diri yang lemah ini.
Terima kasih. Korang buat Syira terus semangat nak berblog ^_^
Terima kasih buat semua yang sentiasa setia mendoakan :)
Doakan Syira capai impian Syira dan berjaya dunia akhirat.
Moga kita dijauhkan dari lupa diri. Moga Allah lindungi hati ini.
Semoga korang murah rezeki :)


"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu .BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu,
kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri,Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna,
nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

- Imam Hassan Al Banna -

saat rasa paling NIKMAT bukan POPULARITI tetapi saat diri DIHARGAI :)
(nak swap review? PM Facebook)

Monday, August 17, 2015

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera

KLIK BANNER UNTUK JOIN !

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 17 OGOS 2015 hingga 11.59 malam 31 OGOS 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 155.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI...
Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini. 

Syarat-syaratnya :
1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Wan Sarah | Shalminadya | Missakuradiary | Aderakukeysah  
Awansayatasana | Azirahman | Yayacendana |  

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Follow  Instagram Sponsor

5. Buat entri bertajuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Sekian.


GIVEAWAY BIRTHDAY MUM&SISTER |TENGKUBUTANG

Assalamualaikum
hye semua :D


Klik banner untuk join !

Saturday, August 15, 2015

Kerana kita HAMBA.

Assalamualaikum
hye semua :)

Salah itu biasa, belajar dan mengajar dari munculnya "salah". 
Andai kamu inginkan yang SEMPURNA darinya, kamu silap..kerana dia sama..
walau siapa pun dia, statusnya, pangkatnya, keturunannya, bangsanya, taraf pendidikannya, 
hartanya atau kepetahan dia berbicara...
dia juga MANUSIA :)
Maafkan. Mungkin di suatu masa kau juga sama seperti dia 
kerana kita HAMBA :)

Thursday, August 13, 2015

Kacang Buncis bersama Udang.

Assalamualaikum
hye semua :)

kalau singgah blog Syira, wajib ada resepi mudah tapi sedap !
kali ni Syira guna kacang buncis yee bukan kacang buncittt..oke..sila jangan silap anak-anak :D
Buncit tu bukan kacang ye tapi orang :P


Bahan-bahan :

kacang buncis
1 ulas bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
sedikit ikan bilis
6 ekor udang
cili merah 
garam 
gula
1 sudu kicap manis
1/2 cawan air

Cara-cara.

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
  2. Kemudian, masukkan udang serta kacang buncis.
  3. Masukkan pula air, garam, gula, kicap dan biarkan seketika.
  4. Masukkan cili merah yang telah dihiris.
  5. Tutup api apabila udang dan kacang buncis tadi masak sekata.
  6. Hidangkan.
jom cuba ! lepas ni confirm rajin masak hari hari oke :D

http://instagram.com/syira_lokman/

Tuesday, August 11, 2015

Syira Lokman Siswi Pilihan Berita Harian

Assalamualaikum
hye semua :)

Dah dekat penghujung cuti ni makin sibuk, sampai lupa nak update blog sendiri. Demam masih belum pulih and rasa macam makan ubat pun sama je. 6 Ogos 2015 saat diri betul-betul tengah sakit Allah bagi hadiah :) Syira Lokman dalam ruangan Siswi Pilihan Berita Harian. Tak pernah terfikir akan sampai ke tahap ini. Dulu masuk paper majalah sebagai blogger pilihan, tapi sekarang sebagai pelajar. Jujur untuk artikel kali ini malu sebenarnya nak dedahkan sebabnya Syira baru je selesai tahun pertama di Universiti Malaya. Masih mentah jiwanya, masih baru. Tapi ini yang dinamakan rezeki. Alah hadirkan tanpa disangka.


Terima kasih kepada Berita Harian  ^_^
Terima kasih Cik Khairunnisa :)
Terima kasih kerana memilih Syira Lokman untuk diketengahkan :)

Ramai tanya macam mana boleh masuk paper?
hmm...Syira tahu ramai yang sebenarnya inginkan blog atau diri anda diketengahkan. Syira pun tak tahu nak cakap macam mana Syira dapat semua ni. Ramai blogger di luar sana, ramai pelejar universiti yang hebat mencipta nama.
Namun Syira Lokman dipilih seolah olah tiada yang kedua.
Untuk artikel kali ni, Cik Khairunnisa yang pernah interview Syira untuk Blogger Pilihan dalam Berita Harian inbox Syira di facebook untuk rungan siswi pilihan keluaran 6 Ogos 2015 ni.
Jauh di sudut hati Syira nak menolak tawaran ini sebab rasa diri masih belum cukup hebat pencapaiaanya. Baru 1st year jadi pelajar kann..
ramai sangat senior yang hebat.
Namun ini satu landasan yang baik untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi diri serta orang lain dengan menyatakan "siapa pun kamu, seusia mana pun kamu, kamu diberi rezeki dan kejayaan untuk dibanggakan usahanya dan bantu memotivasikan orang lain dengan kejayaanmu".

Kalau nak baca kisah Syira sepanjang tahun pertama menjadi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya, boleh klik sini  :)
btw, goodluck untuk adik-adik yang bakal menyambung pengajian di UM dan mana-mana universiti yang lain :) tetapkan matlamat dan bawa harapan bersama hati yang ada Tuhan :)

Alhamdulillah..rezeki Syira :)
Terima kasih buat semua yang menyokong dan berdoa buat Syira saat Syira masih di dalam perut mama hingga ke hari ini. Blog ni hadiah untuk anda, Syira minta maaf andai hasil dari blog ini tidak seperti apa yang anda harapkan.
Tapi blog ialah medium untuk syira menulis sesuatu buat semua :)
Setiap yang dikongsi diharap dapat memberi inspirasi dan membantu kalian, pada masa yang sama dapat mengingatkan kalian dan Syira sendiri yang selalu alpa.
Mungkin ada darinya yang boleh membawa manfaat untuk kita berubah bersama.

Terima kasih buat semua yang sentiasa setia mendoakan :)

Apa yang pasti,kejayaan kita hari ini bukan sahaja dari hasil usaha kita, tetapi dari doa insan2 mulia yang ingin melihat kita berjaya :)

Moga kita dijauhkan dari lupa diri. 
Moga Allah lindungi hati ini.
lepas ni kena makin rajin singgah dan baca entry di blog Syira tau :)
Maafkan atas kekhilafan Syira sendiri..
Semoga hidup kalian diberkati :)


Kalau ada pertanyaan, nak minta tolong atau nak Syira review produk, online shop, butik, tolong kumpul sumbangan/derma atau sebarang urusan, please add fb, follow twitter atau pun email je :)
insyaAllah i will help you :)
* Syira lebih aktif di fb !



Other than URL given, I do not own any other social media network.

Jangan sibuk mencari kesempurnaan bila diri sendiri masih tenggelam dalam kekurangan. 
Kesempurnaan itu tidak akan pernah menjadi milik manusia tetapi 
hanya milik ALLAH :)


### Saya menulis untuk diri sendiri, 
untuk orang lain, 
kamu, mereka atau sesiapa sahaja :)
moga bermanfaat !
Bersama sebarkan kebaikan dan kasih sayang ^_^

Monday, August 10, 2015

Semakan keputusan kemasukan ke UA 2015/2016.

Assalamualaikum
hye semua pelajar lepasan STPM/MATRIK/ASASI/DIPLOMA :D
Esok apa yang special ye ??ehehe...
Mesti korang tengah berdebarr sebab esok result keluar and confirm ada yang tak boleh tidur malam ni sebab risau sangat. Ada sesiapa dah sampai bermimpi ke ?
Sedih ke happy mimpi tu ?
hehe..relax ye..kuatkan hati dan malam ni teruskan berdoa oke ? :)
 Last batch time akak pun, debooooo juga dik oiiii..tapi alhamdulillah happy akhirnya.
Kali ni baru 1st time kan korang dapat mohon 3 pilihan iaitu UM,UPU dan USM.
Untung oke sebab korang ada kemungkinan akan dapat ketiga-tiganya.

Buat adik adik yang tak tahu kat mana nak semak. Klik gambar di bawah oke ^_^

UPU- klik gambar

USM- klik gambar
UM- klik gambar


Akak nak pesan kalau dapat 2 atau 3 pilihan buatlah pilihan yang terbaik. Ini masa depan awak tau adikkk.Time akak dulu dapat 2 pilihan tapi akak tak susah nak pilih sebabnya akak memang dah tetapkan matlamat dan tahu apa yang akak nak. so, adik adik kena teguh dengan pilihan.
Yang penting doa dan terus berdoa supaya Allah permudahkan urusan.
Jangan berlagak sangat bila dah dapat, ni baru nak mula merangkak je dikk..banyak lagi awak kena tempuh di alam universiti tu nanti tau ! tapi jangan risau.. :)
selagi dalam hati ada Allah insyaAllah awak takkan jauh tersasar :)
haaa..meh sini akak nak share Persiapan sebelum memasuki alam universiti..klik sini

Yang tak dapat tu nanti jangan give up awal-awal. Doa and yakin Allah sedang sediakan sesuatu buat kamu. Jangan lupa buat rayuan dan baiki hubungan dengan keluarga,kawan serta dengan Allah :)

Okelah..banyak sebenarnya nak cerita and tulis tapi akak tak sihat sangat ni..nak rehat :)
goodluck untuk adik-adik yang bakal menyambung pengajian di mana-mana universiti :) 
kalau dapat UM boleh la kita sembang-sembang nanti hala tuju sikit sikit ye..hehe..mana akak boleh tolong tu akak cuba ye dik..
1 je paling penting..
tetapkan matlamat dan bawa harapan bersama hati yang ada Tuhan :)

Sunday, August 9, 2015

Telekung dan Kurti Blouse di Zmar Apparel Shoppe.

Assalamualaikum..
hye semua :D

Jom serbu butik Zmar Apparel Shoppe ^_^
Alaa..tak susah pun nak cari..dekat je dengan butik SBU..
Kalau korang nak tahu, di butik ni banyak lagi vendor lain juga tau !
tapi kalau pergi wajibbb beli koleksi Syira Lokman ! 
wajib oke..
hehe..limited pieces tauuuu  :D semua dibawah harga RM100...dress pun RM79 je okeee ! 
Takde yg lebihhhh..syokkk kannn ? kalau tempat lain beratus-ratus..beli koleksi by Syira Lokman..semua berpatutan !



Telekung ni kainnya sangat best oke ! tak jarang, sejuk..and corak sangat lawa :D
paling best design kat bahagian muka, nampak kemas sangat !
macam-macam warna ada, pilih je nak mana di Zmar Apparel Shoppe !
HANYA RM65 RM65 RM65 !

KURTI BLOUSE yang comel comel ni ada pelbagai design menarik.
Korang pilih je nak warna apa..hanya RM45 RM45 RM45 !
Jangan lepaskan peluang memiliki Kurti Blouse yang berkualiti !
Selalu kain jenis kasar kan ..yang ni cotton crepe oke :D
Sangat best and selesa..


Antara barangan Syira Lokman (vendor) yang  dijual di butik ini ialah :

  • shimmery bawal square (boleh pakai depan belakang, mudah bentuk, senang iron)
  • knit t-shirt
  • cotton cardigan
  • wool cardigan 
  • cardigan leopard
  • prada lace exclusive blouse
  • eyelash dress
  • baju kurung lace
  • kurti blouse
  • telekung
  • songket blouse and many more :D



Shimmery bawal square ni keluaran exclusive by Syira Lokman tau !
korang takkan jumpa di mana-mana bawal sama macam ni..
tailormade and sangat selesa dipakai !
yang bestnya tudung ni..kalau korang pakai hari ni,lepas tu mesti nak kena gantung elok sebab esok or lusa nak pakai balik kan ? tapi tudung ni, korang tindih lah dengan beberapa helaian tudung yang lain, confirm bila pakai semula tanpa iron still mudah bentuk !
kalau memang siap pin tu, sarung je ! 
mudah and cepat tau !

Allah..nak cerita kelebihan bawal square ni banyak !
cuba dulu baru tauuu..hanya RM30 sahaja !

  • kain berkualiti
  • tak jarang
  • mudah bentuk
  • shimmery
  • pelbagai warna menarik
  • mudah iron dan tak mudah kedut
  • saiz 1m x 1m 
  • boleh dilabuhkan dan digayakan mengikut citarasa anda.


So jangan lupa singgah Butik Zmar Apparel Alam Avenue di Shah Alam !
banyak juga vendor lain di butik tu..
datang shopping and borong semua tudung and bajuu tauuu !
 Ada macam macam warna and
paling penting..
HARGA BERPATUTAN !

Tiada yang melebihi RM100 punnn :D
syokkann :D
cepat rebut beli dress, baju, tudung murah murahhh :D


Jom dapatkan pakaian exclusive by Syira Lokman di 
Butik Zmar Apparel Alam Avenue !
Sambil tu boleh cuci mata tengok barangan vendor lain dan owner butik tu sendiri :D


Alamat :
E-23-G,Alam Avenue 2, Jln Serai Wangi M 16/M,Seksyen 16, Shah Alam 

No telefon :
0172045027, 0137147816 

Waktu operasi:

Friday, August 7, 2015

8 Tips Keluarga Bahagia.

Assalamualaikum
hye semua :)

Setiap insan impikan keluarga yang bahagia. Berkahwin dengan pasangan hidup kemudian memiliki anak dan membimbing mereka di jalan Allah. Namun, kita harus sedar tentang kehidupan, sentiasa ada ujian dan dugaan yang perlu kita tempuhi sebelum kita terima kebahagiaan. Kita boleh berusaha untuk mewujudkan keluarga bahagia yang kita impikan dengan mengamalkan beberapa tips. Jom baca dan amalkan tips yang Syira kongsikan ini.



PUJI
Setiap orang sukakan pujian. Oleh itu, setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi apa sahaja pertolongan. Sekiranya anak kecil anda melakukan sesuatu yang membanggakan walaupun ia tidaklah besar mana, namun berikan pujian agar anak anda rasa bersemangat dan dihargai.

PELUKAN
Kuasa pelukan mempunyai auranya yang tersendiri. Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Jika mempunyai anak, pastikan anda memeluk anak-anak setiap hari agar mereka rasa disayangi.

PENGHARGAAN
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Kadang kala apabila anda mempunyai wang yang lebih, belikan sesuatu buat pasangan atau anak anda. Ia seperti kejutan yang istimewa.

PERHATIAN
Berikan perhatian kepada pasangan dan anak-anak anda. Dengar setiap butir bicara mereka kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan dan anak terasa diabaikan. Mulai hari ini, cuba jadi pendengar yang setia buat keluarga.

PERSEFAHAMAN
Sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing. Cuba fahami dan terima perbezaan sikap pasangan, anak serta kerjaya agar hidup harmoni dalam berkeluarga.

PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

PERCUTIAN
Semua orang sukakan percutian. Luangkan masa untuk membawa pasangan dan anak anda bercuti ke mana sahaja yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain. Percutian boleh menenangkan jiwa dan kegembiraan yang dikongsi akan mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga. 

PERMOHONAN
Walau apa jua cara yang kita lakukan bagi mewjudkan keluarga yang bahagia. Tips utama ini tidak boleh kita lupakan iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Dunia ini sentiasa dipenuhi tipu daya dan dugaan. Bimbing keluarga anda berjalan atas landasan Tuhan dan Allah akan limpahkan kebahagiaan dalam keluarga anda.
Keluarga Bahagia Aset Akhirat

Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. 
Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. 
Semoga kita memiliki keluarga yang bahagia dan disayangi Allah.

Thursday, August 6, 2015

PROMOSI Baju Kurung dan Blouse di SWEET MUSLIMAH !

Assalamualaikum
hye semua !

korang mesti selalu tercari-cari online shop or butik yang jual baju muslimah cantik-cantik kan ?Trendy tapi masih sopan..
pernah dengar tak nama Sweet Muslimah ?
kalau korang nak tau, Sweet Muslimah merupakan satu jenama yang mengeluarkan pakaian wanita dewasa dan kanak-kanak serta pelbagai tudung yang menepati syariat tau !

KLIK GAMBAR !
Sweet Muslimah sudah meniti di bibir penggemar atau "kaki shopping online"..bukan itu sahaja,
Sweet Muslimah ditubuhkan bagi membantu muslimah Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan dan trendy mengikut citarasa masa kini.


Baju Kurung Premium
SWEET MUSLIMAH Cantik bergaya, Syariat Terpelihara !
SM05 Toska
KLIK GAMBAR !
produk-produk yang dibawa adalah yang berkualiti dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti. Produk-produk oleh Sweet Muslimah adalah lebih memfokuskan konsep santai, selesa, sopan dan cantik menawan !
SM09 00001
KLIK GAMBAR !

SM09 00005
KLIK GAMBAR !

SM09 00006
KLIK GAMBAR !

SM09 00004
KLIK GAMBAR !

SM09 00008
KLIK GAMBAR !

SM10 00004
KLIK GAMBAR !

SM10 00005
KLIK GAMBAR !

Baju Muslimah
KLIK GAMBAR !
Semua produk Sweet Muslimah adalah menepati piawaian kualiti yang dietapkan. Hanya produk terbaik dipasaran akan dikongsikan kepada muslimah di Malaysia. Sweet Muslimah menyediakan Baju/Tshirt/Busana/Jubah kepada seluruh muslimah di Malaysia.dan mengalakkan berbelanja secara online yang nyata menjimatkan.

TD084 2 layer
KLIK GAMBAR !

TD116
KLIK GAMBAR !
Raya Haji dah nak dekat ni...so jangan buang masa...jom order online ! Klik gambar atau klik link di bawah untuk order secara online !
SM05 Toska
KLIK GAMBAR !




JOM DAFTAR PROGRAM AFFILATE SIMPLEHIJAB

Assalamualaikum
hye semua !
Pernahkah tak korang terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? 
Siapa pernah join program affilate ? Promote link and dapat duit ! mudah kan :D
Syira dan ramai blogger pernah terima komisyen dari beberapa program affilate sebelum ni tau and jangan lepaskan peluang jana wang melalui  PROGRAM AFFILATE SIMPLEHIJAB ^_^
Program yang baru bermula and kalau korang join cepat..ajak kawan-kawan lain join pun dapattt komisyen bila ada pembelian tauuu ! 
Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. 
Daftar sekarang melalui link berikut: [KLIK SINI]

Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate SIMPLEHIJAB ini adalah:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.

Apa yang lebih menarik lagi?
• Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
• Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada barangan) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh 'your referred agents' ke sistem kami.
• Namun anda tidak akan menerima sebarang komisen bagi pembelian daripada pelanggan yang di-referred oleh agent yang di-referred oleh 'your referred agents'.

BE OUR AGENT NOW & GRAB YOUR CHANCE TO EARN MONTHLY COMMISSION.

Free registration.
You don't need to keep stocks.
You don't need to handle orders.
All you do is just sharing URLs and earn comission.


Apa tunggu lagi ? JANA WANG DENGAN PROGRAM AFFILATE SIMPLEHIJAB :D
jom daftar segera !! - [KLIK SINI]

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah