"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, October 29, 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015



Tuesday, October 27, 2015

Siapa orang yang OPTIMIS ?

Assalamualaikum
hye semua :D

hari ni Syira nak menaip laju laju sebab rasa nak nangis bila lama sangat tak blogwalking and update blog ni...sian korang rajin jenjalan singgah blog Syira tapi Syira belum berkesempatan nak balas kunjungan tu balik :(
tapi jangan risau..lagi 2 minggu syira cuti mid sem :D boleh pergi holiday and blogwalking lepas rinduuu ! hehehe..
Banyak sangat perancangan tahun ni ! banyak sangat benda nak buat, menjadi atau tak, capai matlamat or tak tu lain cte la..yang penting cuba dulu..usaha dulu :)
memang kadang rasa stress bila terlalu penat tapi dalam hidup ni kita kena selalu optimis untuk berjaya....Haaa..optimis tu apa ??

jom baca sama2 :D
Image result for optimism symbol

  1. Menikmati hidupnya.
  2. Melihat masalah sebagai cabaran.
  3. Mensyukuri apa yang dimilikinya dan bukan berkeluh kesah tentang apa-apa yang tidak dimiliki.
  4. Elakkan fikiran negatif.
  5. Tidak mendengar gosip yang tidak menentu.
  6. Tidak membuat alasan tapi terus bertindak.
  7. Fikiran terbuka untuk menerima cadangan dan idea.
  8. Menggunakan bahasa positif.
  9. Menggunakan bahasa tubuh yang positif, seperti wajah yang ramah, senyum, berjalan dengan langkah tegap.
  10. Orang yang optimis tampil dengan penampilan terbaik.
  11. Mempunyai fokus langkah yang selektif dan sasaran usaha yang jelas.
  12. Boleh menerima hakikat hidup dengan kesedaran tanpa banyak mengeluh atau membantah.
  13. Mempunyai keyakinan diri.
  14. Ingin diberkati rahmat Tuhan
  15. Bersangka  baik dan berbuat baik kepada semua orang.
  16. Menggunakan akal sihatnya dalam menghadapi cabaran hidup
  17. Punya kemampuan untuk menjalankan agenda pembaikan diri secara terus menerus
  18. Punya penghayatan yang bagus terhadap amalan hidup yang dijalankan
  19. Ada kepercayaan yang bagus terhadap kemampuannya
  20. Punya perasaan yang bagus terhadap dirinya.
Image result for optimism



Orang yang mempunyai sikap optimis, umumnya mempunyai kualiti diri yang baik. Hal ini tercermin daripada aktiviti yang dilakukan sehari-hari. 
Anda OPTIMIS atau tidak ?
Jom check diri anda !
Lakukan kebaikan dengan bersikap dan berfikiran OPTIMIS terlebih dahulu.. :D


Page :Blog Syira Lokman 

#serenitysyiralokman #akandatang



Sunday, October 18, 2015

FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM) 2015

Assalamualaikum
hye semua :D

korang nak makan pelbagai hidangan enak ?
nak join aktiviti menarik secara percuma ??
Jom serbu FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM) 2015 dan rasai kelainannya :D

Terdapat 8 zon program menarik yang disediakan !!
Boleh makan sedap-sedap. Ada pertandingan Futsal, Pentas Terbuka, Community Drum Circle dan Youth Fun Zone (Rollerblade dan Giant Bubble)...Pentas terbuka untuk kolej-kolej kediaman melakukan pelbagai jenis persembahan, tujuannya adalah untuk memberi ruang kepada para mahasiswa menyerlahkan bakat dan menyuntik semangat berpasukan...Korang juga boleh melawat mini zoo, menonton persembahan hebat dari pelajar dan para jemputan, sertai zumba fit, check gigi secara percuma dan sebagainya :D
Sambil berseronok, boleh bersama sama meraikan para graduan yang ada :D
mana tau lepas ni naik sikit motivasi diri untuk berjaya seperti mereka :D









Jemputan :

"Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Universiti Malaya akan menganjurkan Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) 2015 yang akan berlangsung pada 15 hingga 24 Oktober 2015 (Khamis-Sabtu).

Bagi pihak sekretariat, saya berbesar hati menjemput YBhg Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan ke Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2015 di perkarangan Dewan Tunku Canselor, Bangunan Canseleri dan Kompleks Perdanasiswa bagi memeriahkan acara. Festival yang saban tahun diadakan ini adalah bertujuan untuk meraikan para graduan Universiti Malaya, para pengunjung dan warga kampus yang hadir dengan pelbagai jenis gerai jualan, aktiviti dan program yang menarik. Selain itu juga, pihak sekretariat FESKUM juga akan berusaha untuk mengumpul dana bagi sumbangan ke Tabung Kebajikan Pelajar Universiti Malaya.

Kehadiran YBhg Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk hadir ke festival ini adalah sangat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih."


“LEGASI KEUNGGULAN”

JOM BERSAMA MEMERIAHKAN FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM) BERMULA 15 HINGGA 24 OKTOBER 2015 ^_^

Thursday, October 15, 2015

Program Giving Back to Society di Pusat Jagaan Titian Oku Nur

Assalamualaikum
hye semua :)

Banyak sangat cerita nak kongsi tapi masa terhad untuk terus menaip dan menaip. 
Entah masih ramai ke tidak pembaca blog Syira Lokman ni ..penuh dengan entry review je sampai tak sempat nak update cerita lain kan..Syira mohon maaf jika blog ni sudah hilang "agresifnya".. 
Sekarang ramai ke tidak viewer tu perkara kedua, yang penting isi yang ingin dikongsi biar mampu menjadi saham akhirat nanti. :) insyaAllah.
Alhamdulillah..Dalam sibuk pun masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk sertai satu aktiviti kebajikan 'Giving Back to Society' di Pusat Jagaan Titian Oku Nur pada hari Ahad 11 Oktober 2015 yang lalu bersama beberapa sukarelawan siswi yang lain.
Sebelum sambung belajar lagi Syira memang dah tetapkan matlamat yang Syira akan penuhkan jadual dengan aktiviti sukarelawan and kebajikan. Sebelum ni ketika berada di tahun pertama pengajian, seronok bermesra dengan kanak-kanak down syndrome, anak-anak yatim, orang-orang tua, dan gelandangan. Kali ini, untuk permulaan sem 3, ini aktiviti sukarelawan pertama yang Syira sertai iaitu Program 'Giving Back to Society' di Pusat Jagaan Titian Oku Nur.



Sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah ini, bagai ada satu dimensi dunia berbeza yang kita tidak pernah sangka ianya wujud.
Setiap kali menjejakkan kaki ke mana-mana rumah kebajikan or sertai aktiviti sukarelawan, pengalaman yang diperoleh tak sama and takkan sama. Setiap tempat ada cerita yang berbeza. Disini, penghuni merupakan kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya.
Pusat Jagaan Titian Oku Nur ini berdepan pelbagai cabaran dan rintangan selama lebih 10 tahun untuk mendaftar sebagai pusat jagaan yang sah. Apa yang menjadikan tempat ini lebih istimewa ? ramai penghuninya adalah golongan oku dan pengasasnya juga pemilik kad oku :)





Disebabkan kekangan masa, tak rasa puas bermesra dengan penghuni rumah ini. Banyak cerita yang tidak sempat dikongsi tapi apa yang jelas "mereka merindui kenangan lalu" ..hidup yang sepatutnya mereka peroleh atas jasa terdahulu. Walaupun hidup dalam serba kekurangan namun penghuni rumah tersebut sangatlah mesra dengan kunjungan tetamu yang hadir. Jika kita tidak dapat membantu mereka dengan wang ringgit, bantulah mereka dengan mengubat hati dan ukirkan seyuman diwajah mereka. Itu lebih bererti. Tak banyak pun gambar Syira bersama mereka, seronok bersembang dan melayan kerenah mereka hingga lupa gambar untuk dirakam tapi nasib baik la ada kawan-kawan lain yang berjaya guna phone masing-masing untuk curi-curi ambil gambar..hehe..ada la juga gambar kenangan di sini.

Minta maaf sebab tak boleh nak share banyak sangat gambar atas sebab tertentu.
Aurat mereka juga perlu kita pelihara bersama :)
Jika ingin tahu perkembangan pusat jagaan ini, jom follow facebook rumah.okunur :)
Syira ingin memohon bantuan dan merayu agar seluruh hamba di dunia sudi menghulurkan bantuan demi membantu penghuni rumah ini. Pusat Jagaan Titian Oku Nur amat memerlukan :


Rumah wakaf
Susu (pediasure vanila,ensure)
Pampers (Pakai Buang)
Ubat-ubatan
Barangan dapur
Barangan makanan 
Sejadah / Telekung / Al-Quran


SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA PUSAT JAGAAN OKU

Lokasi:
Rawang

Alamat Penuh:
No 78, Jalan Sentosa Kampung Melayu Batu16, Rawang 48000, Selangor

No. Hphone :
0126731816 (Pengasas Pn Normah)
0129246027(Whatsapp oku nur)
01123389413(Staff.Cik Faezah)

Diuruskan oleh: Puan Normah Adlan
Jumlah Pekerja : 8 Org
Status Rumah : sewa
Jumlah Orang Tua : 50 orang
Nama Bank : CIMB BANK
Nama Akaun Bank : PUSAT JAGAAN TITIAN OKU NUR
No. Akaun Bank: 1416 0017 533 058

Semoga bantuan kita dapat meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. Insya Allah!



Dalam hidup ni, kita sentiasa rasa semuanya belum sempurna, semuanya tak cukup..dapat 1, nak 2 pula..dapat 2, nak 3 pula..
sampai bila-bila kita tak rasa puas, tak rasa cukup..tapi kita perlu bersyukur dengan secebis rezeki yang kita ada, dengan sekelumit nikmat yang kita perolehi.
mereka tidak sempurna tetapi mungkin jiwa mereka bersih dari kita :)
Di usia ini, mereka wajar disayangi, mereka perlu dikasihi. Namun sekelumit rasa cinta tu sukar dibahagi. Kita hamba bukan sahaja perlu membahagiakan jiwa kita sendiri tetapi juga mencuba membahagiakan insan lain demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
semoga kebahagiaan menjadi milik mereka.
Sertai aktiviti sebegini bukan untuk tunjuk simpati tetapi untuk sedarkan diri bahawa kita manusia perlu ada empati.

Tahniah and alhamdulillah atas kejayaan program ini !
harap projek seperti ni diteruskan sebab ianya menginsafkan dan memberi manfaat untuk mengubah pemikiran kita yang terlalu selesa dengan kehidupan sedia ada.
And yang paling penting.....Syira nak join lagi :D hehe..

Tuesday, October 13, 2015

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum
hye semua :)

Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam.


Ini merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Salam maal hijrah 1437H ! Maafkan segala salah silap & doakan supaya kita menjadi insan yang lebih baik pada masa akan dtg. Diharapkan dengan hadirnya tahun baru ini, dapatlah kita bersama mengukuhkan amalan kita. Sama2 kita doakan utk permulaan & pengakhiran yg baik :) 
InsyaAllah, amin.


Thursday, October 8, 2015

INSTANTLY AGELESS Hapus Eyebag Seawal 3 Minit.

Assalamualaikum
hye semua !

masalah wanita paling besar yang susah nak elak ialah "eyebag" !! mesti ramai yang ada masalah yang sama kan ? Yelaa..bila tidur lambat or tak cukup tidur, terima je la eyebag bawah mata ni kann..kadang sampai dah teruk sangat and still tak tau nak buat apa.
Lepas ni korang tak perlu risau :D entry kali ni Syira nak perkenalkan 1 produk yang dah dikenali and permintaan makin tinggi sekarang ni iaitu Instantly Ageless !
Instantly Ageless merupakan krim mikro anti kedut yag bertindakbalas dengan cepat dan berkesan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Ia adalah krim yang berkesan mengurangkan kedutan, garis-garis halus, liang, dan keadaan bengkak di bawah mata dalam masa 1 HINGGA 3 MINIT SAHAJA!.

ageless Kuala Lumpur
Instantly Ageless mampu bertahan 8-10 jam sekali pakai. Bayangkan la korang boleh kelihatan sepuluh tahun lebih muda dalam masa kurang dari 3 minit! siapa tak nak kan ? :D semua orang nak nampak lawa nampak lawaaaa dia pakai Instantly Ageless !..hehee
harga murah pula tu !!
Dengan formula bebas minyak, ia mengandungi peptida yang dipanggil Argireline, ia boleh dipakai dengan atau tanpa makeup. Ianya sama seperti botox tetapi tanpa jarum. Kalau nak kesan lebih panjang, korang gunakan bersama serum LUMINESCE.


Image result for Instantly Ageless

Image result for Instantly Ageless

Bahan bahan Instantly Ageless ! :

Air (Aqua), Sodium Silicate, Magnesium Aluminum Silicate,
Acetyl Hexapeptide-8 (Argireline), Phenoxyethanol,
Ethylexylglycerin, Yellow 5 (Cl 19140), Red 40 (Cl16035).

Instantly Ageless juga disahkan Halal.




Nak tengok testimoni Instantly Ageless dengan lebih jelas ? :D KLIK video atau link ini - http://www.agelesskl.com/

Cara penggunaan Instantly Ageless :
  1. Cuci muka
  2. Moisturize dan biarkan ianya kering
  3. Sapukan foundation yang berasaskan cecair (foundation yang berasasakan air lagi bagus dari yang berasaskan minyak)
  4. Letakkan Instantly Ageless. Ingat, hanya tapkan sahaja dan biarkan ianya lembab.
  5. Tunggu sebaik baiknya 7-10 minit.
  6. selepas eybags/kedutan anda hilang, gunakan make-up yang selebihnya (make-up berasaskan serbuk dan kering digunakan pada lapisan terakhir)
Image result for Instantly Ageless


Lepas ni tak perlu lagi malu nak keluar rumah sebab eyebag teruk. Korang akan makin yakin dengan diri and setiap kali jumpa orang je pandang dia sambil kelip-kelip mata *_* hahaha..
Produk ni makin tinggi permintaannya tauuu !
So sesiapa yang berminat untuk menjadi distributor atau nak buat dropship Instantly Ageless boleh whatsapp 0197244215. Boleh tambah pendapatan uolsss... :D


Harga Instantly Ageless :

1 sachet = RM13
5 sachets = RM50
1 box (50 sachets) = RM220 <-- penjimatan hebat!

harga TERMASUK PENGHANTARAN!

Cash on Delivery (COD) di : 
Jaya33, Petaling Jaya (waktu pejabat)
Citta Mall, Ara Damansara (luar waktu pejabat)


JOM DAPATKAN CREAM MAGIC INSTANTLY AGELESS UNTUK HAPUSKAN EYEBAGS ANDA :D

whatsapp/SMS/iMessage/Call
0197244215


Perhatian: Hasil tidak kekal. Elakkan terkana pada mata. Jika terkena pada mana, bilaskan dengan air. Berhenti menggunakannya jika terdapat kemerahan atau kegatalan. Sila rujuk pada doktor jika anda mempunyai alahan terhadap kosmetik.

Sunday, October 4, 2015

Puisi Syira Lokman dalam Dewan Siswa Oktober 2015.

Assalamualaikum
hye semua :)

banyak entry nak tulis tapi rasa malas-malas je..
alhamdulillah.. ni dah masuk minggu ke 4 untuk sem 3..belum terlalu sibuk tapi dah mula rasa penat..
mungkin syira perlukan rehat kann?? tapi rasanya asyik dok tidoooo jee..asal free je tidooo..hahaa..

hari ni satu lagi berita gembira Syira nak share !
2 minggu lepas dapat call dari seseorang yang tidak dikenali and dia cakap 

dewan siswa : ni Wan Syahirah...... ke ?
syira : ye saya...
dewan siswa : salah satu puisi syira bertajuk "Aku Mahu Capai Langit Itu" terpilih untuk dimasukkan dalam ruangan puisi siswa MAJALAH DEWAN SISWA keluaran OKTOBER 2015 :D
syira : krik...krikkkk


bila Syira hantar puisi ?? ==" mula-mula Syira pun pelik..yelaaa sebab kepala macam dah pening otak senget sikit time tu..tapi diam je la sebab orang tu siap sebut tajuk kan...so betul la tu puisi Syira..bila check balik rupanya baru teringat, hehe...sebelum ni random hantar manuskrip puisi dan motivasi bebanyakk melalui emel untuk terbit buku...
and saja je try hantar kepada editor majalah and akhbar sekali masa tu, mungkin boleh jadi platform untuk karya Syira berkembang kan..tak sangka cubaan menjadi and melekat pula rezeki ^_^
Puisi pertama yang dimasukkan dalam majalah and dibayar :D time hantar tak tau pula dibayar, ingatkan saja sedekah masuk dalam majalah tu..
dulu lecturer pernah cakap salah satu cara cari duit ialah menulis artikel, cerpen,puisi, sajak dalam majalah or akhbar....tak sangka..sekarang dah merasa :D terdetik dalam hati "ouh..ni la caranya eh"..
Alhamdulillah..sejujurnya Syira rasa ni cara terbaik buat student macam Syira berkarya sambil kumpul duit. yang penting...USAHA !

Dewan Siswa Oktober 2015


Terima kasih Team Dewan Siswa...Dewan Bahasa dan Pustaka. :)
Terima kasih semua ! 
Bagi Syira ni rezeki terpijak lepas dapat berita gembira penerbit Must Read terima manuskrip Syira untuk diterbitkan #serenitysyiralokman #akandatang
Banyaknya rezeki Allah bagi :) terima kasih korang sebab tak jemu doakan untuk Syira. 

Korang yang belum beli jom cepat dapatkan Majalah Dewan Siswa Oktober 2015 di kedai buku berdekatan anda, di koperasi dbp or boleh order melalui koopdbp.com.my ^_^ Syira beli di popular bookstore :D Banyak info menarik dalam majalah ni tauuu..yang penting baca puisi "Aku Mahu Capai Langit Itu".
Dah beli jangan lupa tag Syira di instagram tauu..hehe..  @syira_lokman


Kalau ada pertanyaan, nak minta tolong atau nak Syira review produk, online shop, butik, tolong kumpul sumbangan/derma, sponsorship atau sebarang urusan, please PM or emel :D
Other than URL given, I do not own any other social media network.
insyaAllah i will help you :)

terima kasih sudi baca :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah