"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, February 21, 2016

Kenapa ada je yang tak kena ?

Assalamualaikum
hye semua :)


setiap kali nak mula sem baru, mesti tiba tiba muncul satu perasan yang buatkan Syira susah nak tenangkan diri. Rasa macam serabut, banyak kerja, tak boleh nak sesuaikan diri. Yes ! setiap kali nak mula sem..walaupun esok dah mula sem 4 still perasaan sama tu muncul juga..tapi bila dah mula masuk kelas, perasaan tu takde apa pun, biasa je, seronok je jumpa kawan-kawan..
cuma peliknya sebelum nak mula tu, ada je yang tak kena...why ?
still a longggg journey to go. masih berbaki 5 semester and 4 years untuk habiskan sarjana muda kaunseling ni kalau tengah serabut macam ni rasa lama, tapi kalau dah nak exam, rasa macam.."eh, cepatnya habis sem ni" :D habis exam and time cuti sem tu punya la excited...

apa pun, i need to control myself, sem 4 ni Syira betul-betul kena bahagikan masa sebaiknya. Yela..subjek sem ni lebih banyak so confirm lebih banyak assignment. Syira juga join lebih banyak projek kolej so sibuk macam mana pun kerja lama kena jaga juga kan. Gigihla nak study and cari rezeki sekarang ni..kena fokus juga pada blog, business koleksi "Butterfly by Syira Lokman", buku Serenity, and job lain.
Asyik risau je kot tak mampu nak survive, biasa la perempuan, banyak sangat fikir kadang kala benda yang tak perlu nak fikir pun, dia sibuk nak fikir..

kuliah di UM bermula 22 Februari tapi Syira dah berada di kolej sejak 18 Februari untuk persediaan program outbound di Jakarta, Indonesia, so minggu pertama kuliah (21 Februari hingga 29 Februari) Syira bersama 20 rakan yang lain berada  di Universitas Indonesia.
Guys ! d0akan Syira. Semoga misi kami di Universitas Indonesia tercapai. Cepat follow instagram ni (klik) untuk ikuti perkembangan team outbound kaunseling di Indonesia ^_^
Jangan rindu rindu tauuu...hehehe..
Cari ilmu sanggup merantau gituuu..hehhee..29 Februari balik Malaysia, banyak lagi tugas menanti =='
Semoga diri ini tabah ! makin lama makin susah tapi peluang tak sentiasa hadir kan ? why not grab ape yang ada and hargainya before terlambat..anasir negatif tu tolak jauh jauh dengan doa ! ini tips ! ^_^ jangan tolak dengan marah sebab hati makin panas, tapi tolak jejauh dengan doa yang akan buatkan rasa tenang lebih banyak dari rasa sakit hati..
hehee..tahun ni keinginan nak ambil kursus kahwin anjuran universiti macam tergendala lagi...macam belum tiba masa nak kahwin je :P hahaa..takpe takpe..takde tahun ni, tahun depan i ambil uolls...
bila nak kahwin tu kasi rahsia dulu..jodoh siapa tau kan ? :D

oke laa...just Syira minta korang doakan kejayaan dunia akhirat buat Syira. And Syira sentiasa doakan semua :) jaga diri ! jumpa lain kali di next entry guys ^_^

Saturday, February 20, 2016

Berjuang bukan demi sepinggan nasi buat diri, tetapi ?

Assalamualaikum
hye semua ^_^


Suatu saat nanti kau akan sedar berjawatan dan dihujani dengan pujian tidak memberi makna apa-apa jika tidak ada perubahan yang kau lakukan selama mana kau berdiri atas nama. Menjadi yang biasa-biasa namun jasamu diangkat di langit sana lebih indah di mata Pencipta. Lihat kelilingmu, buka jiwamu.

Manusia jatuh kerana egois, mendabik dada ibarat sudah berjaya di akhirat dan dunia. Manusia sibuk berbalah namun usaha makin lemah. Manusia sibuk berkata "aku inginkan kejujuran", namun jiwanya masih hanya mahu mendengar kata-kata yang menyedapkan telinga bukan sekadar betul dan sahih kebenarannya. 

Dimana unsur perjuangan andai makian jadi pegangan?
Dimana harapan kemenangan andai setiap salah, jari lantas menuding ke depan bukan pada diri yang tidak melakukan perubahan? 

Berkata biar seiring perubahan. Berjuang biar memberi manfaat kepada setiap insan.

Mulai hari ini, kata pada diri.. "Semoga diri ini kekal tunduk ketika jayanya rakus menjenguk. Berbaktilah untuk umat, biar gerakannya perlahan namun impaknya menggegar dunia. Berjuang bukan demi sepinggan nasi buat diri, tetapi demi sesuap nasi yang ingin dikongsi hingga nyawa ditarik Ilahi".

 #serenitysyiralokman #blogger #blogsyiralokman #komradbuku

Nak beli buku Serenity secara online?
Taip: SRN <jarak> KUANTITI <jarak> NAMA PENUH <jarak> ALAMAT dan hantar ke 0162093151
Atau klik http://tinyurl.com/OrderBukuKomrad

Saturday, February 13, 2016

Butterfly by Syira Lokman !

Assalamualaikum
hye semua ! :D

nak update cepat cepat ni sebab banyak benda nak settlekan..Khamis depan kembali ke UM. Misi tahun 2 perlu diselesaikan..oke we make it fast guyss!

Please support me, my team & my business...follow -->

1. https://www.instagram.com/syira_lokman/
2. https://www.instagram.com/butterflysyiralokman/
3. https://www.instagram.com/outboundcounselingum/


Butterfly Syira Lokman adalah account instagram untuk koleksi pakaian dan tudung Syira Lokman. Sebelum ni Syira hanya share di instagram personal Syira tapi now Syira buat instagram baru khas untuk my business..so follow guys !! support me ! :D
Butterfly Syira Lokman vendor di Butik Zmar Apparel Shoppe, Alam Avenue Shah Alam ! so cepat cepat serbu oke !!
Antara barangan Syira Lokman (vendor) yang dijual di butik ini ialah :

  • shimmery bawal square (boleh pakai depan belakang, mudah bentuk, senang iron)
  • knit t-shirt
  • cotton cardigan
  • wool cardigan 
  • cardigan leopard
  • prada lace exclusive blouse
  • eyelash dress
  • baju kurung lace
  • kurti blouse
  • telekung
  • songket blouse 
  • lace blouse
  • punjabi long blouse
  • buku serenity
  • and many more :D

Shimmery bawal square ni keluaran exclusive by Syira Lokman tau !
korang takkan jumpa di mana-mana bawal sama macam ni..
tailormade and sangat selesa dipakai !
yang bestnya tudung ni..kalau korang pakai hari ni,lepas tu mesti nak kena gantung elok sebab esok or lusa nak pakai balik kan ? tapi tudung ni, korang tindih lah dengan beberapa helaian tudung yang lain, confirm bila pakai semula tanpa iron still mudah bentuk !
kalau memang siap pin tu, sarung je ! 
mudah and cepat tau !

Allah..nak cerita kelebihan bawal square ni banyak !
cuba dulu baru tauuu..hanya RM30 sahaja !

  • kain berkualiti
  • tak jarang
  • mudah bentuk
  • shimmery
  • pelbagai warna menarik
  • mudah iron dan tak mudah kedut
  • saiz 1m x 1m 
  • boleh dilabuhkan dan digayakan mengikut citarasa anda.


HARGA BERPATUTAN !
Tiada yang melebihi RM100 punnn :D
syokkann :D cepat rebut beli dress, baju, tudung murah murahhh :D
Jom dapatkan pakaian exclusive by Syira Lokman di
Butik Zmar Apparel Alam Avenue !
Sambil tu boleh cuci mata tengok barangan vendor lain dan owner butik tu sendiri :D


Alamat :
E-23-G,Alam Avenue 2, Jln Serai Wangi M 16/M,Seksyen 16, Shah Alam 

No telefon :
0172045027, 0137147816 

Waktu operasi:
Selasa hingga Ahad @11pm- 7pm



MULAI HARI INI DAH BOLEH ORDER SECARA ONLINE ! 
KALAU MALAS OR TAKDE MASA DATANG BUTIK, WHATSAPP TAUUU ^_^
BUKU SERENITY PUN ADA !

NAZRIN : 016 9745362
ZALITA : 017 204 5027

Thursday, February 11, 2016

Siswa Curah Bakti Universiti Malaya.

Assalamualaikum
hye semua !

Oke , ni satu lagi entry yang tertimbus dalam draft tapi selamat digali semula..hehe..
Minggu last sebelum study week Syira sempat jadi fasilitator unit motivasi untuk Program Siswa Curah Bakti Universiti Malaya 2015. Banyak aktiviti sukarelawan yang dilakukan bersama penghuni pangsapuri Inderaloka yang supporting and havoc ! Seronok jadi fasilitator, best sangat melayan kerenah bebudak ni, bisingggg tapi tak tahu la kenapa tak rasa stress pun. Layanan best, makanan pun best, teringat lagi sampai sekarang. :D syok melayan anak-anak ni, ada yang tersasul panggil "cikgu", then kecik kecik sibuk nak mengorat kakak..amboiii !
apa pun thanks kesayangan kakak..semoga jadi anak hebat !


TAHNIAH TEAM SISWA CURAH BAKTI UM 2015 ^_^
Tahniah team sukarelawan Universiti Malaya dan penghuni Pangsapuri Inderaloka. Tahniah juga buat kawan lain yang mengecat, memasak, tanam pokok sampai kotor baju...tapi untuk community berbaloiii :D
#projekgivingforhappiness
good job guysss !
For all the good memories we've shared together, the time we've spent together. I really miss them!
The food, people and all the kindness.
Terima kash juga Salwa sebab ajak Syira jadi timbalan ketua unit motivasi.
lepas ni ajak lagi tau..hehe..
Terima kasih semua ! Insya-Allah, kita pasti akan jumpa lagi. 

Monday, February 8, 2016

Puisi Syira Lokman dalam Dewan Siswa Februari 2016.

Assalamualaikum
hye semua :)

Beberapa hari lepas saudara Mohd Helmi Ahmad beritahu Syira yang puisi ketiga Syira tersiar dalam majalah. Laju je cari majalah ni di kedai buku , tak nak terlepas lagi..puisi kedua haritu lambat tahu masuk majalah, so tak sempat nak dapatkan Majalah Dewan Siswa Disember 2015 :( tau tau duit masuk je. Sesiapa ada or tahu macam mana nak dapatkan, please beritahu di sini or facebook ye..nak juga simpan majalah edisi Disember 2015 tu untuk kenangan.
Kali ni bila dapat tahu je ada lagi yang tersiar, terus beli and yeayy ! rezeki...Syira bakal terima bayaran honorarium ketiga kerana puisi "Dunia Itu" terpilih untuk disiarkan dalam majalah Dewan Siswa Februari 2016. ^_^
alhamdulillah..


Terima kasih Team Dewan Siswa...Dewan Bahasa dan Pustaka. :)
Terima kasih semua !
Permulaan Februari ni baik sangat ! result sem 3 pun dah keluar and yeahhh.. I'm happy to say that I passed with flying colors ! so far sem 1 sampai sem 3 semuanya bermula dengan baik, semoga 5 sem lagi akan terus cemerlang ^_^
Banyaknya rezeki Allah bagi :) terima kasih korang sebab tak jemu doakan untuk Syira.



Korang yang belum beli jom cepat dapatkan Majalah Dewan Siswa Februari 2016 di kedai buku berdekatan anda, di koperasi dbp or boleh order melalui koopdbp.com.my ^_^ Banyak info menarik dalam majalah ni tauuu..yang penting baca puisi "Dunia Itu". Dapatkan juga buku #serenitysyiralokman di kedai buku berhampiran anda !! happy dengan sambutan terhadap buku SERENITY ! Ramai yang sukaa ^_^ mana yang review tu Syira akan masukkan dalam entry ini-klik.

Dah beli jangan lupa tag Syira di instagram tauu..hehe..  @syira_lokman.
Syira akan terus menghantar karya yang terbaik untuk memartabatkan dunia sastera ! ni pun salah satu tips buat duit secara senyap tau :D tahniah juga buat penulis lain !

Facebook : https://www.facebook.com/wan.syahirah.75
Twitter : https://twitter.com/SyiraLokman
Instagram : https://instagram.com/syira_lokman/
Email : syiralokman21@yahoo.com.my
Page :Blog Syira Lokman 

Kalau ada pertanyaan, nak minta tolong atau nak Syira review produk, online shop, butik, tolong kumpul sumbangan/derma, sponsorship atau sebarang urusan, please PM or emel :D bayaran murah je Syira ambil sebab Syira nak tolong..so jangan risau :)
Other than URL given, I do not own any other social media network.
insyaAllah i will help you :)

terima kasih sudi baca :)
semoga murah rezeki ye semua !

Puisi Syira Lokman dalam Dewan Siswa Oktober 2015

Friday, February 5, 2016

Surau Hunters Universiti Malaya.

Assalamualaikum
hye semua !

hari ni tiba tiba ada mood nak cerita beberapa aktiviti yang Syira join di universiti.
walaupun dah terlajak beberapa bulan but Syira nak cerita juga sebab rinduuu nak update blog bebanyak :D hari ni Syira share 1 aktiviti, aktiviti lain korang kena tungguuuuu next entry oke ~~~
hehehe..


nampak tak gambar atas tu..8 minggu yang lalu buat pertama kalinya Syira sertai aktiviti Surau Hunters. Actually Syira salah seorang ahli jawatankuasa untuk projek Surau Hunters di bawah Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya and pada minggu Syira bertugas, Syira dan sukarelawan lain ke surau Fakulti Kejuruteraan. Sebenarnya projek ni mudah je, sukarelawan perlu ke surau-surau terpilih sekitar Universiti Malaya dan hanya perlu kemas-kemas, basuh telekung dan pulangkan semula telekung ke surau beberapa hari selepas telekung siap dibasuh. Di universiti, ni la salah satu cara Syira bersosial. Best join projek macam ni sebab dapat kenal ramai kenalan baru, beramal sambil kumpul pahala confirm tak rasa penat bila buat baik :) cuba la !

Projek Surau Hunters ni baru bermula November 2015 dan akan diteruskan pada tahun ini, so buat semua warga Universiti Malaya yang nak join jom baca maklumat di bawah ! :D

::SURAU HUNTERS::
SEKRUM buat julung kalinya, akan menganjurkan projek SURAU HUNTERS! 
SURAU HUNTERS merupakan projek membersihkan tempat beribadat & juga pakaian solat buat Muslimin dan Muslimah sekitar UM. 

Berikut merupakan butiran projek :

HARI : SETIAP SABTU
MASA : 8.00-9.30 AM
TEMPAT : SURAU & MASJID SEKITAR UM 

Untuk makluman, anda semua BOLEH MEMILIH untuk terlibat dalam program ini pada mana-mana Sabtu yang anda berkelapangan ! Menarik bukan??? so tak perlu join setiap Sabtu melainkan korang memang free nak tolong :D
Selain itu, MAKANAN & MINUMAN juga akan disediakan kepada mereka yang terlibat. 
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk menyertai program ini, anda boleh menghubungi : 

Bro Shafiq : 0179079702
Sis Farhana : 0194125846

Jom jadi sukarelawan Surau Hunters ! ^_^

Berkhidmatlah untuk masyarakat walaupun sekecil kecil usaha..Biar gerakannya perlahan tetapi impaknya menggegar dunia :) 

#surauhunters #sekrum #crewsurauhunters #universitimalaya #sukarelawan #sukarelawanum #volunteer #volunteermalaysia #blogger #bloggermalaysia #lifestyleblogger #media #mediateam #blogsyiralokman #projekgivingforhappiness

Tuesday, February 2, 2016

Syira Lokman dalam Majalah Dara Februari 2016.

Assalamualaikum
hye semua !

..apehal makin lama rasa makin cepat je masa berlalu and banyak lagi benda tak buat ! sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan Februari.
Selalunya time cuti sem macam ni Syira wajib update blog banyak banyak tapiiiii nak update blog pun kena ada feel dulu..ambil mood dulu..punyala payahhh nak dapatkan mood tu...aduhai..
banyak je entry yang dibiarkan karam di lautan..hahaa..entry yang terpilih je masih selamat meredah badai :D gituuuuuu ayatttt ! perghhh ! * flip shawl..

satu lagi berita seram nak share ..sebelum tu mari gelak ramai ramai.. *muahahahahaha*
oke dah...
sila baca entry ini dengan nada serius !

Syira Lokman dalam Ruangan Chit Chat Majalah Dara Edisi Februari 2016 ^_^ *krik krik


Macam mana boleh masuk majalah ?? confirm ramai nak tahu kan.. *kelip kelip mata
oke..macam ni cerita dia...Bulan Disember 2015 kelas Syira buat lawatan ke Karangkraf..lecturer sesaja la ajak pergi sana untuk subjek Masyarakat, Kerjaya dan Pendidikan, rupanya suami dia kerja situ..hahaha..patutlaahh :D
nak dijadikan cerita, sampai sana macam biasa dibawa melawat kawasan, melihat proses editing, cetakan, and sampai satu ruang kerja tu apebenda ntah lupa pula nama work station tu, kami diberi masa untuk pilih mana-mana abang-abang kacak atau awek cun untuk di"pickup line" kan..biasala iolllss ni tak minat so iolls jenjalan straight je sampai ke hujung dengan beberapa kawan lain. (sebenarnya kami diberi peluang bergurau senda dengan akak abang situ untuk tanya pa pe pasal kerja). Tapi ada beberapa budak degil ni cuci mata je tak tanya pun :P
tiba tiba sampai hujung ada la pula akak sorang ni tegur bebudak degil..hahaa..agak-agak siapa tu ??
sebenarnya yang tegur tu adalah penolong editor Majalah Dara Kak Zalmie, dia kata nak 3 orang untuk photoshoot and interview. so kami pun on je la.. nampak tak ? Allah bagi rezeki tanpa disangka..ni la contoh dia..
haaa...seram tak cerita ni ? hehe..

so di bulan Februari ini terpampang la wajah Syira Lokman bersama kawan Syira iaitu Liyana Arina dan Farhana Nabila dalam ruangan Chit Chat Majalah Dara :)
Topik yang menjadi bualan kami adalah kebersihan..nak baca lebih lanjut, korang kena dapatkan Majalah Dara edisi Februari 2016 di pasaran sekarang !

Terima kasih Karangkraf dan Majalah Dara  ^_^
Terima kasih Cik Zalmie
Terima kasih Ruben (photographer) :)

Apa yang pasti,kejayaan kita hari ini bukan sahaja dari hasil usaha kita, tetapi dari doa insan2 mulia yang ingin melihat kita berjaya :)

ehem ! jangan lupa dapatkan juga buku #serenitysyiralokman ye :D [serenity-syira-lokman]
cepat beli sebelum habis guysss !!
DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah