"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, April 27, 2016

3 bulan di pasaran, kini #serenitysyiralokman masuk CETAKAN KEDUA !

Assalamualaikum
hye semua ! :) 

3 bulan di pasaran, kini #serenitysyiralokman masuk CETAKAN KEDUA !
Alhamdulillah..Minggu lepas, bila dapat tahu dari penerbit berita gembira ni, rasa syukur sangat ^_^ mungkin tak hebat macam penulis lain tetapi untuk Syira sebagai penulis baru and untuk buku pertama ni..bila penerbit kata stok buku dah habis di stor and CETAKAN KEDUA menyusul..perasaannya macam :D :D :D
Murahnya rezeki, hebatnya rezeki Allah ! Kte usaha sikit je, Dia bagi banyak !





Terima kasih kepada ribuan penyokong #serenitysyiralokman! jangan lupa selfie and hashtag #serenitysyiralokman :D mana tau kot nanti Syira nak bagi free gift ke kannn ?? :D kalau nak tengok review or feedback mengenai buku ni, search #serenitysyiralokman di facebook, twitter dan instagram tauuu ^_^ atau klik REVIEW SERENITY (klik) WhatsApp 016 209 3151



Facebook Komrad Buku : Komrad Buku
Instagram Komrad Buku : @komradbuku









Terima kasih semua yang mendoakan. Semoga hidup diberkati dan sentiasa murah rezeki :)
Dah beli jangan lupa tag dan hashtag #serenitysyiralokman di facebook, twitter, blog dan instagram oke !


Email : syiralokman21@yahoo.com.my
Page :Blog Syira Lokman 

Cara mendapatkan buku SERENITY :

  1. Syira Lokman (fb) (bertandatangan-limited) -COD Universiti Malaya atau Ipoh.
  2. Komradbuku
  3. Butik Zmar Apparel Shoppe, Alam Avenue, Shah Alam.
  4. Bookcafe.com
  5. Buku Halal
  6. Kinokuniya
  7. Ejen-ejen komrad
  8. Mph bookstore
  9. Popular bookstore
  10. Kedai-kedai buku berhampiran anda.
  11. Online seller

WhatsApp 016 209 3151

Dapatkan #serenitysyiralokman di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS!
MASUK ADALAH PERCUMA! 29 April 2016 hingga Isnin, 9 Mei 2016. 
 Isnin - Khamis (10 pagi - 7 mlm) | Jumat - Ahad & Cuti Umum (10 pagi - 9 mlm)

#serenitysyiralokman #komradbuku #blogsyiralokman #supportsyiralokman #bukusyiralokman #serenity

SEMOGA BERMANFAAT ^_^

Thursday, April 21, 2016

OOTD # White Feather in Black.

Assalamualaikum
hye semua :)


A beautiful character in Allah's eyes is humbleness. :)
Be a lady with beautiful manners, be gentle, be feminine, be a soft spoken.
Be a beauty with brain. 
Be successful in things you do. 
Always take care of your words & actions. 
Gain respect instead of cheap praises !

Instagram : https://instagram.com/syira_lokman/

#serenitysyiralokman



Monday, April 18, 2016

TIPS Hala Tuju Selepas SPM.

Assalamualaikum
hye semua !
Disebabkan semalam ada junior tanya tips hala tuju selepas SPM. Akak Syira omey angat ni ^_^ nak share sikit la tips and pengalaman akak..sebab akak Syira tau ramai yang keliru lepas SPM ni nak masuk universiti ke, matrik ke, asasi, kolej swasta, mara or stpm... kan ? so akak harap tak terlambat untuk akak share sebabnya akak pun dah lama tak share info dalam blog ni.
so just a simple tips untuk adik adik ye :) terutamanya untuk result yang tak berapa cemerlang macam akak :)

Dalam fikiran akak lepas SPM dulu, akak nak pilih UPU first, then MAKTAB, MATRIK, F6 and POLITEKNIK...tapi akak tak mohon politeknik sebab tak minat walaupun ramai kawan yang dapat. Akak juga mohon matrik walaupun masa tu akak tak minat matrik and masih dalam kekeliruan..
kenapa ? sebab akak jenis orang yang tahu apa akak nak and akak buat sesuatu bukan sebab 
"orang lain buat, so aku pun buat".
Bukan sebab tempat ni tak bagus or tempat ni bagus tapi ia adalah pendirian and berkaitan masa depan. Masa isi UPU, akak banyak mohon bidang guaman (law) sebab time tu kononnya minat law la..walaupun tau takkan dapat sebab tak lepas syarat pun. Result SPM akak 4A 1B 4D (aliran sains tulen) and semua subjek yang dapat D tu adalah kimia, addmath,fizik and biologi. Kalau masa tu mohon kos yang aliran sains, memang confirm tak lepas kan. 

Ok, ni just akak Syira nak kongsi pendapat akak. Mungkin pendapat ni tak sama dengan pendapat orang lain and akak tahu setiap orang ada sebab kenapa dia berpendapat sebegini dan sebegitu. Cuma akak nak share pengalaman akak and kenapa akak tegas dalam pemilihan masa depan akak. 
Masuk universiti ni selalunya memang pilihan pertama kebanyakan pelajar. 
Mungkin sebab dari kecil mak ayah makcik pakcik cikgu atok nenek dah siap pesan
"belajar rajin-rajin, besar nanti masuk universti then kerja elok dapat tolong bla blaaa".
Oke nasihat tu  memang sangat bagus cuma ada 1 pesanan akak Syira buat adik-adik.
Pilih sesuatu kerana kamu tahu sebabnya dan kamu tahu ke mana arah tujunya.
Kalau boleh masuk sebab kita nak belajar subjek tu bukan sebab 

"kawan aku masuk U, so aku pun kena masuk U" 
"asalkan dapat masuk U takpe la, tak kisah kos ape pun"..
 
sebab kalau macam ni, kamu takde pendirian lagi..kamu buat sebab orang lain buat tapi kamu tak tahu pun kenapa and apa kamu nak belajar nanti.. memang orang selalu je cakap, dapat mana-mana tempat, sambung je belajar..minat boleh datang kemudian. Tips ni berjaya untuk sesetengah orang tapi untuk akak, susah sikit sebab akak kalau tak minat memang slow.
Sebab tu ada yang dah lepas konvo pun masih tak tahu hala tuju hidup and tak tahu apa gunanya ilmu yang dia belajar 3,4 tahun tu. Belajar sebab nak ilmu tu, please jangan sia-siakan :)
Bila kita buat sesuatu kerana terpaksa or kita TAKDE MATLAMAT YANG JELAS, kita akan sukar menerima ilmu dan mula merungut kerana kita tak nampak hasil dari apa yang kita pelajari atau lakukan. :)



Masa tu akak nak masuk universiti and mohon law sebab akak nak belajar kos tu bukan sebab akak SEKADAR nak masuk universiti macam oarng lain. Then maktab perguruan tak dapat..so akak decide masuk form 6 walaupun akak ada dapat kptm untuk kos multimedia. Bila akak dapat, akak tak excited pun sebab akak masih keliru akak nak jadi apa, apa pilihan akak and akhirnya akak memilih untuk masuk tingkatan 6 dan menolak tawaran kptm walaupun ketika itu orang lebih memandang pelajar kolej dari pelajar form 6. Form 6 ni macam pilihan terakhir la bagi orang lain tapi lepas SPM dulu, form 6 adalah pilihan ke 3 akak. kenapa ? akak tak pasti tapi akak yakin dengan kata hati.

Lagi satu isu yang timbul dalam pemilihan adik adik nanti ialah 

"kamu ambil kos tu nanti nak kerja apa? " 
"kos tu dah ramai sangat sekarang ni, nanti susah nak dapat kerja"
"ada kerja ke nanti kalau ambil kos tu? susah nanti nak dapat kerja"
'"jangan mohon ni, ramai menganggur sekarang"

Then..orang akan cakap peluang kerja..ambil kos yang banyak peluang kerja..oke..betul tu cuma kmu kena faham..bila adik adik masuk U, adik adik akan belajar 3 atau 4 tahun (bergantung pada bidang pengajian)..mungkin masa tu, kerja yang dulunya orang kata banyak kekosongan, time kamu konvo, dah menjadi lambakan... mungkin orang cakap kos yang adik-adik pilih tu nanti susah nak dapat kerja or takde kerja..yang ni bagi akak..if kamu gigih study, humble, yakin dengan Allah, and asal soft skill, aktif..insyaAllah peluang kerja banyak..cuma kena usaha sebab Allah melihat usaha manusia ! Ramai je yang lepas habis belajar, kerja di luar bidang namun ia juga rezeki kan :) dapat juga kerja..asalkan ada usaha ! Kalau nak sangat bekerja dalam bidang yang sama semasa belajar, rancang dari sekarang. Lihat kelayakan akademik setaraf kelayakan permohonan kerja supaya apa yang kita usahakan mampu membantu kita capai impian kita :)
Berusaha tanggungjawab kita, memberi rezeki hak Allah.. :)

Lagi 1 tips, jangan ikut kawan. Minat adik-adik dengan kawan tak sama and keputusan peperiksaan pun tak sama.
better adik-adik ada pendirian adik-adik sendiri. Fikir semula, 

"kenapa aku nak masuk u"
"kenapa aku nak kos tu" 
"apa aku akan jadi 5 or 10 tahun akan datang"

Orang juga akan cakap, masuk situ susah, masuk sini senang, masuk situ lagi la susah..
bagi akak, susah or senang bergantung pada usaha adik-adik bila dah belajar nanti..tu je.
Kalau senang tapi malas study, tak guna juga kan :) 
Kalau susah tapi adik-adik usaha gigih insyaAllah akan dipermudahkan urusan. You don't always get what you wish for, you get what you work for.
Hidup ni nak buat apa pun kena ada matlamat yang jelas dan usaha yang seiring.
Cari ilmu dan sebarkan ilmu yang bermanfaat. Usaha demi kejayaan dunia akhirat !
Bila dah berjaya jangan kedekut untuk tolong orang lain.

Akak faham perasaan adik-adik masa ni sebab masih kurang terdedah dengan kos apa yang ditawarkan di univeristi dan kos apa yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan, minat dan personaliti adik-adik. Mungkin ada yang terpaksa ikut pilihan keluarga, ada masalah kewangan atau kekangan lain yang menyebabkan adik-adik terhad dalam pemilihan. 
Percaya pada rezeki dengan berdoa kepada ALLAH ! :)

Always do your best. What you plant now, you will harvest later.
Believe in yourself! Have faith in your abilities! Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy. Nak baca tips bila dah sambung belajar nanti, boleh klik sini syiralokman.blogspot.my
Kalau nak tips belajar untuk pelajar STPM, boleh klik cara-syira-belajar. :)
Banyak lagi tips and pengalaman yang akak syira share dalam blog ni..rajin rajin scroll ye ^_^

Ikutkan hati banyak lagi akak nak kongsi, tapi tak larat nak terus menaip. Mungkin ada yang tidak setuju dengan entry ni and bagi akak entry ni pun tak lengkap sepenuhnya sebab akak taip ni pun cepat cepat. Mungkin if ada apa-apa nanti bila free akak tambah or edit :)
Akak Syira doakan adik-adik semua berjaya dunia akhirat and dipermudahkan urusan ! 
Your strength to move forward in life doesn't come from anywhere else but within you.
Pilih yang terbaik. Buat sesuatu kerana ALLAH. :)

Memang akak Syira sendiri belum tentu kukuh masa depannya, belum habis pengajian ijazah pun tapi akak berkongsi agar adik-adik mendapat manfaat  yang mungkin sebelum ini akak kurang tahu or ketinggalan.


Sekiranya ada sebarang pertanyaan or ada yang Syira silap, mohon tegur dan bertanya di link berikut :)
TERIMA KASIH SEMUA ^_^


Facebook : https://www.facebook.com/wan.syahirah.75
Email : syiralokman21@yahoo.com.my
Akan ada jalan buat mereka yang berusaha .
Akan ada rezeki buat mereka yang bersungguh sungguh ingin mendapatkannya
dan
Akan ada kejayaan buat insan yang berjuang kerana Tuhannya ^_^


## sesiapa yang nak dapatkan buku motivasi pertama Syira Lokman iaitu SERENITY..

Tuesday, April 12, 2016

Syira Lokman dalam Majalah Mingguan Wanita April 2016.

Assalamualaikum
hye semua :D



Tajuk : SYIRA, Mahasiswa, Penulis Buku dan Blogger Idola ! 
Menyingkap kisah sebagai pelajar ijazah sarjana muda kaunseling Universiti Malaya,penulis blog, penulis buku ‪#‎serenitysyiralokman‬ dan copywriter.

Alhamdulillah untuk artikel ni, sentiasa ada insan mulia yang beri peluang untuk Syira. 
Terima kasih team mingguan wanita
Terima kasih korang.
Terima kasih semua !!
Siapa nak tahu apa yang ditulis mengenai Syira Lokman, cepat cepat beli Majalah Mingguan Wanita and baca artikel ni. Semoga menjadi inspirasi !
Plan asalnya minggu cuti midsem ni la nak update blog banyak-banyak and nak blogwalking tetapi tiba tiba ada plan lain yang tak dijangka menyebabkan Syira takde masa nak online, so Syira laju-laju taip entry ni semata-mata nak pastikan blog ni tak sunyi :)

Ramai yang tertanya-tanya, Syira ni orangnya jenis yang macam mana? Siapa Syira Lokman ? Syira suka buat banyak kerja and bergaul dengan pelbagai jenis manusia tapi ada masa terutamanya bila dalam bilik or bila di rumah Syira lebih suka sorang-sorang. Apa yang paling penting, i have my own mission for my future and sekarang Syira sedang berusaha melakukan apa sahaja yang terbaik demi mendapatkan yang terbaik sebab Syira percaya Allah melihat usaha manusia. :)
Kalau mengikut Holland test, personaliti Syira ialah artistik, sosial and enterprising. So mesti boleh faham sikit-sikit Syira ni macam mana kan ? :D

Salah satu sebab Syira tak berhenti berblog sebab bila pembaca blog PM Syira and cakap thank you utk post yang Syira tulis. Ia membantu, its inspiring ^_^ and kata-kata tu buat Syira rasa yang Syira patut teruskan. Walaupun 1 entry yang simple, tapi berjaya memotivasikan orang lain and permudahkan urusan orang lain.
Syira nak pelajar STPM yakin yang mereka juga hebat. Sira nak orang yang rasa idupnya tidak sempurna, melihat semula hikmah yang tersedia. Syira nak apa yang Syira kongsikan memberi manfaat pada orang lain. Sebab itu masih kekal lagi blog Syira Lokman ini dan terhasilnya buku pertama Syira iaitu Serenity. Syira tulis untuk semua :)

Syira tahu, kita tak mampu menjadi sempurna seperti yang kita idamkan tetapi andai apa yang kita usaha mampu menyempurnakan hidup manusia lain, itu lebih dari indah :D 
Do something for others and manfaatnya ialah doa mereka mampu memberi kejayaan buat kita. smile emotico

Terima kasih juga kepada semua pemilik online shop, blogger yang sudi mendapatkan servis advertorial daripada Syira..
Syira harap semua puas hati dengan servis yang diberikan. 
untuk sebarang urusan seperti sewa ruang iklan , review, bussiness, sponsorship or nak minta tolong Syira promote barang, ig, blog..boleh hubungi Syira bila bila masa oke..harga 2 angka sahaja :D
Syira nak tolong, sebab tu harga yang dikenakan untuk setiap perkhidmatan sangat murah !

Emel : syiralokman21@yahoo.com.my


Terima kasih semua yang mendoakan.. semoga semua murah rezeki ^_^
Syira sampai ke tahap ini pun disebabkan korang !
tak mudah sebenarnya tapi Syira yakin ...
Akan ada jalan buat mereka yang berusaha .
Akan ada rezeki buat mereka yang bersungguh sungguh ingin mendapatkannya
dan
Akan ada kejayaan buat insan yang berjuang kerana Tuhannya.

Kalau nak baca apa kisah menarik yang Syira kongsikan..jom beli Majalah Mingguan Wanita !
Syira lokman dalam ruangan DEWI KAMPUS @mingguanwanita edisi 8 hingga 14 April 2016 ...
Korang cari je cover depan pasangan selebriti romantis Jihan dan Ungku Hariz :D
tq team @mingguanwanita ... 

Thursday, April 7, 2016

Program Kajian Diversiti dalam Pembelajaran di Universitas Indonesia.

Assalamualaikum
hye semua !

Ramai sangat yang teruja nak tahu cerita outbound Syira ni. Syira minta maaf sebab lambat nak publish entry. Syira sibuk dengan program setiap minggu sampai la hari ni Syira cuti midsem baru dapat update.. Oke meh sini Syira nak share.

jangan bosan pula baca sebab kalau Syira dah start menaip ni, memang tak boleh stop ! hehee...
Oke, Program Kajian Diversiti dalam Pembelajaran ini berlangsung selama 9 hari, iaitu bermula dari 21 Februari hingga 29 Februari. Program ni macam program pertukaran pelajar la.
Masa ni, kalau di UM, sem baru dah mula tapi bagi 21 orang pelajar kaunseling yang terlibat, kami mulakan kuliah di Universitas Indonesia :D wehuuu ~~


Fokus outbound kami kali ni ialah dalam bidang psikologi. Kalau di Indonesia ni, bidang psikologi memang kira top juga la, sebab tu kalau google maklumat berkaitan psikologi, memang akan jumpa nota yang menggunakan bahasa indonesia. Kuliah dekat sana, lebih kurang di UM je cuma student sana rajin pergi kelas baca buku tebal-tebal, siap buat group discussion guna buku tu and group discussion diorg berkesan oke,siap present hari yang sama dengan maklumat yang super kebabommm. Selalu Syira kalau buat group discussion ni, sembang je lebih, kerja ntah ke mana. tapi diorg gunakan masa tu sebaiknya. Paling terujaa bila sesi soal jawab. ramai sangat sangat yang angkat tangan and bertanyakan soalan..fuhhh..tak krik krik langsung, sebelum tanya tu siap hurai fakta dulu baru teruskan dengan soalan, nampak sangat diorg dah baca awal-awal sebelum kelas. 


Di Unversitas Indonesia, memang ada Fakulti Psikologi or di sana lebih dikenali sebagai Fakultas Psikologi. Sepanjang 5 hari kuliah di sana, kami masuk ke beberapa kelas antaranya ialah Teori keperibadian klasik, Psikometri, Rancangan penelitian psikologi, Psikologi kognitif, Psikologi kerja ,Sistem saraf dan tingkah laku, Psikologi bermain dan Psikologi forensik. Semua best and lecturer pun sporting !


Yang ni kelas Rancangan Penelitian Psikologi dimana kami belajar dalam auditorium yang berbentuk separa bulatan. Memang orang sini nampak orang sana, orang sana nampak orang sini. Diam tu konon je acah-acah study padahal mata ke lain. 
Diam diam berpandangan, mata bertentang mata ~~ ecece...
Kalau duduk bertentangan tu memang lirik lirik mata, bukan tengok lecturer yang mengajar tapi tengok jodoh...hahha



Masuk kelas Psikologi Industri, lecturer comel ni speaking omputeh pula dengan kteorg, dah la muka dia macam korea, so time tu memang feeling-feeling macam ada kat korea la :D hehee..masalah bahasa di sana tak rumit pun sebab Malaysia dan Indonesia serumpun kan :) cuma ada sesetengah perkataan berbeza makna dan penggunaannya...krik krik juga la bila tak faham, tapi kami angguk sajeee :P

Image result for perpustakaan universitas indonesia terbesar di asia

Image result for perpustakaan universitas indonesia terbesar di asia

Dalam 5 hari kuliah tu, kami sempat tour 1 Universitas, melawat library Universitas Indonesia. Kalau nak tau, library ni merupakan library terbesar di Asia Tenggara :D hebat kan ? Library macam mall, ada pelbagai jenis cafe, kedai buku and ruang belajar yang super duper lawaaa :D
siap ada starbuck coffee lagi. 

Syira tak minat sangat starbuck so tak teruja macam orang lain..
alang-alang ada kat sini, kami pun bergambar acah-acah hipster depan library ni :D


Sepanjang di Universitas Indonesia, kami ditempatkan di asrama. Sama je seperti di Malaysia cuma bilik tu takde kipas..haha..kecoh juga la mula-mula sampai tapi rupanya kami dapat tahu kat sana memang tak disediakan kipas dan iron. Student bawa sendiri..

Kadang-kadang rasa malunya, baru takde kipas and iron dah tak senang duduk. 
Tak bersyukur..hmm hmm..
Disebabkan orang kat sana baik-baik. Diorang sanggup bagi pinjam iron selama seminggu tu :D hehehe...mana boleh kan gegadis ni tak iron baju tudung, rosak mood !
hahaha..perempuan kot !

Perbezaan yang ketara juga antara Indonesia and Malaysia ialah ruang solat dan wudhuk wanita terbuka. Ada sesetengah kawasan je yang tertutup sikit but mostly yang kami pergi tu terbuka. Bukan masalah besar pun cuma agak kekok bagi kami yang dah biasa dengan ruang wudhuk and solat tertutup, biasalah perempuan kan...faham faham je la.


5 hari di sana asyik masuk kuliah je kan..so 3 hari yang terakhir kami tour Bogor, Jakarta, Kota Tua and paling best shopping !!!
serius peruntukan masa 3 jam utk shopping dimanfaatkan sebaiknya !
Barang di Indonesia kan memang lebih murah !
gigih semuaa beli barang macam lepas ni balik Malaysia nak jual borong 3 RM10. Banyak sangat sampaikan bila nak balik, bas tak muat..hahaha..


ni lagi satu kisahnya, perempuan kan bila diajak bergambar memang nampak la kesepaduan dan kekukuhan ikatan tu. semua acah acah cantik !

Image result for kota tua

Kota Tua Jakarta ni salah satu tempat yang kami lawati. Kota Tua juga dikenal dengan sebutan Batavia Lama (Oud Batavia). Kat sini memang ramai orang lepak and ada jualan, persembahan rakyat serta pengunjung boleh bergambar dengan watak-watak animasi yang comel-comel. Upin Ipin and Boboiboy pun ada tau !


Monumen Nasional atau popular disingkat kepada Monas atau Tugu Monas, adalah tugu peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenangkan jasa dan perjuangan rakyat Indonesia untuk mendapatkan kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pembangunan tugu ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk orang awam pada tanggal 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. 
Tugu Nasional terletak di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat.

Haa..nampak tak ayat google, jenuh la kalau Syira nak hafal semua sejarah tempat-tempat ni..
hahaha :P




Kalau korang nak tahu, Gereja ni betul-betul berhadapan dengan Masjid.
Masjid Istiqlal dan Gereja Katedral Jakarta terletak di Jakarta Pusat tidak terlalu jauh dari Monumen Nasional (Monas). Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara.
Yang paling unik adalah Masjid Istiqlal dirancang oleh seorang arkitek yang beragama Kristen bernama Frederich Silaban. Gereja Katedral Jakarta pula merupakan gereja Katholik yang sudah dibangun sejak 21 April 1901.




Banyak sangat tempat menarik di sana rasa tak cukup 9 hari tu. Seronok bila dapat peluang timba ilmu dan pengalaman terutamanya bukan di tempat kelahiran sendiri. Sangat unik and if kita pandang dari sudut berbeza, setiap apa yang Allah ciptakan ada keunikan tersendiri dan if kita memanfaatkannya pasti kita dapat ilmu yang baik untuk dikongsi bersama :)


Seronok seronok juga ...tapi kena balik Malaysia untuk teruskan kuliah.


Sebelum balik Malaysia pun kami sempat singgah ke beberapa tempat seperti Taman Mini Jakarta. Disini pelbagai rumah budaya Indonesia direplikakan. 
Sangat menarik tau rekaan rumah-rumah ni. Di Indonesia memang terkenal dengan kepelbagaian keunikan budaya mereka ! hebat !



Sepanjang kami di sana, kami dijaga oleh 3 gadis gadis cantik dan 2 jejaka tampan dari pimpinan Fakultas Psikologi. Baik sangat diorg ikut je apa kami nak, nak pergi mall dapat, nak pergi toko buku murah dapat, yang paling penting, setiap saat kami selfie and diorang sabar je tunggu.

Terima kasih Dinda, Nyanya, Norma, Faisal dan Adi sbb setia tunggu kami selfie and layan je perangai kami ! sweet sgt ! serius sampai ke hari ni masih rinduuuuuu :'(
rinduuu nak tidur tanpa kipas, jalan-jalan sama, makan bakso sedap ! nasi ayam penyet..perrghh perrghh..banyaknya makanan best best ! rinduuu..
Terima kasih Allah sebab bagi peluang ni and thanks juga semua yang terlibat ! semoga rezeki korang melimpah and dianugerahkan kehidupan yang hebat seperti hebatnya rezeki Allah :)
semoga ketemu lagi Universitas Indonesia ! :D

Rasa macam teringin pula nak buat outbound marathon punya :D seminggu ni Indonesia, then Korea, Amsterdam and so on..hahhaa.. Seronok lihat budaya dan kehidupan orang lain. 
Disebabkan sibuk dengan projek kolej..masa midsem ni juga la dapat habiskan menaip etry panjanggggg ni and yes ! berjaya publish !! ^_^

hahaa..gigih la cari mood nak menaip, tapi demi pembaca setia yang dok tunggu my new entry.. guys ! this is for you ^_^ semoga bermanfaat ! 

"Timba lebih banyak ilmu dan pengalaman kerana setiap detik itu akan memberi pengajaran untuk kita rentasi kehidupan dan menilai apa ertinya kita dibangkitkan menghadap Tuhan"


## whatsapp 016 209 3151 untuk order buku #serenitysyiralokman

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah