"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, July 29, 2016

Dating dengan gadis-gadis cantik.

 Assalamualaikum
hye semua !!

Kali ni Syira excited nak update blog sebab beberapa hari lepas Syira baru je dating dengan gadis-gadis cantik. :D selepas setahun baru berpeluang nak jumpa kawan-kawan baik Syira sejak sekolah rendah :D actually ada 6 sekawan tapi yang masih berjumpa tinggal 4 je sejak masing-masing mula belajar jauh lepas UPSR and ada yang pindah rumah.



Blouse Putih - Scarlet
Palazzo - Kedai dalam Aeon Taiping (lupa nama kedai)
Bag - kedai dalam Aeon Buki Tinggi (lupa juga nama kedai, hehe..)
Kasut - Esarli
Royal Blue Shawl - booth di Mydin

Kali ni memang Syira plan nak pakai simple je tapi mesti la nampak awesome gituuu.. Syira Lokman kan, kena la meletop..hahaa..
Dah lama teringin nak pakai warna royal blue ni sebab rasanya last pakai pun masa dinner kaunseling tahun lepas je...Walaupun palazzo bunga bunga tu pada awalnya nampak biasa je, tapi bila dipadankan dengan blouse putih dan shawl royal blue...sangat nice..biasalah..orang cantik, pakai ape pun cantik kan ?? muahahah *larikkkkk


So, moh Syira perkenalkan one by one...hehee..yang kiri sekali namanya Fatin Nabilah fashion designer in making, si comel bertudung royal blue namanya Syira Lokman, bakal kaunselor..hehe..yang berkain maroon tu Najlaa Athirah budak sukan, bola jaring guysss :D dan yang berbaju kurung pula teacher Athirah :D sanggup oke teacher habis mengajar terus datang jumpa kami..hehe..

Dulu sama sekolah rendah, SK Sri Kinta Ipoh.. Syira dan Najlaa pengawas pusat sumber, Athirah dan Fatin ni Pengawas. Ada gambar bersama masa sekolah dulu tapi entah lupa mana dah gambar tu. Kalau tak boleh korang tengok kecomelan kami masa tu..hehehe..berkawan sejak darjah 3 sampai la sekarang, lebih kurang 13,14 tahun dah :D alhamdulillah ! nikmat persahabatan yang Allah beri. Tak selalu di mata tapi dekat di hati...cia cia ciaaa ~~

mesti diorang baca ni, mengekek terharuuu dioranggg.. :P


 Date kami kali ni lebih kurang 2,3 jam je tapi seronok :D makan and jalan-jalan cuci mata. Nasib baik tak beli apa-apa, kalau tak melayang lagi la duit.. Sebelum balik wajiblah selfie wefiee duluuuuu. Kteorang ni nak jumpa pun setahun sekali, sebabnya cuti lain-lain. Kalau dapat jumpa pun kadang berdua je. Kali ni bila dapat gabung semua sekali memang syok la..Lepas ni entah bila la dapat jumpa lagi. Mungkin bila salah seorang kahwin kot. Agak-agak korang kan, siapa kahwin dulu ???  mungkinkah yang tudung royal blue tu ? *tutup muka*

hehee..oke dah, jangan berangan lebih-lebih yee :P tak kisah la siapa kahwin dulu, janji semua bahagia dengan life masing-masing and berjaya dunia akhirat. Syira pun tak sangka persahabatan ni kekal sampai sekarang. Kalau jumpa tu kongsi cerita macam-macam walaupun lama tak dengar khabar berita. Tiada rahsia antara kita, itulah kami. Biarlah semua jauh mengejar cita-cita sendiri tapi pastikan tak lost contact ! siapa hilang, Syira gigittt telinga koranggg !
xoxo


Wednesday, July 27, 2016

Duit Raya untuk pembeli #serenitysyiralokman !!

Assalamualaikum
hye semua !!


Alhamdulillah..hebatnya perancangan Allah. Buku pertama Syira yang bertajuk SERENITY kini telah dicetak kali kedua.
Syira ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membeli dan menyokong penulisan Syira. Pertama kali menghasilkan buku penulisan sendiri. Yes, bagi Syira ini satu pencapaian yang Syira sendiri boleh banggakan. Syira masih baru dalam dunia penulisan buku tetapi menjadi antara penulis best seller dan buku Serenity kini sudah cetakan kedua merupakan satu pencapaian yang baik. Hebatnya ada korang sebagai penyokong setia :)
Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Terima kasih semua orang yang baik hati :)

Disebabkan ramai pembeli yang baik hati, Komrad Buku pun nak berkongsi rezeki dengan semua pembeli !
SEBARKAN BERITA BAIK INI !!! Komrad Buku nak bagi DUIT RAYA :D 
Berita baik buat semua terutamanya yang dah besooo panjangg tak dapat duit raya. Kali ini korang boleh melompat happy sebab Komrad Buku nak bagi duit raya kepada sesiapa sahaja !! Caranya mudah, korang hanya perlu membeli mana-mana buku terbitan Komrad Buku dan secara automatiknya korang akan dapat duit rayaaa :D tak kisah la umur dah berapa pun. 
Tempoh promosi bermula 27 Julai hingga 3 Ogos 2016 sahaja tau ! tak kisah la korang nak beli buku apa pun, yang penting dapatkan buku #serenitysyiralokman terbitan Komrad Buku kerana buku ni power ! hehehe..Serenity telah DIULANG CETAK !! Jom beli, hanya RM20 SAHAJA !
Jangan lepaskan peluang ini ^_^ 

Untuk order melalui KOMRAD BUKU:

Taip TAJUK BUKU <jarak> NAMA PENUH <jarak> ALAMAT dan hantar ke 016 209 3151 atau klik http://tinyurl.com/OrderBukuKomrad untuk melihat buku-buku terbitan Komrad yang lain.


---------------------------------------------

## Untuk minggu gaji ini, bookcafe juga ada buat promosi buku #serenitysyiralokman tau !
cepat beli sebelum promosi tamat ! :D Hanya RM14 SAHAJA !! (tapi tak dapat duit raya macam beli dari komrad buku la :P )



Saturday, July 23, 2016

SUFEE SNOW PRIMADONA Minuman Nombor Satu Wanita Asia.

Assalamualaikum
hye semua !

Mungkin ramai antara kita yang dari remaja dah makan jamu dan mungkin masih ada yang sehingga kini walaupun dah berkahwin, masih tak boleh nak makan jamu sebab rasanya yang pahit. Susah nak telan la orang kata kan. Hari ni Syira nak syorkan sejenis jamu moden yang dihasilkan versi cecair ataupun jus iaitu Jus Primadona !


Jamu moden ini berperisa kurma dan oren, so ada rasa masam masam manis gitu dan ada rasa pahit MIRIFICA & LOBATA sebab mereka lebihkan dua bahan penting ini berbanding kebanyakan produk breast yang ada di pasaran.
Jus ini sesuai untuk wanita yang inginkan payudara bulat, besar, tegang dan mantap serta miss V wangi, padat dan sendat.
Istimewanya PRIMADONA ni bukan setakat ketat,tapi PADAT dan SENDAT,memang boleh buat cik abang MENGIGAU bangun tengah malam katanyaa!


JUS PRIMADONA ni banyak khasiatnya seperti :

PAYUDARA DAN PUNGGUNG

  1. Mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur
  2. Memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat
  3. Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut
  4. Menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara
  5. Menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang ketara
  6. Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara
  7. Mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi, sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih tegang, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari.
  8. Melawan kanser payudara
  9. Menganjalkan kulit yang melendut.
  10. Menggalakkan pertambahan kandungan susu 

RAHIM DAN VAGINA

  1. Mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal
  2. Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim
  3. Merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur
  4. Melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan
  5. Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)
  6. Menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi
  7. Menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami, keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya. Juga sesuai kepada mereka yang belum berkahwin.
  8. Merangsang tenaga batin.
  9. Membantu mengembalikan fungsi hormon esterogen. juga mengandung kalsium dan magnesium yang berperan dalam kesuburan.(meningkatkan peluang kehamilan)
  10. Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid). 
  11. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin, Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan

KULIT DAN TUBUH BADAN

  1. Mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara).
  2. Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’
  3. Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
  4. Mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
  5. Mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata

KESIHATAN

  1. Menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
  2. Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
  3. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopos dan osteophorosis
  4. Mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
  5. Mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea, rabun jauh dan lain-lain
  6. Menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh
  7. Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
  8. Mengatasi masalah sukar tidur
  9. Membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati
  10. Sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan
  11. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
  12. Menstabilkan paras kolestrol
  13. Memulihkan sel-sel urat besar.
  14. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  15. Membersih dan menambah darah.
  16. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  17. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
  18. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
  19. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Sekarang ni dalam sibuk menjaga kecantikan luaran je, perlu la juga jaga kecantikan dalaman kan. Biar seimbang luar dalam. Dua-dua sama penting, bukan hanya untuk mengekalkan kebahagiaan hubungan suami isteri tetapi untuk diri kita sendiri para wanita supaya kekal sihat dan berseri selalu.
Dah ramai yang berpuas hati dengan keberkesanan Jus Primadona ni. 
Jom tengok testimoni, mana tahu kot lepas cuba ni suami makin rapat :D kulit pun makin cantik dan kesihatan juga tenaga semakin bertambah baik tau !










Jus ini juga sesuai diamalkan oleh wanita yang dalam pantang juga.
Seronok kan bila produk yang dihasilkan tu beri manfaat pada kebahagiaan orang lain. Ramai dan mencubanya dan mereka amat berpuas hati, anda bila lagi ??
Jangan risau tentang harga. Pastinya mampu milik !!
HARGA SUFEE SNOW PRIMADONA

RM 55 (Semenanjung) + RM6 postage
RM 65 (Sabah & Sarawak) + RM6 postage

============================================================

so, apa tunggu lagi ?? layari laman web di bawah dan hubungi nombor tertera untuk dapatkan  SUFEE SNOW PRIMADONA Minuman Nombor Satu Wanita Asia !

FB Page : SUFEE SNOW OFFICIAL
Instagram: Sufeesnow_official
Hotline : +6014-8386206


## untuk lihat lebih banyak testimoni,boleh buka dalam album TESTIMONI SUFEE SNOW PRIMADONA di page SUFEE SNOW OFFICIAL.

Wednesday, July 20, 2016

Happy Birthday ALTHEA KOREA ! #AltheaTurns1

Assalamualaikum
hye semua :)


Don't scream because it's sooooo PINK! 
Happy Birthday Althea Korea #AltheaTurns1 
sign up now to get RM15 credit guys ! KLIK - bit.ly/29yyYJf

Althea Korea is turning 1 today!! yeayyy !! jauhnya parcel Syira kali ni..jauh dari KOREA :D
hehee...excited dapat parcel comel ni. Siapa suka produk korea ?? :D jom follow @altheakorea
and shopping pelbagai produk kecantikan korea dengan harga yang superbb jimat ! confirm rambang mata nak pilih.  All KBeauty shoppers, head to althea korea website now as they are having a lot of fun things there - sales, contests with awesome prizes and many moreee!!!

Setiap pembelian dapat kotak pink comel macam ni, suka tak ??
Syira dah dapat Syira punya :D
yeayyy ! :D excitednya sebab dapat box pink yang comel ni ! @altheakorea punya birthday, syira yang dapat hadiah ! hehee.. Thank you @altheakorea for the gift !! ^_^ 
taraaaa..comel kan ?? so in love with #altheakorea ! Syira dapat 9 barang :D



Nak tahu apa syira borong di Althea korea :D tadaaa...wohooo..ada list ! 

  1. Aloe Vera 92% Soothing Gel 
  2. Witch's Pouch Selfie Cushion Glow Tint Bar 
  3. Super Volcanic Pore Clay Mask 
  4. Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist 
  5. Perfume Hand Cream 
  6. Rice Wash Off Mask 
  7. Panda's Dream Eye Patch x2 
  8. Under Eye Brightener 

Syira dah guna rice wash off mask serius terbaikkkk !! lepas ni kalau nak beli lagi, syira nak beli 2, mama pun suka, kulit lembap, pori pori kurang, warna kulit makin sekata. Super volcanic pore clay mask pun dah guna tapi tiada kesan sangat pada muka. Under eye brightener memang tutup lingkaran gelap bawah mata and harga murah oke :D Tint bar syira ambil warna pink, lembut je color dia, nampak sweet and perfume hand cream tu syira pilih lavender..wohooo..wangi okeee !! .. yang lain-lain belum pakai lagi..syok laa..tau tak sekarang ni hari-hari syira buka laman web Althea sibuk mencari nak beli apa lagi harga tak mahal sangat..walaupun ni kira pertama kali Syira shopping di Althea, tapi nak puji servis terbaik and produk dia memikat hatikuuuu ini.. :P


Althea merupakan website yang menjual barangan kecantikkan dari KOREA. 100% ASLI dan menawarkan harga yang sangat BERPATUTAN.. Bersempena dengan Ulangtahun Hari Jadi Althea yang pertama, Althea ingin memberi hadiah kepada anda semua.. Nak tahu, meh baca sini ...

Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016

Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.

Free Goodies for first 1,500 shoppers
Full size beauty products. While stocks last. 

Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account. 


Jom sertai #AltheaTurns1 Instagram Contest

- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea! 

- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.


HAPPY BIRTHDAY ALTHEA KOREA ^_^
DONT MISS OUT @altheakorea BIRTHDAY PROMOTION !! Starting todayyyyy :D
sign up now to get RM15 credit guys ! KLIK - bit.ly/29yyYJf (daftar guna link ni and dapat FREE RM15 credit)


*Terms and conditions apply. Please refer to www.althea.kr and Althea Facebook for more information.

Tuesday, July 19, 2016

Dari Novel Anugerah Terindah ke Drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Assalamualaikum
hye semua !

sekarang ni ramai yang tengah syok dengan cerita Sayangku Kapten Mukhriz and mesti korang gigih mencari novel Anugerah Terindah ni kan ? Buku ni makin lajuuu je habis di kedai buku kan.
tak perlu susah susah, korang boleh dapatkan secara online di BOOK CAFE [klik] !



Jom baca sinopsis novel yang menjadi rebutan ni :D

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz' dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor'. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…
-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz

-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana
PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.
Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya. I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.
MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala. Mana tidaknya, di hospital dia ramah dengan pesakit dan serius dengan tugasnya tetapi apabila bab Mukhriz…Dia lakukan sesuatu yang ‘terbalik'.
“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana... Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.
DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua orang pening kepala! Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah. Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Dan, mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…


Jom cepat cepat beli sebelum kehabisan stok !! 
klik link di atas untuk pembelian secara online ya :D

## Nak beli buku SERENITY iaitu buku motivasi pertama Syira Lokman ??
klik ---> SERENITY


Friday, July 15, 2016

Buku SERENITY Syira Lokman dikritik ??

Assalamualaikum
hye semua :D

Buku  SERENITY by Syira Lokman ni dah 6 bulan di pasaran and mesti korang nak tahu sangat apa pendapat or komen-komen pembaca kan ?? ramai yang kritik or ramai yang puji ?? 
kalau nak tahu, jom baca sampai habis..




yeayyy..ni yg best ni, hehe...alhamdulillah, syukur sangat dengan sokongan semuaaaa ^_^ Ramai bagi feedback positif and tunggu buku ke 2..hehehe..buku ke 2 next year mungkin, doakan je !! masih dalam usaha menyiapkan manuskrip ke2 :) korang nak Syira kupas isu apa dalam buku ke 2 ?? boleh beri idea di ruangan komen or pm syira di facebook  :)


Buku ni kecil, ringan and mudah dibawa kemana-mana tau, senang je simpan dalam beg. Harga pun hanya RM20 ! Yang penting isinya padat :D Dah beli nanti, janga lupa hashtag ‪#‎serenitysyiralokman‬.
Share je komen-komen korang, boleh Syira perbaiki untuk buku seterusnya nanti :) Kalau ada cikgu-cikgu ke nak hadiahkan untuk student or sesiapa nak beli borong, boleh PM Syira Lokman di facebook or emel ---> syiralokman@yahoo.com.my :)

Anda boleh dapatkan buku SERENITY melalui :

1. Komrad Buku
2. Butik Zmar Apparel Shoppe, Alam Avenue, Shah Alam.
3. Bookcafe.com
4. Buku Halal
5. Ejen-ejen komrad
6. Kinokuniya
7. Mph bookstore
8. Popular bookstore
9. Kedai-kedai buku berhampiran anda.
10. Online seller.


Facebook Komrad Buku : Komrad Buku
Instagram Komrad Buku : @komradbuku



 Terima kasih buat semua pembaca serenitysyiralokman ^_^ Alhamdulillah setakat ni belum ada lagi komen-komen negatif,  semua super awesome punya komen, hehee...buku pertama kan, risau juga Syira...hehee, tapi takpe, if ada kekurangan Syira akan perbaiki untuk buku seterusnya ye :)
semoga buku ini menjadi inspirasi buat semua ^_^ sebarkan yang baik baik oke!! Syira harap sangat buku ni bermanfaat buat semua ! Syira nasihatkan if korang beli di kedai buku, better tanya terus di kaunter, ada sesetengah bookstores dan habis stok ya. Nanti sian pula korang penat-penat cari tapi tak jumpa.. ^_^

## Nak buku dipos terus ke rumah anda ??? order secara online > http://tinyurl.com/OrderBukuKomrad

# Cash on Delivery (cod) dibuat sekitar IPOH bermula 13 Julai hingga 1 September 2016 ! untuk order boleh DM Syira Lokman ^_^


#serenitysyiralokman #blogsyiralokman #universitimalaya #syiralokman #blogger #komradbuku #motivasi #puisi #monologhati #cashondelivery #astar #umisone #astarum #bukumurah #belibuku #buku #bukuterkini #ejenbuku #media #mediateam #sukarelawan #volunteermalaysia #karangkraf #ipoh #mphbookstores #kinokuniya #popularbookstores #smobookstores

Thursday, July 14, 2016

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak


Assalamualaikum
hye semua !!

klik banner di bawah untuk rebut duit raya RM50 :D

Giveaway tamat : 25.07.2016 jam 7.00 pagi
Pemenang akan diumum pada 25.07.2016 jam 8.00 pagi

Monday, July 11, 2016

OOTD# Selamat Hari Raya Aildilfitri.

Assalamualaikum
hye semua !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !
hehee..belum terlambat kan Syira nak wish. :P Tak update blog bukan sebab beraya sakan, tak sakan mana pun cuma makin malas nak update blog ni. Syira nak minta maaf andai ada silap dan salah sepanjang Syira menaip di blog ini. Sorry kalau ada terguris hati, ada perbezaan pendapat atau apa sahaja.

Apa yang syok lepas raya ni ialah Syira cuti 2 bulan :D so boleh bermalasan..hehee..kalau ada job nak bagi boleh PM/emel ye :D 
cuti ni kena siapkan manuskrip kedua, memang nak buat tapiii idea ke laut ! Korang doakan la Syira dapat idea nak tulis sesuatu yang bermanfaat buat semua. Tak sabar nak hasilkan #serenitysyiralokman yang kedua. InsyaAllah semoga Allah permudahkan segalanya :)

Btw, raya-raya ni confirm semua gegirlsss share #ootdraya kan. Syira pun nak share acah acah #ootdsyiralokman. Time raya la nak posing perasan cantikkk dari biasa :P

Tahun ni raya pertama satu family tema HIJAU. Syira beli baju kurung moden kat Mydin, kasut tahun lepas, shawl curi mama punya lagi..beg tak payah..blur kan background gambar guna phone sepupu..muahahha..


Baju purple ni mix and match je. Kain and baju beli di Kenanga Mall. Kain ni dah selalu pakai pergi kuliah, kali ni pakai untuk jenjalan hari rayaa :D kasut tahun lepas juga. Tudung bawal dari @butterflysyiralokman. Tahun ni mood malas, so semua redah je pakai apa ada. Janji konfidennnnnnn cantik dik non..haha


Ada lagi satu baju tapi tu kasi surprise dulu, kenapa ? hehee..sebab..ada la sebab dia. Kalau rajin Syira share, kalau malas lupakan saje.. *kelip kelip mata

Entry simple #ootdsyiralokmanraya :D Maafkan salah silap Syira ye semua !
Jumpa lagi di next entry !! Doakan Syira semakin rajin nak menaip..hehee..Jangan lupa beli dan baca #serenitysyiralokman. Buku motivasi pertama Syira Lokman yang mendapat status BEST SELLER dalam tempoh 3 bulan di pasaran :D



DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah