"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, September 28, 2016

Body Lotion Ecowell Melembapkan Kulit Anda.

Assalamualaikum
hye semua :)

Kalau korang masih ingat set travel dari Ecowell ni ada 4 jenis barangan. apa lagi satu eh ? hehe..
Syira minta maaf sebab ambil masa nak review, mesti korang tertunggu-tunggu kan..hehe..biasalah Syira memerlukan mood yang baik untuk update blog :P


oke, jom kita sembang tentang Rich Moisturizing Body Lotion pula.

Ecowell Rich Moisturizing Body Lotion mengandungi apricot oil dan shea butter yang kaya dengan pelembap. Losyen badan ini amat sesuai untuk semua jenis kulit walaupun mereka yang mempunyai jenis kulit kering. Bila korang pakai je lotion ni, terasa kulit tu macam bayi sebab lembut je lepas sapu.

Kalau korang nak tahu, kandungan yang ada dalam body lotion ni boleh menyembuhkan, memperbaharui dan memberi kesimbangan pada kulit. Ecowell Rich Moisturizing Body Lotion juga boleh melindungi kulit daripada penuaan dan menghilangkan kedutan agar kulit lebih sihat. Selalu yang tak syok bila pakai lotion ni, kalau lotion tu melekit, betul kan ?
haa..Ecowell Body Lotion ni tidak melekit dan ia menyerap dengan baik dalam kulit kita, so tak la rimas rasa berminyak bila sapu pada kulit nanti :D


Kelebihan Rich Moisturizing Body Lotion
  1. Melindungi dan menyihatkan kulit 
  2. Menghasilkan semula sel-sel kulit 
  3. Merangsang pembentukan kolagen 
  4. Memberi aktioksidan kepada kulit 

Cara Menggunakannya :
  1. Picitkan Rich Moisturizing Body Lotion pada tapak tangan.
  2. Sapukan di sekitar kulit pada waktu pagi dan petang. 
  3. Gunakan setiap hari untuk hasil yang terbaik. 

sesiapa yang ada produk dari Ecowell ni kita geng ! hehe..yang lain kalau nak geng macam Syira juga, boleh beli melalui link di bawah :


SiteGiant
http://www.nestore.biz/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-care-series


Lazada
http://www.lazada.com.my/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-careseries-12297593.html


Shopee
https://shopee.com.my/shop/7728479/


11street 
http://store.11street.my/nestore


FaceBook
https://www.facebook.com/ecowellorganics/



#travelset, #bathset, #30-Day Application, #Organic Bath and Body Care Collection, #ICEACertifiedOrganic, #Dermatologicallytested, #NormaltoOilySkin, #Eco-Friendly, #Travel-FriendlyPack, #bestseller, #ecowell, #naturalelixirs, #organicingredients,

Wednesday, September 21, 2016

Ecowell Hair Conditioner Kekalkan Kelembapan Rambut.

Assalamualaikum
hye semua :)



Setiap kali lepas shampoo rambut, masih ramai yang lupa nak pakai hair conditioner. Kalau minggu lepas, Syira berkongsi tentang shampoo dari Ecowell, kali ni Syira nak kongsi tentang hair conditioner pula. Hair conditioner ni korang perlu pakai bagi memastikan rambut korang lebih lembut dan dijaga dengan baik.
Pakai di hujung-hujung rambut je untuk memastikan rambut korang tidak mudah rapuh.
Sesuai untuk semua jenis rambut and boleh diguna setiap hari tau :D


Kebaikan menggunakan Hair Conditioner Ecowell :
  1. Rambut yang sihat, lancar dan terkawal
  2. Melembutkan, menyuburkan dan melindungi rambut kering dan rosak dengan mentega shea organik dan minyak vanila organik. 
  3. Menjadikan rambut anda berkilat, licin dan sihat. 
  4. Memberi kelembapan dan membantu menyembuhkan pelbagai keadaan kulit kering.
  5. Mengurangkan kerosakan akan menyebabkan rambut yang lebih panjang dan sihat sepanjang masa. 


Cara guna : 

  1. Bilas rambut anda dan sapukan kuantiti yang mencukupi di hujung rambut. 
  2. Bilas dengan teliti selepas beberapa minit.



SiteGiant
http://www.nestore.biz/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-care-series

Lazada
http://www.lazada.com.my/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-careseries-12297593.html

Shopee
https://shopee.com.my/shop/7728479/

11street 
http://store.11street.my/nestore

FaceBook
https://www.facebook.com/ecowellorganics/



#travelset, #bathset, #30-Day Application, #Organic Bath and Body Care Collection, #ICEACertifiedOrganic, #Dermatologicallytested, #NormaltoOilySkin, #Eco-Friendly, #Travel-FriendlyPack, #bestseller, #ecowell, #naturalelixirs, #organicingredients,

Friday, September 16, 2016

Terangi Hidupku - #bersatuTENAGA

Assalamualaikum
hye semua ! :D

Ingat tak Syira pernah buat 1 video dengan kawan-kawan Syira and Syira ajak korang join sekali ? Alaaa..yang dalam entry ni (klik sini).

so dengan bangganya Syira nak beritahu yang Lagu Terangi Hidupku - #bersatuTENAGA telahpun sempurna! Ramainya rakyat Malaysia yang turut memeriahkan lagu ini bersama Faizal Tahir, Elizabeth Tan dan Jaclyn Victor. Seronok bila semua rakyat Malaysia berbilang bangsa share and support ! Memang sporting la korang..Teruja Syira tengok video ni, ada yang menyanyi and ada yang menari :D
Mesti korang tak sabar nak tengok video full ni kan? Jom, mana tahu kot ada muka korang yang comel and handsome tu ke..hehee..





Terangi Hidupku

Memandang jauh menyusur cahya
Terpikat ku memandang indah semua
Terasa hati mula gembira
Membuatku melangkah terus saja

Ku kejar mimpi
Dan percaya sepenuh hati
Takkan sempurna hidupku tanpamu

Senyumanmu
Buat aku
Merasa Bah’gia
Senyumanmu
Buat aku
Ceria sentiasa
Senyumanmu
Buat aku
Bertenaga s’lalu
Takkan terpisah kau dan aku

Oh~oh~oh~
Kau terangi hidupku

Oh~oh~oh~
Kau terangi hidupku

Kau bagai matahari di jiwa
Menyinari hidup bagai permata
Bersyukur aku atas s’galanya
Kau tetap di hati setiap masa

Kau terangi hidupku



Makin lama dengar makin best pula lagu Terangi Hidupku ni. Bersempena dengan Hari Malaysia hari ini apa kata jom ramai-ramai share video ini dengan ucapan sempena Hari Malaysia :D
Jangan lupa gunakan hashtag #bersatuTENAGA.


Salam kemerdekaan dan Selamat Hari Malaysia.

Thursday, September 15, 2016

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena.

Assalamualaikum
hye semua :)

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena.


KLIK BANNER UNTUK JOIN :D


Giveaway ini akan berlangsung dari 15 September hingga 15 October 2016 jam 11.59 malam.
Hanya satu pemenang akan dipilih dan mendapat satu mangkuk tingkat 2 tier seperti dalam gambar banner tu..comel takkk hehehe GOOD LUCK  SEMUA ! ^_^

Jom support giveaway rakan blogger Syira ni :)



Ecowell Organic Shampoo.

Assalamualaikum
hye semua :)

Ok, hari ni Syira nak sambung review produk mandian dari Ecowell. Kalau sebelum Syira dah try and review shower gel, kali ni Syira ada masa free ni nak review shampoo pula :D


Kalau pilih shampoo mesti nak yang boleh hitam dan kilatkan rambut kan. Lepas tu boleh kurangkan kelemumur dan rambut gugur. Itu la masalah yang perempuan selalu sangat hadapi.
So far shampoo organik Ecowell memang ok. Rambut jadi lebih lembut. Kalau gatal-gatal tu lepas mandi pakai shampoo ni, terus segar :D

ok..Syira nak share fakta sikit..
Shampoo 50ml ni diperbuat dari Organic Myrtus and Chamomile yang berfungsi untuk buat rambut korang bersinar. 
Kandungan lain dalam shampoo ni ialah mentega shea.
Mentega Shea adalah sumber yang kaya dengan kelembapan, vitamin dan lemak untuk kulit kepala dan rambut dengan kandungan yang kaya penting vitamin A, vitamin E, fitonutrien dan lemak penyembuhan untuk membantu menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala korang tau. 
Jika kulit kepala kering, gatal-gatal atau tidak stabil, mentega shea akan memberi kelembapan kritikal dan membantu menyembuhkan pelbagai keadaan kulit kering. 
Kulit kepala yang sihat adalah penting untuk memaksimumkan pertumbuhan rambut dan mentega shea membantu melembapkan setiap lembar, mengurangkan kekeringan dan kerosakan. 
Bila rambut sihat, rambut akan tumbuh panjang dengan baik.

Nampak tak banyak manfaat shampoo organik ecowell ni.
Cara penggunaannya mudah je :

  1. Tuangkan syampu di tapak tangan dan sapukan pada rambut yang basah sehingga berbuih. 
  2. Bilas dengan teliti. 

siapa yang dah ada ?? kita geng...hehee...yang lain pun boleh dapatkan dengan melayari laman web di bawah :D



SiteGiant
http://www.nestore.biz/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-care-series

Lazada
http://www.lazada.com.my/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-careseries-12297593.html

Shopee
https://shopee.com.my/shop/7728479/

11street 
http://store.11street.my/nestore

FaceBook
https://www.facebook.com/ecowellorganics/


#travelset, #bathset, #30-Day Application, #Organic Bath and Body Care Collection, #ICEACertifiedOrganic, #Dermatologicallytested, #NormaltoOilySkin, #Eco-Friendly, #Travel-FriendlyPack, #bestseller, #ecowell, #naturalelixirs, #organicingredients,

Saturday, September 10, 2016

Pengalaman Jatuh Bangun.

Assalamualaikum
hye semua :)


Kamu lihat kejayaan orang lain, kamu rasa “bestnya dia... asyik dapat yang hebat je.”

Adakah kamu lihat perit hidup dia?
Adakah kamu lihat aktiviti siang dan malamnya?

Tidak.
Kamu hanya lihat sebahagian dari catatan kisah hidupnya.
Bukan realiti pahit getir hidupnya.
Kamu kena sedar,
sebelum dia berjaya,
dia juga menempuh pahit manis derita.

Dia jatuh,
dia bangun,
dia jatuh,
dia bangun,
dia jatuh lagi,
dia bangun lagi.

Dan dia....
Masih terus kuat berusaha,
kerana dia tahu,
ada rezeki sudah tercatat buatnya.
Tugas kita manusia,
hanya berusaha,
dan terus berdoa untuk apa yang kita impikan.

Bukan mengeluh saat jatuh,
Bukan merenung nasib tak sebaik orang lain.

Kita yang menentukan apa yang kita mahukan dalam hidup.
Rezeki itu tetap ada,
Allah yang beri.

Kita hanya perlu usaha untuk dapatkan,
bukan duduk goyang kaki tak buat apa-apa.
Untuk menikmati kejayaan,
kita akan melalui pelbagai fasa yang sangat menguji mental juga fizikal.

Melabur wang yang banyak,
ke sana ke mari mencari ilmu.
Tiba di pertengahan jalan kita jatuh.
Saat ini,
kita harus lebih kuat untuk bangun.
Bukan berhenti setakat itu saja.

Apabila dewasa,
pemikiran matang,
kudrat lebih kuat.
Sepatutnya kita lebih kuat untuk bangun setelah jatuh.


Selepas kita lalui fasa yang perit,
dan kita jatuh lagi,
kita akan bangun dengan selesanya,
kerana rasa sakit itu telah sebati dalam jiwa.

Mulanya memang perit, tapi lama-lama kita dah terbiasa.

'PENGALAMAN' bukan dicipta untuk kamu mengeluh,
tetapi untuk memberi pengajaran dan mematangkan fikiran.

Bertindak atas kewarasan akal,
agar kamu dapat tempuh pahit getir ujian,
demi mengejar manisnya kejayaan.
Jatuh bangun tu biasa.
Mula seksa lama-lama bahagia.


petikan dari buku #serenitysyiralokman

Friday, September 9, 2016

Senarai pemenang Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Assalamualaikum
hye semua !!

*entry republish* (senarai pemenang baru)


alhamdulillah !
senarai peserta pun dah keluar dan hari ini tibalah masa yang dinantikan..
jom lihat siapa yang kena !! :D
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Wang tunai RM30 x1 

Wang tunai RM20 x1 


Topup RM5 x1 


Tuntut melalui - [SyiraLokman]


-----------------------------


(TOP REFERRAL)
Wang tunai RM50 x1 

Tuntut melalui - [nurfuzie]


Image result for TAHNIAH

ALHAMDULILLAH..murah rezeki semua :)

tahniahhh !
terima kasih sudi join giveaway Syira Lokman :)
terima kasih sponsor :)
Semoga kita terus berjaya dunia akhirat !
lepas ni harus setia dengan blog Syira tauu and selalu support #serenitysyiralokman :D
jumpa di next entry ! ^_^



Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)
### SILA BERHUBUNG DENGAN SPONSOR MASING-MASING UTK MENUNTUT HADIAH (KLIK NAMA SPONSOR) 
tarikh akhir tuntut hadiah : 16 September 2016 :)


Thursday, September 8, 2016

Jom sokong Kempen #bersatuTENAGA !

Assalamualaikum
hye semua !


Korang pernah dengar lagu Bersatu Tenaga atau Kempen #bersatuTENAGA tak? :D
Bersempena dengan Hari Malaysia yang akan datang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan satu kempen sosial  #bersatuTENAGA.
Kempen ini memerlukan semua rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian. Siapa ?? Korang la :DDD

#bersatuTENAGA merupakan kempen TNB dengan kerjasama artis terkenal tanahair seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan sempena sambutan Hari Malaysia. 
Faizal Tahir bersama rakan artisnya ingin mengajak kita semua rakyat Malaysia sama-sama menyumbang idea dalam bentuk rakaman video untuk menyempurnakan lagu serta muzik video #bersatuTENAGA ini. Video tu hanya perlu 1 minit sahaja tau ! mudah sangat ok :D nak ajak kawan-kawan join sekali pun boleh macam Syira..hehee..Demi menyahut kempen #bersatuTENAGA ini, Syira pun nak kongsi video Syira bersama rakan. Jom tonton video kami..hehee..

video

Jom tengok video Syira melalui link di bawah--->


Apa yang best kalau join ?? kalau video anda terpilih, video anda berpeluang untuk ada dalam video klip mereka :D syokkan..
Hanya 3 langkah mudah sahaja untuk kita sama-sama memeriahkan kempen #bersatuTENAGA ini.

Pertama : 
Rakamkan video anda (nyanyi, menari atau apa sahaja) dalam durasi 1 minit sahaja.

Kedua: 
Upload di Instagram anda, pastikan public ok dan yang penting gunakan #bersatuTENAGA.

Ketiga : 
Ajak semua kenalan anda untuk sama-sama sertai dan menyokong kempen ini.


Ambil mood dulu jom sambil menonton video #bersatuTENAGA yang dikongsikan oleh Faizal Tahir, Elizabeth Tan dan Jaclyn Victor. Klik link di bawah ! :D

Faizal Tahir:

Elizabeth Tan:

Jaclyn Victor:



Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan kempen #bersatuTENAGA ini, korang boleh klik sahaja link di bawah:


Image result for #bersatutenaga
Salam kemerdekaan dan Selamat Hari Malaysia.
Ramai dah sertai tauuu ! Jom tunjukkan sokongan anda !


Wednesday, September 7, 2016

Shower Gel ECOWELL Organic Cosmetics.

Assalamualaikum
hye semua !!

Setiap kali nak berjalan jauh atau pergi camping ke mesti korang ada masalah nak bawa set mandian kan? Nak bawa yang besar and letak dalam bag rumit sebab ruang bag limited sangat. Tambah kalau student macam Syira ni, ada program jauh-jauh atau camping mesti nak cuba bawa barang sekecil yang boleh. Alaa..asalkan ada. Sebab kalau tak bawa nanti rasa tak lengkap pula.
Dulu pun Syira selalu fikir tentang ni tapi sekarang Syira dah ada penyelesaiannya :D

Syira nak perkenalkan Ecowell 's Bath Series travel set yang comel macam Syira ni...hehee!


Ecowell Organic Bath and Body Care Series ni didatangkan dengan empat jenis iaitu hair conditioner, shower gel, shampoo dan body lotion.
Produk ni Syira suka sebab ia menggunakan bahan-bahan organik :D memang elok sangat la. Barang pertama yang Syira cuba dulu dalam pack ini adalah shower gel. Kalau nak mandi mestilah shower gell yang akan dicari dulu kan, bagi wangi satu badan. Sampai orang jauh pun boleh bauuu..hehee..

Shower Gel ini 50ml. Kecil kan ? :D so memang mudah nak bawa ke mana sahaja.
Shower gel ini diperbuat daripada Organic Myrtus and Chamomile yang berfungsi untuk menyegarkan serta melembutkan kulit. Siapa yang tak suka kulit lembut-lembut ni. Bila pakai rasa soft je seperti kulit bayi gituu..Tambah yang ada suami, aish..suami sentuh je tak nak lepas :D

Bila pakai nanti ada bau vanilla and bau tu memang segar dan menyenangkan. Alaa..macam makan aiskrim vanilla :D kan syokkk tu..Rejuvenating Ecowell Organics Travel Essential Pack ini mudah dan disesuai dibawa kemana-mana sahaja tau! So siapa yang nak shower gel organik cepat-cepat cuba selagi stok masih ada :D

Syira perkenalkan satu-satu dulu nanti ada masa Syira sambung review yang lain pula..tunggu tauu! :D Kalau korang dah tak sabar nak beli and cuba sendiri, boleh dapakan melalui link di bawah :D


SiteGiant
http://www.nestore.biz/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-care-series

Lazada
http://www.lazada.com.my/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-careseries-12297593.html

Shopee
https://shopee.com.my/shop/7728479/

11street 
http://store.11street.my/nestore

FaceBook
https://www.facebook.com/ecowellorganics/



#travelset, #bathset, #30-Day Application, #Organic Bath and Body Care Collection, #ICEACertifiedOrganic, #Dermatologicallytested, #NormaltoOilySkin, #Eco-Friendly, #Travel-FriendlyPack, #bestseller, #ecowell, #naturalelixirs, #organicingredients,

Friday, September 2, 2016

Dapatkan #serenitysyiralokman di Ekspo Buku Islam ke-15 di Kuantan Parade Pahang

Assalamualaikum
hye semua !

Jom ke Ekspo Buku Islam ke-15 di Kuantan Parade Pahang !!

Orang Kuantan, Pahang, dan yang berdekatan boleh dapatkan buku-buku terbitan Komrad Buku dengan harga diskaun di Kuantan Parade sehingga hari Ahad ini. Cari reruai C09. Korang wajib serbu ok and dapatkan SERENITY !! Support la Syira sikit..hehee.. Jom dapatkan Serenity cetakan kedua ni tau !!



---------------------------------------------------------------------



Jom tengok review pembaca tentang buku Syira Lokman iaitu SERENITY :)







Terima kasih buat semua pembaca serenitysyiralokman ^_^ Alhamdulillah setakat ni belum ada lagi komen-komen negatif, semua super awesome punya komen, hehee...
buku pertama kan, risau juga Syira...hehee..
Buku ni kecil, ringan and mudah dibawa kemana-mana tau, senang je simpan dalam beg. Harga pun hanya RM20 ! Yang penting isinya padat :D Dah beli nanti, janga lupa hashtag ‪#‎serenitysyiralokman‬.

Share je komen-komen korang, boleh Syira perbaiki untuk buku seterusnya nanti :) Kalau ada cikgu-cikgu ke nak hadiahkan untuk student, bakal pengantin nak jadikan buku ni sebagai hadiah buat tetamu or sesiapa nak beli borong, boleh PM Syira Lokman di facebook or emel ---> syiralokman@yahoo.com.my :)


Facebook Komrad Buku : Komrad Buku
Instagram Komrad Buku : @komradbuku


Jom ke Ekspo Buku Islam ke-14 di Kuantan Parade Pahang !!
Cari reruai C09 ok ! :D


## Syira nasihatkan if korang beli di kedai buku, better tanya terus di kaunter, ada sesetengah bookstores dan habis stok ya. Nanti sian pula korang penat-penat cari tapi tak jumpa.. ^_^ semoga buku ini menjadi inspirasi buat semua ^_^ sebarkan yang baik baik oke!! Syira harap sangat buku ni bermanfaat buat semua ! 

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah