Sunday, September 17, 2017

PERKHIDMATAN SESI KAUNSELING SECARA PERCUMA.

Assalamualaikum ^_^
Hai semua !

Syira sedang mencari klien yang berminat untuk mengikuti khidmat sesi kaunseling PERCUMA bagi memenuhi tuntutan tugasan Syira sebagai seorang pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya.


Perkhidmatan yang disediakan :
  • Kaunseling Individu.
  • Kaunseling Kelompok.
  • Ujian Minat Kerjaya. 
  • Ujian Saringan Kesihatan Mental.
________________________________________
  1. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkemudahan untuk ke Universiti Malaya/pelajar/staff Universiti Malaya.
  2. Tiada had umur dan terbuka kepada semua bangsa/agama/jantina.
  3. Masa fleksibel (atas persetujuan bersama).

Sekiranya anda mempunyai isu/konflik berkaitan perhubungan, pelajaran, pengurusan masa dan sebagainya serta memerlukan seseorang untuk mendengar dan membantu, jangan segan cari Syira ya. Sesi dijalankan di Universiti Malaya. Tiada bayaran dikenakan.

Siapa berminat ? :D 
Hubungi Syira segera ya !

🔹Whatsapp : 013 4006121
🔹Emel : syiralokman21@yahoo.com.my
🔹PM facebook : Wan Syahirah
🔹DM instagram - syira_lokman

WAN SYAHIRAH BINTI MIOR LOKMAN @ SYIRA LOKMAN
Kaunselor Pelatih,
Universiti Malaya.


# Segala perkongsian dan maklumat anda tertakluk kepada etika kerahsiaan. 
Mohon 'share' untuk membantu saya. 
Terima kasih ^_^

Thursday, September 7, 2017

OOTD # Pastel in Grey

Assalamualaikum
hai semua :)


Doa itu pergi dan akan kembali.
Pergi kepada Allah dan kembali kepada kita.

Doa dan luah pada Dia kerana doa itu akan membawa "hadiah" buat kita nanti.
Andai tak dapat yang diminta pasti diberi yang lebih sempurna kerana perancangan Allah tidak pernah sia-sia.

Tuesday, September 5, 2017

Review buku motivasi Serenity dan Fragile Syira Lokman.

Assalamualaikum.
Hye semua !

Rupanya masih ada yang belum tahu Syira dah hasilkan 2 buku motivasi. Ya korang, dah 2 dah. Ni bukan novel tau tapi buku motivasi untuk bacaan umum. Kalau sesiapa yang nak tengok review pembaca, meh sini Syira kongsikan sebahagian komen-komen pembaca Serenity dan Fragile. Lepas baca silalah beli ya ^_^ Kata support Syira kan :P
No automatic alt text available.


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.




Kalau korang pergi mana-mana bookstore, better korang tanya terus di kaunter, so mudah, diorang akan beritahu kat rak mana atau paling best, diorang yang carikan.
Tapi kalau korang nak buku dipos terus ke rumah, lagi mudah..whatsapp je 0162093151 (KOMRAD BUKU)

 Taip : TAJUK/KOD BUKU <jarak> KUANTITI <jarak> NAMA PENUH <jarak> ALAMAT 

Korang juga boleh order secara online di https://bookcafe.com.my/ atau http://www.mustread.com.my/home/





Cara mendapatkan buku FRAGILE & SERENITY :
  1. Syira Lokman (fb) (bertandatangan-limited)
  2. Komradbuku
  3. Kinokuniya
  4. Bookcafe.com
  5. Must Read
  6. Mph bookstore
  7. Popular bookstore
  8. Kedai-kedai buku berhampiran anda.
  9. Online seller

korang boleh search #serenitysyiralokman serta #fragilesyiralokman di facebook dan instagram untuk lihat lebih banyak review ! Serenity dah masuk cetakan kedua tau. Semoga Fragile pun laku keras selalu la :D
Nak tengok review berkaitan Serenity dan Fragile di blog ni boleh tengok post yang lama ya.

Terima kasih semua yang mendoakan dan baik hati selalu support Syira.
Semoga hidup diberkati dan sentiasa murah rezeki :)

Dah beli jangan lupa tag dan hashtag #fragilesyiralokman dan #serenitysyiralokman di facebook, twitter, blog dan instagram oke !

Email : syiralokman21@yahoo.com.my


Monday, September 4, 2017

Kehidupan sebagai pelajar Kaunseling Tahun 3.

Assalamualaikum
hye semua !

Mesti ramai yang tertanya-tanya Syira ni dah berhenti menulis blog ke ? Dah lama Syira tak update apa-apa. Hahaa..sebenarnya Syira masih lagi setia dengan blog ni, cuma agak susah nak update sebab wifi tak ada kat rumah. Bila dekat kolej, wifi ada tapi mood nak update pula takde. Berhabuk la blog ni jadinya. tapi tak lama pun, sekarang Syira muncul kembali :D

Kalau sebelum ni Syira ada kongsikan cerita sebagai pelajar tahun 1 dan 2, kali ni, Syira nak kongsi pengalaman dan kehidupan sebagai pelajar tahun tiga kaunseling. Mana yang baik boleh dijadikan panduan, yang tak elok tu jangan ikut ye adik abang kakak. :)

Image may contain: one or more people and outdoor

Alhamdulillah, seminggu je lagi Syira akan kembali ke UM dan bergelar final year student. Kejap je rasa, dah masuk tahun akhir.

Untuk tahun ketiga, banyak kenangan pahit manis untuk dikenang, namun Syira bersyukur sebab masih bertahan..hehe..Tahun ketiga ni, Syira diberi tanggungjawab besar. Kalau sebelum ni, Syira banyak terlibat sebagai AJK untuk sesuatu program, tapi untuk tahun 3 ni Syira memikul tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Persatuan Kaunseling Universiti Malaya. Bukan mudah untuk mengetuai persatuan di peringkat universiti tapi Syira gembira sebab sebanyak 11 aktiviti telah berjaya kami laksanakan dan bakal menyusul beberapa lagi aktiviti sebelum pimpinan sesi 2016/2017 berakhir November nanti.

Image may contain: 1 person, smiling
Selain daripada menjadi YDP Persatuan Kaunseling Universiti Malaya, Syira juga menyertai beberapa aktiviti di peringkat kolej dan universiti sepanjang bergelar pelajar tahun tiga Kaunseling. 

Antaranya ialah :
  • Penolong Pengarah Biro Makanan Hari Terbuka Kaunseling UM. 
  • Biro Tajaan dan Sukarelawan Surau Hunters SEKRUM. 
  • AJK Biro Tugas-tugas Khas UM Women Empowerment Week 
  • AJK Biro Aktiviti Astar Caring Team. 
  • AJK Biro Tugas-tugas Khas Kelab Penyokong ASTAR. 
  • AJK Makanan Program SIMP di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. 
  • AJK Majlis Makan Malam International Conference on Counseling and Psychology 2017. 
  • Menyertai lawatan ke Hospital Permai Johor. 
  • Menyertai Ceramah Pencegahan Dadah dari AADK. 
  • Menyertai persembahan Tarian Fairytale untuk Program Rentak Seni Budaya Anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak UM. 
  • Menyertai koir untuk Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2017. 
  • Menyertai koir untuk Majlis Makan Malam International Conference on Counseling and Psychology 2017. 
  • Menghadiri Asean Psychology Conference di Universitas Negeri Malang, Indonesia. 
  • Menyertai Art Therapy Workshop - Simply Blue. 
  • Menyertai Lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam. 
  • Membantu mengajar anak-anak di Pusat Komuniti Gombak Setia. 
  • Membantu mentadbir ujian kerjaya Holland keada pelajar fakulti undang-undang dan UMCCED. 

Banyak aktiviti yang Syira tak kongsikan dalam blog sebab kekangan masa. Tahun ketiga memang banyak program dan Syira juga perlu menyiapkan kajian ilmiah (tesis). Syira tak selalu share masalah di media sosial tapi Syira juga manusia sama macam orang lain. 2 minggu terakhir, ada problem dengan tesis, Syira sampai rasa nak gugur jantung. Allah je tahu macam mana Syira berdepan dengan masalah belajar dan masalah peribadi. Namun alhamdulillah, walaupun banyak cabaran nak siapkan tesis, tapi akhirnya selesai juga. Biarlah orang tertentu je tahu apa cabarannya sebab nak cerita pun sedih. Entah berapa kali cakap nak putus asa. Menangis sampai tak suka nak jumpa orang. Tapi nasib baik la masih terkawal.

Image may contain: 7 people, including Wan Syahirah, Dinesha Ramadas and Darsy Shazwani, people smiling

Sepanjang tahun 2017 ni, Syira juga masih menulis blog dan menerima job review. Alhamdulillah, kepala serabut nak siapkan assignment, tesis dan join program pun tapi masih ada masa untuk jenguk blog ni. Rezeki dari blog masih ada walaupun tak hebat macam orang lain. Terima kasih korang yang percaya dengan perkhidmatan Syira.

No automatic alt text available.

Ramai yang dah tahu, Syira juga ada menulis 2 buah buku motivasi iaitu Serenity dan Fragile. Dua-dua buku ni la menjadi kebanggaan Syira. Syira juga sempat menghadiri sesi bertemu penulis di Pesta Buku Antarabangsa PWTC beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah, sambutan terhadap buku motivasi Syira sangat baik. Buku motivasi pertama dan kedua Syira Serenity dan Fragile dah masuk carta laku keras dan menjadi best seller. Sekarang kedua-duanya dijual di semua rangkaian kedai buku seluruh Malaysia. Seronok sangat bila ramai mendapat manfaat dari apa yang Syira tulis dan kongsikan. So sekarang sedang gigih memerah otak mencari idea untuk menyiapkan manuskrip ketiga. Sebenarnya dah ada tapi belum lengkap, so Syira peram dulu la. Nak tulis dengan baik kena ada jiwa, baru apa yang ditulis sampai kepada pembaca..hehee..bagus tak alasan ? :P

Kehidupan Syira di universiti sama je macam tahun-tahun sebelumnya. Masih ada masa keluar dengan kawan-kawan, siap ajak kawan makan nasi kandar favourite Syira lagi..hahaa..Syira jarang keluar awal semester dan lebih suka keluar di hujung semester. Lebihan duit yang ada di hujung-hujung semester tu guna untuk "reward diri".

Selalu je ada yang tanya, macam mana nak bahagikan masa. Sebenarnya banyak je masa cuma kena pandai utamakan apa yang lebih penting. Selalunya kelas pagi dan petang setiap hari, kalau meeting persatuan atau program fakulti pula biasanya selit-selit je masa antara kelas tu. Meeting projek kolej malam dan Syira sertai program sukarelawan Surau Hunters anjuran Sekretariat Sukarelawan UM pula setiap pagi Sabtu. Nak siapkan manuskrip pula masa cuti semester. So, so far takde masalah sangat cuma kadang kala bila ada kerja tak siap tu memang kena korbankan sikit la masa. Masa tu cukup je sebenarnya cuma kita perlu utamakan mana yang lebih penting.

Tahun ketiga ni, banyak masalah melibatkan kawalan emosi yang teruk tapi alhamdulillah, Syira masih dapat mengekalkan pointer yang baik untuk sem 5 (3.95) dan 6 (3.57).
Image may contain: one or more people and people standing
Syira juga dapat 2 anugerah besar untuk tahun ketiga di Universiti Malaya ni iaitu Anugerah Khas Fakulti dan Anugerah Khas Pengetua (Kolej Kediaman Pertama). Tahun ketiga ni banyak kali dah pergi duduk tepi Tasik Varsiti Universiti Malaya tu, duduk la menangis malam-malam..hahhaa.

Walaupun tahun ketiga ni semakin berat ujian dan tekanan namun Syira masih berjaya harungi dengan baik. Ramai kawan dan pensyarah yang bantu bagi semangat. Semua ni takkan Syira capai tanpa bantuan dari orang sekeliling.
Bila ingat balik apa yang dah lalui, kita ni sebagai manusia sebenarnya kuat je cuma kita yang tidak pandai mengawal emosi dan bertenang dengan baik sebab tu kadang masalah kecil pun jadi besar kan.
Sedar tak sedar lagi seminggu je bakal bergelar pelajar tahun akhir dan memasuki dunia pekerjaan. Counselor to be ? insyaAllah :) Doakan yang baik-baik.

Kalau nak dicoretkan semua cerita sepanjang menjadi pelajar tahun ketiga kaunseling ni memang takkan habis. Syira share mana yang ingat je ni..hehee..Next sem Syira memerlukan ramai klien untuk sesi kaunseling individu dan kelompok secara PERCUMA dibuat di Universiti Malaya, sesiapa yang berminat boleh PM Syira atau emel ya ^_^

Syira suka berkongsi pengalaman di blog ni sebab Syira nak bantu orang lain. Syira banyak kongsi tips sejak STPM lagi dan Syira teruskan hingga sekarang sebab seronok bila ada yang emel atau PM nak tanya, minta tips belajar dan bantuan sebab diorang mula rasa lemah, give up. Ramai junior kaunseling sekarang pun selalu beritahu yang sebelum diorang pilih untuk masuk UM, diorang baca dari blog Syira. Tiada perkara yang lebih bahagia selain melihat orang lain gembira kan.

Sesiapa yang baca perkongsian Syira dalam blog ni dari zaman SPM, STPM dan Degree, pasti korang faham sejauh mana Syira cuba bangkit setelah berkali-kali jatuh. Syira juga ada kekurangan, unfinished business dan masalah yang buat diri hilang semangat, tak yakin diri. Tapi kalau kita lihat yang tak elok je, macam mana nak bangkit ? Allah uji ikut kemampuan umatNya dan ini yang kita harus ingat sampai bila-bila.

Dalam entry kehidupan sebagai pelajar tahun 2 sebelum ni, Syira dah kongsikan tips untuk dapatkan pointer tinggi. Kali ni Syira just nak share beberapa kata-kata yang menguatkan Syira hingga berjaya ke tahap ini.
  • Pastikan usaha kita seiring matlamat dan jangan berusaha dengan perkara yang salah (tiru time exam, orang lain buatkan kerja, tak datang kelas tapi minta kawan tandatangan kehadiran). Hidup ini tentang KEBERKATAN. :) 
  • Kadang-kadang Syira rasa penat and nak give up juga tapi setiap kali nak giveup Syira akan tanya diri Syira sendiri "kenapa Syira bermula and kenapa nak buang semua manfaat yang dah ada demi rasa penat yang sementara".. so lama-lama terus jadi tak give up..hehee... 
  • Doa banyak-banyak dengan Allah..Yakin je dengan Allah, itu akan buat kita kuat ! 
  • Syira selalu pesan pada diri jangan ponteng kelas selalu dan jangan tangguh kerja. 
  • Ikhlaskan hati. Apabila kita ikhlas dengan semua ujian yang menimpa, kita akan dapat melihat hikmah yang Allah ingin tunjukkan kepada kita. 
  • Failure will never overtake me if my determination to succeed is strong enough.It does not matter how slowly you go as long as you do not stop. Manusia akan jatuh, manusia akan diuji tetapi Allah tak pernah cakap yang manusia tak boleh kembali bangkit..betul kan ? Yakin, yakin, yakin. Allah ada dengan kita :) 

Image result for life quotes
Terima kasih semua orang atas bantuan dan doa !

Terima kasih sangat-sangat, semoga korang berjaya dunia akhirat ! Banyak sangat benda yang menyakitkan jadi tahun ni tapi korang la yang selalu buat Syira kuat. Teringat je nangis, teringat je nangis. Lemah betul kan. Syira taknak cerita yang pahit tu sebab akan menghantui..hahaa. Nanti kalau Syira baca je nangis, lagi susah kan.

Takpe la, bila kita diuji, ingat semula rezeki yang Allah dah curahkan. Syukur dan yakin dengan Allah. InsyaAllah lama-lama kita akan nampak hikmah dan bangkit kembali.
Orang sekeliling banyak bantu. Banyak sangat sampai tak mampu nak balas.
Tanpa korang, Syira sangat lemah. Doakan Syira tamat pengajian dengan cemerlang. Nangis tu biasa la…hehee..janji kita tak pernah putus asa..kan ?

If ada apa-apa pertanyaan or teguran boleh hubungi Syira melalui link di bawah :

Emel : syiralokman21@yahoo.com.my

## Maaf jika ada salah silap, mohon tegur Syira :) Kalau nak share tips pun boleh. Syira masih banyak benda perlu diperbaiki. Jumpa di next entry !

Entry berkaitan :
Tahun 1
Tahun 2