Saturday, February 10, 2018

PROMOSI BUKU MOTIVASI SERENITY & FRAGILE BY SYIRA LOKMAN

Assalamualaikum
hai semua !

Dah lama tak promote buku sendiri. Kali ni ada berita baik untuk korang :D selalu nak beli buku tak cukup duit kan ? tak apa, kali ni Komrad Buku buat PROMOSI ISTIMEWA diskaun 30% sehingga 16 Februari 2018 :D

Belian melalui website, diskaun 30% (8 hari saja).

Belian melalui WhatsApp, diskaun 15%

No automatic alt text available.

Apa tunggu lagi ?
Promosi ini SAH SEHINGGA 16 FEBRUARI 2018 SAHAJA !!

# Nak tengok review klik > review-buku-motivasi or search #serenitysyiralokman & #fragilesyiralokman

Saturday, February 3, 2018

Resepi Agar-agar Susu

Assalamualaikum
hai semua !

Resepi mudah kali ini yang Syira nak kongsikan ialah Agar-agar Susu. Agar-agar susu ni cantik. Itu yang buatkan Syira nak try..hehee..Buat agar-agar ni mudah, resepi yang sama je kita guna, lepas tu kita adjust perasa, warna, filling dan topping ikut suka :)


Bahan-Bahan :

1/2 paket agar-agar bertali
1/2 tin susu cair
1 cawan kecil susu pekat
2 cawan kecil air
5 sudu gula
sumi jelly
buah strawberry
nata de coco (perisa laici)

Cara-Cara :
  1. Masak air bersama agar-agar sehingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair, susu pekat dan gula, kacau sebati dan masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
  3. Kacau sebati dan biarkan dahulu dalam periuk.
  4. Tuang agar-agar susu kedalam loyang.
  5. Masukkan sumi jelly, nata de coco mengikut kesukaan anda.
  6. Sejukkan dalam peti ais selama 10 minit kemudian keluarkan dan taburkan strawberry yang telah dipotong.
  7. Masukkan semula loyang ke dalam peti ais dan sejukkan sebelum dimakan.


Selamat Mencuba ! ..hehe..

Thursday, February 1, 2018

Resepi Gulai Ayam Minang

Assalammualaikum
Hai semua !

Cuti sem macam ni memasak memang benda yang Syira suka buat. Setiap kali nak balik rumah, Syira dah listkan makanan yang nak dimasak.
Ada je makanan yang teringin, mesti masak. So kali ni Syira nak share resepi Masakan Minang iaitu Gulai Ayam Minang.


Bahan-bahan :

4 ketul kepak ayam
1 inci lengkuas*
2 inci halia*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
2 biji bawang besar (sederhana besar)*
1 ulas bawang putih*
3 biji cili merah * (tambah cili padi sekiranya mahu pedas)
cili kering *
1 batang serai * (Syira tak letak sebab tak ada)
1 helai daun kunyit *
1 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 helai daun kunyit dihiris nipis
1 cawan kecil santan pekat
1 cawan kecil air
2 keping asam keping/gelugur
Lobak merah (dipotong dadu)
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara memasak :
  1. Kisar bahan-bahan bertanda * sehingga halus dan ditumis sehingga masak (kering airnya). 
  2. Masukkan lobak merah serta ayam dan biarkan mereneh sehingga air ayam tadi kering. 
  3. Tambahkan santan, garam, gula dan asam keping dan kacau sehingga mesra. 
  4. Kemudian tambahkan air dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan daun kunyit yang dihiris nipis bersama daun limau purut.
  6. Masak hingga semua bahan sebati dan SIAP ! :D
Selamat mencuba ! ..hehee..