Kebaikan
- Masa yang singkat jika dibanding dengan diploma.
 - Sijil STPM juga hampir setaraf diploma dan ada kelebihan jawatan jika memohon kerja.
 - Jimat kos kerana tempat belajar disekolah hampir dengan rumah. ( keadaan biasa )
 - Lebih senang bagi yang rajin dan pandai mengembangkan isi serta kreatif mengolah jawapan..kecuali aliran sains.
 - Boleh terus mohon Ijazah sarjana muda selepas tamat ting 6
 
Kelemahan
- Persekitaran yang biasa disekolah
 - Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan. ( tidak semua )
 
Matrikulasi
Kebaikan
- Untuk program satu tahun sudah tentu ia menjimatkan masa.
 - Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran ala universiti.
 - Banyak pilihan kursus yang boleh dipohon di Universiti kelak.
 - Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.
 
Kelemahan
- Lepas pengajian jika tidak mampu sambung universiti, sijil matrikulasi tidak boleh diguna..terpaksa guna sijil SPM untuk mohon kerja.
 - Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima.
 - Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.
 
Asasi di IPT
Kebaikan
- Selepas pengajian mudah dan senang ditawarkan terus ke ijazah ( universiti bekenaan shj, jika keputusan baik )
 - Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran universiti
 - Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.
 
Kelemahan
- Jika jauh dari tempat asal boleh meningkatkan kos hidup walaupun ada biasiswa.
 - Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima.
 - Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.
 - Kekangan masa.
 
Diploma
Kebaikan
- Selepas tamat akan dapat diploma yang boleh digunakan untuk memohon kerja.Gaji permulaan sekitar seribu lebih.
 - Persekitaran baru dan kemudahan universiti
 - Pembelajaran yang agak senang ( tidak semua ) kerana masa yang cukup.
 
Kelemahan
- Perlu buat pinjaman sekitar belasan ribu lebih untuk pengajian ( yang tidak mampu )
 - Tempoh masa 3 tahun lambat untuk ke ijazah jika berbanding dengan matrikulasi, asasi dan ting 6.
 
Kursus kemahiran
Kebaikan
- Belajar sesuatu kemahiran yang berharga dan tak ramai orang lain boleh buat.
 - Boleh digunakan serta sesuai untuk memulakan peniagaan
 - Peluang menjadi usahawan
 - Sesetengah pusat latihan memberikan elaun bulanan
 - Senang dapat kerja ( bukan pegawai, tidak memilih kerja )
 
Kelemahan
- Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan. ( tidak semua )
 - Kebanyakannya peringkat sijil dan perlu sambung ke peringkat seterusnya.