"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, May 27, 2016

Kehangatan Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2016.

Assalamualaikum
hye semua :)

Pada 13 Mei 2016 yang lalu telah berlangsungnya Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2016 !
 bertempat di Armada Hotel Petaling Jaya.
Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2016 adalah malam untuk meraikan para pelajar Kaunseling dan malam untuk mengeratkan hubungan yang utuh di antara mahasiswa dengan pensyarah serta Alumni (super senior).
*perghh perghhh perghhh..ayat buku sangat !! hahaa..




Tema dinner kali ni black, gold and silver :D macam biasa, Syira akan pakai dress and acah-acah princess sepanjang hari. Yang penting kena yakin baru nampak cantik je..hakhakk.. ni tips oke !



Tudung bawal leopard : booth, tesco
Blouse lace : tailor made (design by @syira_lokman).
Black sleeveless dress : RNRcollection
Gold clutch : kenanga mall (rembat mama punya :P)



Oke..jom bercerita tentang apa yang berlaku sepanjang majlis berlangsung pula.
Paling best makanan yang dihidangkan super sedap ! Syira dengan muka tak malu and tak cover ambil nasi,ayam,ikan,sayur,salad,kek,puding..ape lagi ape lagi ?? hahaha..semua yang ada di situ kte rembat sampai habis ! tapi still rasa tak puas makan sebabnya sepanjang majlis rasa nervous. Yela, dinner kali ni, kami pelajar tahun 2 yang kendalikan, so risau gimik jadi ke tak, majlis lancar ke tak tapi alhamdulillah semuanya baik and berjaya ! hehehe..tahniah TEAM MAKA 2016 ! :D seronok berkhidmat sebagai biro perhubungan luar yang bekerja di luar tugasan biro :P hehe..








sepanjang majlis haruslah bergambar sakan oke ! kenkonon dah lawa kan..bajet retis sana sini posing :P lari lari kejar pensyarah yang tiba tiba hot malam tu...rebut rebut semua nak bergambar dengan pensyarah.


Lagi 1 benda yang best adalah goodies bag !
dalam goodies bag tu ada shawl, cookies, air, keychain, buku and macam-macam lagi..printed shawl ada, instant shawl pun ada..
Dinner kali ni memang meriah dengan para sponsor hebat !



And again..Anugerah Dekan..alhamdulillah..nak bagi duit kat mama abah tiap bulan belum mampu, tapi bagi hadiah dekan ni tiap sem insyaAllah masih mampu..doakan je :)

Persembahan istimewa dari Wafa artis kebudayaan Universiti Malaya..serius Wafa comel sangat ! baju kembang macam barbie :D



Majlis malam tu kan, hadiah banyak sangat terutamanya untuk cabutan bertuah. kenkonon siap jampi nak bagi "terbertuah" no syira tapi ..tak dapet den nak nolong, totap bukan den yang monang..
takpe..rezeki orang lain kali ni..




Dinner kali ini tidak akan sehebat ini if takde sokongan dari para penaja ! banyak sangat yang sudi menaja kami tahun ni..terima kasih semua ! semoga dimurahkan rezeki ^_^
alhamdulillah diberi peluang untuk menjadi salah seorang dari ahli jawatankuasa dan hadiri majlis hebat ni...terima kasih semua yang terlibat !!
next year tema apa pula ?
nantikannn..hehehe..
kehidupan sebagai pelajar 2nd year kaunseling bakal berakhir, tunggu exam je 2 
wish me luck ! doakan ^_^
next year Syira jadi pelajar 3rd year ! *hemohemoo..
2 years to go ~~~



















15. Legacy Publication
16. Tanjak Pictura


Jangan serik nak sponsor...hehehe..jumpa lagi di Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni tahun depan :D semoga lebih meriah !!!


Thursday, May 26, 2016

#serenitysyiralokman di sudut PILIHAN TERBAIK!

Assalamualaikum
hye semua !!

Lamanyaaaa tak menaip dengan ikhlas...hahaa...yeayyy ! akhirnya semua assignment dah selesai and minggu depan minggu terakhir kuliah..
maknanya, lepas ni exam !! and sem depan jadi pelajar kaunseling tahun 3 pula..
tak tahu la nak sedih ke happy tapi rasa tenang sekarang :D
sebenarnya ni entry lama yang terperam..masih berfikir nak post ke tak and akhirnya Syira post la juga memandangkan mesti semua rindu nak baca blog ni kan ? hehehe 
*acah acah famous ~
Oke..ni tak ingat la bila tapi takpe, Syira cerita juga. Setelah sekian lama memerap dalam kawasan Universiti Malaya, Syira keluar juga dengan kawan-kawan semata-mata nak makan steamboat.
Nikmatnya bila kesibukan dapat ditepis :P
Masa ni kami makan steamboat di Sunway Pyramid then terus ke Taman Tasik KL :D
lama tak pergi sini, banyak tempat makin cantik rupanyaaa. Siap ada rumah buluh yang comel sangat !


Sampai je taman, misi memenuhkan kamera Aja Mashat bermula :D hehe..sian..asyik-asyik kamera Aja jadi mangsa. Phone Oppo kan, selfie selfieee..ooooooo ~~ selfie, selfie...heehe

   
And masa dekat Sunway tu, excited ajak kawan ke Popular Bookstore. Kononnya nak tengok buku sendiri di rak. Masuk je Popular terus nampak buku #serenitysyiralokman di sudut PILIHAN TERBAIK :D masa tu hanya tinggal 5 naskhah. Allah..rezeki lagi.
dulu asyik tengok buku orang lain je, sekarang nampak buku sendiri !

 So dengan menggunakan kamera Aja Mashat lagi, kami bergambar bersama buku !
..hehehe..baiknya korang, siap beli lagi buku serenity :D terima kasih Maisarah, Fikri, Aja and Farah sebab selalu support !


 Ramai bagi feedback positif and buku Serenity dah masuk cetakan kedua pun..
semoga buku ini menjadi inspirasi buat semua oke ! Yang dah beli jangan lupa tag gambar dengan hashtag #serenitysyiralokman.
Lepas ni if sesiapa nak dapatkan buku serenity, boleh dapatkan melalui : 

Order online:
-> WhatsApp 016 209 3151

JGN LUPA HASHTAG #serenitysyiralokman 

Tajuk: Serenity
Penulis: Syira Lokman
Penerbit: Komrad Buku
Harga: RM20 *tidak termasuk postage

Jom dapatkan buku motivasi santai gaya puisi dan monolog hati _SERENITY BY SYIRA LOKMAN_ follow @komradbuku @komradbuku @komradbuku

Confirm tak menyesal baca :D


Monday, May 23, 2016

Happy Birthday Syira Lokman.

Assalamualaikum
hye semua :)

21 MEI 1994 - 21 MEI 2016. 
22 TAHUN.


I look at myself and still feel like a little girl even though I am 22 y/o.
hmm..tak tahu nak tulis apa, tapi selalu tak puas kalau tulis pendek2..hehhe..
Minta maaf #blogsyiralokman sebab dah lama tak update. 
2 minggu sebelum exam ni perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Cepatnya masa berlalu. 
Lepas ni jadi pelajar tahun 3 #seniorkaunseling. Tunggu Syira cuti ye, nanti nak update blog banyak-banyak :D
Semoga makin gigih berusaha, positif, yakin yang rezeki manusia berbeza and hikmah Allah hebat kalau kita faham and terima :)
Harap-harap amalan juga bertambah seiring usia.
Ramai yang teruja nak jadi macam Syira Lokman. Bagus ada impian :) tapi..
"kalau nak jadi syira lokman, kena lalui hidup sebagai wan syahirah" :)
Yes, orang yang sama tapi kisahnya berbeza :)
Kalau kita percaya aturan Allah. Kita akan nampak macam-macam hikmah.
Sakit macam mana pun, Allah takkan biar hamba dia merana sorang-sorang.

Terima kasih buat semua yang wish and mendoakan kebaikan buat Syira.
Terima kasih support#serenitysyiralokman sampai jadi best seller.
Terima kasih support #blogsyiralokman,@butterflysyiralokman :) Terima kasih semua org yang setia saat jatuh bangun.

Terima kasih semua yang mendoakan.. semoga semua murah rezeki ^_^
Syira sampai ke tahap ini pun disebabkan korang !
tak mudah sebenarnya tapi Syira yakin ...
Akan ada jalan buat mereka yang berusaha .
Akan ada rezeki buat mereka yang bersungguh sungguh ingin mendapatkannya
dan
Akan ada kejayaan buat insan yang berjuang kerana Tuhannya.
Semoga kita sama2 berjaya dunia akhirat :)

yeayy..alhamdulillah..tq Allah ! i'm 22 ^_^



Monday, May 16, 2016

BUKU SERENITY SYIRA LOKMAN DI CARTA LAKU KERAS POPULAR.

Assalamualaikum :)
hye semua !


Mac 2016 yang lalu, #serenitysyiralokman berjaya menembusi carta buku LAKU KERAS di POPULAR BOOKSTORE bagi kategori buku motivasi dan kini walaupun baru +- 4 bulan di pasaran, buku Serenity sedang dalam cetakan ke2 !! 

TERIMA KASIH SEMUA !! Tak pernah terfikir pun akan berjaya terbitkan buku solo di usia 21 tahun. Bila dapat tahu diterima penerbit, excited sangattt tapi still tertanya tanya 
"ada ke org nak beli buku aku"..
"kalau tak laku nanti mcm mana?" 
Tapi bila dapat tahu ramai suka dgn hasil buku ni and menantikan buku terbaru dari Syira..rasanya mcm mimpi :) Bila tgk buku sendiri di rak kedai kedai buku and senarai ejen buku serenity semakin meningkat..Allah..hebat perancanganMu !

Bila kita yakin dgn rezeki and lawan perasaan yg buat kita was was tu, you know what ? miracle will happen :D
Syukur sangat ! thank you semua !! Ramai bagi feedback positif and tunggu buku ke2..hehehe..buku ke2 next year mungkin, doakan je !! :)
semoga buku ini menjadi inspirasi buat semua oke !
Nak buku dipos terus ke rumah anda ??? 

Order online:
-> WhatsApp 016 209 3151

JGN LUPA HASHTAG #serenitysyiralokman 

Tajuk: Serenity
Penulis: Syira Lokman
Penerbit: Komrad Buku
Harga: RM20 *tidak termasuk postage

Jom dapatkan buku motivasi santai gaya puisi dan monolog hati _SERENITY BY SYIRA LOKMAN_ follow @komradbuku @komradbuku @komradbuku



Wednesday, May 4, 2016

SERENITY Syira Lokman di PBAKL, MAEPS !

Assalamualaikum
hye semua :)

[SERENITY by Syira Lokman di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, MAEPS, Serdang.]

Kat booth mana nak cari buku2 terbitan Komrad di PBAKL, MAEPS ni???

Jawapan:


1. Galeri Buku Syabab 
Dewan A2
Lot A2228, A2229, A2230
(depan booth Gerak Budaya)

2. Maghfirah/Humaira 
Dewan C
Lot C1193-C1202

3. Kedai Buku 1Malaysia (KB1M)
Dewan C
Lot C1054, C1055, C1059, C1060

4. Stormreaders
Dewan C
Lot C1153, C1154, C1158, C1159

5. Popular
Dewan C

6. Sahabatenuur
hall A, booth A3056

7. Sahabat Indie Islamic
Dewan A
Lot A3056


Stok terhad. Siapa cepat, dia dapat. :D

Anda juga boleh dapatkan buku SERENITY melalui :

1. Komrad Buku
2. Butik Zmar Apparel Shoppe, Alam Avenue, Shah Alam.
3. Bookcafe.com
4. Buku Halal
5. Ejen-ejen komrad
6. Kinokuniya
7. Mph bookstore
8. Popular bookstore
9. Kedai-kedai buku berhampiran anda.
10. Online seller.




Facebook Komrad Buku : Komrad Buku

Instagram Komrad Buku : @komradbuku










Terima kasih semua yang mendoakan. Semoga hidup diberkati dan sentiasa murah rezeki :)
Dah beli jangan lupa tag dan hashtag #serenitysyiralokman di facebook, twitter, blog dan instagram oke !


Email : syiralokman21@yahoo.com.my

WhatsApp 016 209 3151

Dapatkan #serenitysyiralokman di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS!
MASUK ADALAH PERCUMA! 29 April 2016 hingga Isnin, 9 Mei 2016. 
Isnin - Khamis (10 pagi - 7 mlm) | Jumat - Ahad & Cuti Umum (10 pagi - 9 mlm)


#serenitysyiralokman #komradbuku #blogsyiralokman #supportsyiralokman #bukusyiralokman #serenity ‪#‎PBAKL‬ ‪#‎PBAKL2016‬ ‪#‎BB1M‬ #reviewserenity

SEMOGA BERMANFAAT ^_^

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah