Sunday, April 30, 2017

Sesi bersama Syira Lokman di PBAKL 2017 !

Assalamualaikum..
hai semua !

Setiap hari ramai yang update kemeriahan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur and Syira masih lagi belum berkesempatan untuk turun.
Dengar cerita, hari pertama sahaja semua buku-buku terbitan Komrad Buku laris sampai ada yang beli borong :D
Alhamdulillah, permulaan hari yang baik, semoga makin laku keras !
Untuk pengetahuan korang, setiap hari akan ada promosi "Book of the Day" tau. Buku Fragile & Serenity hanya RM15 pada 3 Mei nanti. So boleh la korang beli borong buat hadiah untuk yang tersayang :)
Kadang kala, ada sesuatu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, so buku Syira boleh dijadikan medium untuk korang sampaikan apa yang tersirat di hati tu.. ececee..macam bagi surat cinta pula :P


Untuk semua pembaca dan penyokong buku motivasi Fragile dan Serenity, Syira nak ucap terima kasih sebab support Syira sampai buku-buku Syira masuk carta laku keras and diulang cetak. 
Demi korang, Syira akan turun ke PBAKL 2017 pada 7 Mei. Sesi bersama Syira bermula 12pm hingga 1 pm ^_^ Jom datang bawa kawan, keluarga ! Bawa buku ya, boleh dapat tandatangan and selfie dengan Syira :) Jangan lupa hashtag #serenitysyiralokman dan #fragilesyiralokman.

No automatic alt text available.

MASUK PERCUMA !!!!

Tarikh :
28 April - 07 Mei 2017

Masa : Isnin - Khamis (10 pagi - 7 malam) |
Jumaat - Ahad & Umum (10 pagi - 9 malam)

Facebook:

Web:


## Jumpa anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 ! :D

Thursday, April 27, 2017

Buku Serenity dan Fragile Syira Lokman di PBAKL 2017.

Assalamualaikum, hai semua !

Punyalah sibuk sampai lama tak update blog. Hari ni demam pun gigih juga menaip.
Hye korang :D Rindu Syira tak ? baik korang jawab rindu ! 
Kalau tak bertahun la Syira tak nak update blog :P hehee..
Esok PBAKL dah mula guys ! Rasa cepat je masa berlalu.
Esok korang dah boleh mula serbu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC :D
Banyak buku-buku menarik yang korang boleh beli dengan harga diskaun !
Yang paling penting korang wajib beli buku Syira, Fragile & Serenity di L019, (booth Komrad Buku) Legar Putra, PWTC.




Pesta Buku Antarabangsa ini berlangsung dari 28 April hingga 7 mei 2017 !
Jangan lepaskan peluang berjumpa penulis kesayangan korang. Kalau nak jumpa Syira tunggu 7 mei 2017 nanti tau. Save the Date !
Minta maaf lama tak layan blog, doakan semua urusan dipermudah ya..nanti cuti semester Syira share story banyak-banyak dengan korang insyaAllah. :)


Terima kasih semua pembaca dan penyokong buku motivasi Fragile dan Serenity, nanti datang PBAKL bawa buku ya, boleh dapat tandatangan and selfie dengan Syira :)

MASUK PERCUMA !!!!

Tarikh :
28 April - 07 Mei 2017

Masa : Isnin - Khamis (10 pagi - 7 malam) |
Jumaat - Ahad & Umum (10 pagi - 9 malam)

Facebook:

Web:


## Jumpa anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 ! :D

#fragilesyiralokman #serenitysyiralokman #blogsyiralokman #komradiscoming #PBAKL2017 #KomradBuku