Tuesday, January 28, 2014

Islam itu Ganjil ?

Assalamualaikum
hye semua !

Untuk yang sedang berubah atau mahu berubah, kuatkan hati :)
Andai perubahanmu dilihat ganjil, biarkan :)

Rasulullah s.a.w bersabda: Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil. (H.R. Muslim)

Macam2 dan jadi sekarang. 
Semua itu petunjuk,untuk apa? supaya kita dekatkan diri dengan Allah.
Realiti yang sgt2 dekat dengan kita semua, semakin maju kita ke hadapan semakin kita leka dalam menilai apa yang sedang mengaburi mata kita.

Contoh paling mudah, pakaian wanita.
Apabila ada yang berpakaian mengikut apa yang disyariatkan dipandang ganjil, tidak tahu berfesyen, khemah bergerak. 
Tetapi hakikatnya betapa beruntungnya mereka yang ganjil ini. 
Kita mahu nampak cantik tetapi kita lupa untuk kembali kepada apa erti kecantikan sebenar seorang wanita. 
Berfesyen tak salah, tapi jangan jadi hamba fesyen. Mengikut arus kemodenan tidak bermakna harus bertelanjang walaupun sudah berbalut. 
Memakai jubah, baju kurung dianggap tidak sesuai untuk ke Mall atau berjalan jalan.
Jadi apa yang sesuai?

Biar kita pelik di mata manusia tapi tidak dimata DIA. 
Sentiasa ingat, majoriti tidak semestinya benar.
Jangan kita raih redha manusia hingga lupa manusia itu sendiri juga seorang hamba seperti kita. :)
Tetapkan semula niat :)


Andai apabila kamu menutup aurat dan ada pandangan pelik terhadapmu
Biarkan
Andai ada yang memerli
Lupakan
Andai ada yang makin menjauh
Doakan
Mereka masih tidak mengerti
Tujuan kau ubah diri
Tetapkan hati supaya kau berjaya menjadi bunga Ilahi :)

Jangan takut untuk menolak sesuatu yang tidak diredhai Allah.
Biarpun ia menjadi kebiasaan & diterima dunia, andai Allah kata tidak boleh,tetap tidak boleh


##Sesuatu yang ingin Syira ingatkan kepada wanita :)

Ramai yang nak kurus..
boleh..atas faktor kesihatan tak apa, check semula niat..andai nak kurus dengan tujuan supaya dapat pakai pakaian yang menampakkan tubuh anda slim or memakai skinny jeans..lupakan :)
*istiqamah.

14 comments:

  1. perlahan2 kita berubah ke arah yang lebih baik...

    ReplyDelete
  2. nice sharing dear.. elok lah kita pakai tertutup, tak de meliar pandangan kaum lelaki ni..

    ReplyDelete
  3. Allahu Rabbi..pkongsian sngat bmafaat.. untunglah yg ganjil tu.. In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  4. peringatan yang bagus :) may Allah bless you Aamiin :)

    ReplyDelete
  5. we here not to please people, but to please Allah...

    ReplyDelete
  6. Nice sharing perkongsian yang menarik , semuanyaa bergantung pada niat.

    yg bab kurus tuu.

    love yr blog simpleee tapi cantik! :')

    ReplyDelete
  7. biar ganjil dimata manusia asalkan indah pada pandangan Allah

    ReplyDelete
  8. yang penting betulkan niat dan menutup aurat dengan sempurna :)

    ReplyDelete
  9. yang penting betulkan niat dan menutup aurat dengan sempurna :)

    ReplyDelete
  10. betul tu..niat kne betul..buat apa pun kerana Allah :)

    terima kasih semua...tinggalkan link di page syira..lebih mudah nak follow balik ^_^

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)