Thursday, January 16, 2014

Tips : Kulit Muka Lembut & Cerah.

Assalamualaikum
hye semua !

Siapa yang selalu amalkan petua untuk cantik ?
Ni Syira nak share sikit petua macam mana nak bagi kulit muka lembut dan cerah.

Petua 1. 

Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.

Petua 2. 

Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.


Petua 3. 

Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.


Petua 4. 

Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Petua 5

Pakai bedak sejuk pada malam hari setiap hari.


Petua ni Syira tak pernah try lagi, kecuali yang pakai bedak sejuk tu.
Kalau rasa nak kulit lembut lembut macan donut, boleh la cuba petua ni ! :D
InsyaAllah kulit akan menjadi semakin lembut dan cantik.
Tapi  jangan le kome try sekali dah nak tengok hasil..kena la buat banyak kali..istiqamah katanya..baru menjadi :)
selamat mencuba !!


15 comments:

  1. dulu kita pernah try yang petua no 1 tuh tp skrg ni bila bz, dah stop buat dah hehe btw tq for the tips! :D

    ReplyDelete
  2. hee. Petua. Hehe . adik saya dia kisar tomato and letak kat muka . X tahu lah dia amik petua dari mana >.< Saya pon belum lagi bagi hadiah kat pemenang nih . haih =.=

    ReplyDelete
  3. celah mana laaa nak carik cempaka & meloq tuu...hehehehe...tp akak setiap mlm tepek timun jaa kt mata...sejokkk jee....

    ReplyDelete
  4. petua nombor satu dan lima je aku pnh try.

    ReplyDelete
  5. Tumpang lalu......Ni entri pompuan kut...

    ReplyDelete
  6. tradisional punya ptua mmg tbaik!!! huhuhu.... tapi xpela.. bleh ajar isteri nnati..kui2

    ReplyDelete
  7. Petua2 tradisonal ni kan. Mak2 kita dulu kulit diorang licin kan, kita ni la yg jerawat sana sini, hihi

    ReplyDelete
  8. senang je bahan dia. tapi, nak istiqamah tu payah.. hhehe

    ReplyDelete
  9. kena rajin niiih. kalau nina.. erk. hehe. sehari dua boleh la kot. huuu

    ReplyDelete
  10. banyaknya komen..maaf lambat reply yeee :) hehee..tu la..syira pun maleh beno nak jaga muka ni..kalau teringat je buat..hehe...kne istiqamah la lepas ni

    ReplyDelete
  11. putih telur memang saya selalu amalkan sebagai scrub , campurkan dengan bahan lain sama contohnya gula perang organic.hehe scrub satu minggu sekali. memang berkesan insyaallah..ngee

    ReplyDelete
  12. good idea, dah lama x pakai bedak sejuk :)

    ReplyDelete
  13. lola : waaa...mesti lawa muka ni kan :D

    ReplyDelete
  14. Hm, mau try la pakai bedak sejuk. Mau kulit lembut juga.. ^^ Thanks for sharing..

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)