Monday, March 10, 2014

Puisi- MH370 Pulanglah !

Assalamualaikum
hye semua !



MH370
Kau pergi hilang dalam kegelapan,
Kau tinggal tanpa pesan,
Kau lenyap dalam jernihan awan,
Kau sepi menghilangkan tanda amaran.

MH370
1 bahteramu menampung beratus nyawa,
1 bahteramu membawa ratusan manusia,
1 bahteramu menjaga pelbagai usia,
Tapi mana pergi semuanya?

MH370
Kau melayar angkasa ciptaan,
Tapi lenyapmu dari pandangan mengubah jiwa insan,
Misterimu menjadi persoalan,
Sedih, resah tertimbus dalam kesedihan,
Ditambun dengan rimbunan hujahan,
Spekulasi dunia menambah tangisan.

Buat insan dunia,
Hormatlah !
Hormatlah hati yang resah menunggu perkhabaran keluarga dan rakan,
Bisukan kata kata yang menambah keresahan,
Tak perlu ditembak hati mereka dengan persoalan,
Tak perlu lontarkan persepsi yang kau ciptakan,
Berbeza jiwa namun darah yang sama mengalir dalam naluri insan,
Kesedihan mereka sakit dari apa yang kita rasakan.

Insan dunia,
Cukuplah kau curahkan kesakitan,
Alunkan doa doa bukan sekadar kata kosong yang ditekan,
Sabarlah !
Pasti akan hadir kebenaran,
Pasti akan ada keajaiban.

MH370
Hanya doa boleh mengukir kembali senyuman,
Biarlah segala tohmahan,
Hiraukan jiwa manusia yang sibuk mencari kesalahan,
Sabarlah !
Masih ada jiwa yang berdoa penuh pengharapan..

MH370
Pulanglah !
Pulanglah !
Dunia ini perlukan insan insan bukan berita sedih yang mengecewakan badan,
Pulanglah dengan misteri kegembiraan,
Alirkan semula tangisan cinta bukan lagi kesedihan.

Ya Allah,
Leraikan segala tanggapan,
Hapuskanlah juntaian air mata kesedihan,
Simpulkanlah kenyataan kebenaran,
Agar tiada lagi yang fikir bukan-bukan,
Agar tiada jiwa yang merana kesakitan.

Percayalah dengan janji Tuhan,
Utuskan doa sekuat harapan,
Dunia menunggu detik kepulangan,
Bersedia menerima ketentuan Tuhan.

Nukilan : Syira Lokman@Wan Syahirah
11:37 pm / Isnin
10/3/2014

9 comments:

  1. sama²lah kita berdoa agar keselamatan para penumpang & anak kapal terpelihara...amin..

    ReplyDelete
  2. Wahh pandai Syira ukirkan puisi ..
    Akk takder masa nak buat sibuk sikit sekarang nie...

    ReplyDelete
  3. berbakat syira ni.
    kak ita dah buat kek yg cantik.
    semoga ada berita baik MH370.

    ReplyDelete
  4. Berat mata mmandang berat lg bahu yg mmikul. .semoga mh370 dapat d temui segera. .~ ~

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)