Assalamualaikum
hye semua !
Hari ni terbaca sesuatu di Hilal-AsyrafOfficial.
Sesuatu yang amat sesuai dengan jiwa, sesuatu yang cuba diluahkan pada jiwa2 yang menganggap diri ini cukup sempurna.
Sudah lama ingin aku cuba sampaikan.
Sesuatu yang amat sesuai dengan jiwa, sesuatu yang cuba diluahkan pada jiwa2 yang menganggap diri ini cukup sempurna.
Sudah lama ingin aku cuba sampaikan.
Ada sesuatu yang perlu kalian tahu ~
Kadang nak tulis benda baik-baik ini,
nak ajak manusia ke arah kebaikan ini,
kita malu dengan Allah SWT Yang Maha Tahu,
akan dosa-dosa kita yang tersembunyi dari mata insani.
Namun tulis benda baik-baik itu sendiri adalah sebuah kebaikan,
dengan niat untuk memperingatkan diri sendiri terutamanya.
Kita jauhi keseronokan mendapat like yang banyak, share yang bertali arus, komen positif yang menyentuh,
saban kali mendapat perkara sedemikian, kita melihat kembali aib diri yang telah Allah simpan.
"Malunya aku, tulis perkara baik, ramai respon positif, tetapi diri masih tak usaha keras untuk berubah."
Lantas kita bergerak melaksanakan perubahan kepada diri,
sedikit demi sedikit,
selangkah demi selangkah,
dengan sangka baik kepada Allah,
bahawa Dia tidak akan sesekali meninggalkan hambaNya yang tak mengaku kalah.
Moga dengan kita mencuci baju,
kuku kita yang kotor pun akan tercuci sama.
Itulah harapan pengajak kepada kebaikan,
bukan kerana dirinya sempurna.
Muhasabah.
SUMBER : Hilal-AsyrafOfficial
berubah nak jadi baik itu not a crime.. :D Ain't?
ReplyDeletePerbaiki diri setiap masa. In sha Allah. Muhasabah diri. :)
ReplyDeletebetul 2 apa yang dikatakan....
ReplyDeleteagree :)
ReplyDeletedengan setiap usaha, moga Allah redha..
ReplyDeleteSama sama kita muhasabah diri ..
ReplyDelete