Saturday, May 31, 2014

Hak-Hak Pengguna

Assalamualaikum
hye semua !

Photobucket

Kita semua adalah pengguna, tapi siapa je yang tahu hak kita sebagai pengguna ??
Masa Syira belajar Pengajian Perniagaan form6 ada juga cerita pasal hak pengguna ni..
ilmu yang amat berguna untuk kita..tapi tak semua peduli..
so hari ni Syira nak kongsikan hak kita sebagai pengguna :D

Hak untuk mendapat keperluan asas

Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan 
seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, 
kemudahan awam, air dan sanitasi.

Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat.

Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, 
proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

Hak untuk mendapatkan maklumat.

Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.
Hak untuk membuat pilihan

Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan 
perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

Hak untuk menyuarakan pendapat.

Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna 
mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

Hak untuk mendapat ganti rugi.

Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan 
bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Hak untuk mendapat pendidikan pengguna.

Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan 
bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam 
pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat.

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, 
sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?

  1. Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan tanda perniagaan.
  2. Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput.
  3. Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
  4. Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya.
  5. Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
  6. Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
  7. Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
  8. Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:



Oke ..faham ye anak2 semua ? hehe..
jom jadi pengguna yang bijak !

sumber : http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/

9 comments:

  1. Saya pernah g tribunal sekali.. kes kne betul2 kuat ngan bukti bru laju.

    ReplyDelete
  2. Yang ni ada belajar dlm KH haritu.. nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. info yang cukup berguna... thanks admin

    VIDEO: Cokelat Haram? Haram Mak Kau.. Kata Pondan Ini
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/05/video-cokelat-haram-haram-mak-kau-kata.html

    Emma Maembong Bidas Dakwaan Jadi Punca Zizan Razak Kalah
    http://syokbah.com/emma-maembong-bidas-dakwaan/

    ReplyDelete
  4. Nice info sis. Yup, the power of buyers can shake and influence a company. hihi.

    ReplyDelete
  5. sangat bagus dan mama faham bila baca penerangan ini.. terima kasih atas perkongsian ini dear..

    ReplyDelete
  6. penting sebenarnya utk taw hak2 sebagai pengguna..:)

    ReplyDelete
  7. *thumbs up ! nice entry.. kekadang kita tak berapa fmiliar tak brapa tau hak pngguna .. yakni hak kita.. hehe ~ tq share :)

    ReplyDelete
  8. nice sharing syira...memang ramai yang tak tahu ni.bila teraniaya diamkan aje,tu yang ada peniaga makin 'naik lemak'

    ReplyDelete
  9. nice sharing....kite pengguna mesti pertahan hak kite.

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)