Saturday, May 10, 2014

Kasihan Opah.

Assalamualaikum
hye semua !

Doakan yang terbaik

Hari tu untuk interview..
Pagi pergi Penang,malam balik Ipoh..tak boleh nak bercuti sangat sekarang ni sebab opah sakit.
Opah baru keluar hospital 2 hari lepas , ada penyakit baru pula..paru-paru berair..
sebelum ni lumpuh sebahagian..
..hmm..sekarang ni opah makan pun guna tiub je..
sian opah..
mama cakap opah nangis sebab sian dekat anak2, cucu ..susah jaga dia katanya :( sedih..
tak pernah rasa susah pun jaga opah..

Bila tengok keadaan opah sekarang, sebak rasa hati.
Dulu opah kuat..
waktu Syira kecil,selalu duduk kampung dengan opah.
Bulan puasa sebulan tu mesti duduk kampung dengan opah.
Opah ajar solat,ngaji..
tapi sekarang opah dah tak bermaya.
Hanya terbaring di katil. Sakit-sakit badan.
Hebatnya opah, ingatan dan pendengaran opah masih kuat !

Jangan la nak kutuk-kutuk, tipu-tipu..
opah tahu :D

Syira cucu kesayangan..opah panggil Syira "intan terpilih" ^_^
hehe..nama tu melekat sampai sekarang..
Bukan bermakna opah tak sayangg cucu lain,cuma dengan Syira opah lebih rapat. :)
Opah rajin bagi nasihat..

Sekarang ni asal ada masa terluang je,akan balik kampung jaga opah.(bergilir-gilir)
Sabtu Ahad memang akan ada di kampung.
Cuma kalau ada hal di Ipoh je tak dapat nak balik kampung.
hmm..sampai bila akan macam ni pun tak tahu.
Tak sanggup lihat opah mengadu sakit hari-hari.

Opah..anak cucumu akan berkhidmat selagi nyawa masih ada. :')

Doakan opah Syira ye :)

11 comments:

  1. Tak sempat pun jumpa nenek...Semoga dipertemukan di syurga.

    ReplyDelete
  2. semoga opah syira get well soon yer...

    ReplyDelete
  3. Semoga Opah Syira cepat sembuh ye..kita senasib..nenek saya juga tgh sakit paru2 berair..sedih sgt..semoga mereka cepat sembuh..amin

    Jom singgah blog sy http://hanipahghazali.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah. Semoga keadaan opah akan bertambah baik.

    ReplyDelete
  5. semoga opah syira cepat sembuh... :)

    ReplyDelete
  6. Sedih akak baca catatan Syira ni ..ada sendu berlagu di situ ..akak doakan opah Syira cepat sembuh ..

    ReplyDelete
  7. semoga opah syira selamat.. habiskan masa bersama dya seboleh yg mungkin..:)

    ReplyDelete
  8. done follow..nice entry..
    visit n follow my blog too at http://cikhafizahnurani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Semoga opah syira cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. syira ta sempat jumpa atok belah mama n abah..kiranya masih ada opah belah mama and abah pun cukup syukur kan..berkhidmat selagi masih bernyawa :)

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)