Monday, May 5, 2014

Selamat Kembali ke Sekolah adik2 Pra Universiti.

Assalamualaikum
hye semua !
Tingkatan 6 @ PraUniversiti @ Form 6
Selamat Kembali ke Sekolah untuk adik2 yang bergelar pelajar Pra Universiti hari ini . 
Tahniah sebab sanggup kembali belajar di SEKOLAH.,,hehe..

mesti sekarang ni macam yang bermain di fikiran kan ?

 Bagi adik2 yang berazam untuk kekal di tingkatan 6, kuatkan hati dan teruskan !
Tapi buat yang masih tercari-cari hala tuju or mengharap ada harapan untuk masuk universiti, berdoalah dan sabar.

Sekiranya tak dapat masuk U,kamu ada 2 pilihan..masuk mana2 institusi pengajian yang lain, tingkatan 6, politeknik atau buat rayuan untuk masuk U.
Tunggu rayuan ni pun buang masa dah. :) kalau dapat rayuan tak apa, kalau ta dapat ?

Lebih baik kamu masuk U dengan bidang yang kamu minati daripada masuk U semata2 nak dapat "title pelajar U" tapi dapat kos yang merepek.

Sekarang ni Kemahiran pun antara pilihan yang baik tau :D

Memang betul,ada yang belajar bidang lain,bila kerja nanti tak ada kena mengena pun dengan bidang yang belajar di U dulu.

Tetapkan balik niat "BELAJAR KERANA ILMU"

Mungkin juga ada yang terpaksa masuk form 6 atas desakan keluarga. 
Memang ada kes macam ni :)
Untuk pengetahuan adik2, form 6 ni tak lah teruk mana. 

Ramai kata..

"form six ni susah la"
.." buang masa je masuk form 6"
"eiy,ta nak la pakai baju sekolah balik"
"form 6 ni untuk budak2 yang tak dapat U je"

Kalau betul2 niat nak belajar, kat mana2 pun sama je, asalkan ada usaha :)
Form 6 memang sukatan pelajarannya susah, tak dinafikan.
tapi kena la sedar diri,
"awak tu tak layak masuk u,so masuk le form6"
melainkan kamu ada peluang untuk sambung belajar di tempat lain,itu tak apa la :)

Tak buang masa pun belajar di tingkatan 6,  1 tahun setengah and terus degree.
 Jangan belajar sekerat jalan dan time tu baru sedar yang korang tak boleh bawa. 
Itulah yang paling buang masa. 
Bukan semua pelajar ye terpilih masuk form 6 ni..

tak nak pakai baju sekolah ni bukan masalah besoo pun.
baju je pun..nak pergi belajar bukan pergi kenduri kahwin.

** pelajar f6 di sekolah khas utk tingkatan 6-pakaian kasual
**pelajar f6 yg masih bergabung dgn menengah rendah-seragam sekolah.

"Form 6 ni untuk budak2 bodoh yang tak dapat masuk U je"
..hmmm..betul la tu..tak dapat U, so masuk la tingkatan 6..
budak yang SPM 4/5A pun ta dapat..ni yang tak ada A time SPM pun berniat nak masuk U.
oke..niat pun bagus dah tapi kena la juga sedar diri.

Bagi yang kurang mampu (kewangan). Yuran form 6 tak mahal.
buku boleh beli dengan baucar :)
tak perlu pening cari duit.
Mungkin ada ibu bapa yang paksa anak2 masuk form 6 sebab yuran form 6 masih mampu untuk ditanggung.
Anak2, dengarlah kata ibu bapa kamu, Buat je yang terbaik, biar berbaloi duit yang ibu bapa kamu laburkan. :)

Apa yang penting ialah percaya pada Qada' & Qadar Allah. 

 Seimbangkan pelajaran dan kokurikulum.
Markah merit akan dikira untuk pelajar pra-U ni sambung degree ye..
then..seimbangkan hubungan dengan Allah, ibu bapa,kawan2, guru dan orang di sekeliling kamu :)

Kamu hanya ada 2 pilihan, buat yang terbaik atau kamu rosakkan masa depan kamu sendiri :) 
pilih !

Jangan buang masa fikir nak masuk sana sini.
Rezeki depan mata tu rebut dulu. Buat yang terbaik walau perit !

Apa pun, fikir betul2 ye adik2 :) kalau mampu, teruskan di tingkatan 6.
tapi kalau rasa susah and tak mampu nak bawa, cepat2 cari jalan lain.
Yang penting sambung belajar, jangan berhenti mencari ilmu ye :)

Jangan hanya duduk menanti cahaya andai kau tiada usaha menyalakan api yang membara :)

Memang benar, kita bukan mahu ijazah semata-mata tapi jaminan kerja.
Kerja itu masa depan. Siapa yang boleh melihat masa depan? :)
Hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik buat kita, tanggungjawab kita mudah :) cari ilmu :)
Cuma kita boleh corakkan masa depan yang kita impikan dengan usaha yang berterusan mulai saat ini.

Ilmu itu milik Allah, Rezeki itu juga milik Allah.
Tanggungjawab kita untuk mencari ilmu, dan biarkan Allah tentukan rezeki kita :)

Pesanan kasih sayangg dari bekas pelajar tingkatan 6 - Syira Lokman.
## Doakan Syira untuk temuduga ijazah sarjana muda (penuh masa) di USM Khamis ini ye :)

9 comments:

  1. form 6 skarang dah tak perlu pakai baju sekolah..:)

    ReplyDelete
  2. blogwalking sini dari GA tengkubutang...jom join GA saya

    jom join GA saya :

    http://dia-honey.blogspot.com/2014/05/giveaway-3rd-anniversary-syahoney-kitty.html

    ReplyDelete
  3. Arol dulu dapat tawaran diploma (UPU) tapi pilih tingkatan 6 sebab ikut cakap parents. Lagi pun masuk tingkatan 6 best sebab boleh duduk kat rumah lagi. Hehe! :D Tak kisah apa orang nak cakap pasal tingkatan 6, yang penting Arol seronok belajar.

    Alhamdulillah, sekarang dah berada di USM. Syira temuduga kos apa? Buat yang terbaik dan semoga berjaya! Insyallah, ada rezeki boleh jumpa kat USM nanti. :)

    ReplyDelete
  4. siapa kata form 6 tak best...lebih kurang diploma jugak.....hhee

    ReplyDelete
  5. Sy dh dftar f6. Sbenarnya dari smka then transfer ke smk biasa, mmg rasa janggal sgt. Then jurusan ditawarkan lain dari minat sy, jd sy mmg tk minat persekitaran sekolah tu. Ok tk klau sy memilih ipts? Sy rasa tk boleh go on f6 la.

    ReplyDelete
  6. Betul tu..f6 best sbnarnya...syukur cgt dpt rasa jd pelajar f6 :)

    Amirah,kalau rasa mmg ta boleh bawa..better cari jln lain...ipts ? Kalau mampu, boleh dik tp tnye mak ayah dlu..diorg yg tanggung kamu :)

    ReplyDelete
  7. rindu pulak nghan zaman form6 ni .. =)

    ReplyDelete
  8. form 6 trsgt lh best..x mnyesal mmilih form 6,, =)

    ReplyDelete
  9. selamat kembali sambung study..all the best!

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)