Thursday, July 17, 2014

3 SELEBRITI JADI DUTA TUDUNG ARIANI.

Assalamualaikum
hye semua !


Siapa yang gemar memakai tudung ARIANI pastinya telah jatuh cinta
dengan rekaan dan keselesaan yang pastinya tidak seperti tudung-tudung keluaran jenama lain. 
Setuju?
 Seperti jenama pengeluar tudung yang lain, ARIANI juga sentiasa memastikan setiap koleksi tudung yang dihasilkan adalah berkualiti dan menepati citarasa para pengguna. 
Namun, apa yang membezakan jenama ini dengan lainnya, fabrik yang digunakan adalah ringan dan mudah dipakai. 


Oleh itu, entri kali ini adalah ditujukan khas untuk para penggemar tudung ARIANI dan siapakah nama-nama besar yang sering menghiasi kaca-kaca TV dan dada-dada majalah dengan koleksi tudung daripada ARIANI? Jom kita lihat!


#Siti Nurhaliza

Siapa lagi kalau bukan Dato’ Siti Nurhaliza! Penyanyi no 1 tanah air ini telah dilantik menjadi duta terbaru jenama besar ini dengan menampilkan beberapa koleksi tudung ARIANI Siti Nurhaliza dengan rekaan yang cukup menawan.


#Wardina Safiyyah

Wardina telah menjadi duta ARIANI sejak beberapa tahun yang sudah dan masih kekal sehingga kini. Bentuk muka Wardina amat sesuai apabila menggayakan koleksi tudung Syria daripada ARIANI.


#Nurul Syuhada Nurul Ain

Untuk koleksi tudung ARIANI 2014, jenama ini juga turut memilih personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai duta yang menggayakan koleksi tudung terbaru mereka.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi?
Mahu kelihatan cantik seperti mereka? 
Miliki koleksi tudung ARIANI anda hari ini juga di Galeri Ariani atau 
anda juga boleh membuat pembelian secara online di ZALORA Malaysia.
Apa yang menarik, ZALORA turut menyediakan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA terus ke rumah anda !



12 comments:

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)