Tuesday, July 22, 2014

Elakkan GHIBAH.

Assalamualaikum
hye semua :)
Allah telah berfirman, maksudnya;

"Dan jangan pula setengah dari kamu mengumpat yang lain, sukakah salah seroang kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka, tentu kamu tidak suka memakannya."
(Surah al-Hujarat:12)


Apa itu GHIBAH?

Rasulullah s.a.w menerangkan erti ghibah dalam sepotong hadis yang bermaksud;

"Engkau menyebut tentang saudaramu apa yang tidak disukainya. 
Sekiranya apa yang kamu sebut itu ada padanya, maka sesungguhnya engkau telah mengghibahnya (mengumpatnya). 
Dan sekiranya apa yang engkau sebut itu tidak ada padanya, maka sesungguhnya engkau telah mereka-reka cerita tentangnya (fitnah)."


Dari Jabir bin Abi Said, mereka berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda;

"Takutlah akan ghibah (mengumpat), sesungguhnya ghibah lebih berat dari zina. 
Seorang lelaki yang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya.
 Sedang Allah tidak mengampuni orang yang ghibah (mengumpat)sebelum orang yang dighibah itu memaafkannya."


Ghibah tidak hanya terbatas pada lidah, tetapi isyarat, anggukan, bisikan, tulisan, gerakan dan semua hal yang memberi pemahaman tentang apa yang dimaksudkan, maka ia termasuk ke dalam ghibah dan diharamkan. 

Misalnya, Ai'syah r.a berkata;

"Seorang wanita masuk menemui kami. 
Ketika wanita itu kembali aku mengisyaratkan tanganku bahawa ia pendek, 
lalu Nabi s.a.w telah bersabda;
"Kamu telah mengghibahnya." 

(HR Ibnu Abu Dunya & Ibnu Mirdawaih, hadis ini hasan di sisi Ibnu Hibban)


Perkara-perkara yang mendorong kepada GHIBAH:

a. Melepaskan kemarahan, ketidakpuasan hati terhadap orang lain.
b. Ingin menyesuaikan diri dengan kawan-kawan/kumpulan tertentu.
c. Ingin mendahalui membuka aib orang lain kerana takut orang berkenaan akan membuka aibnya terlebih dahulu.
d. Ingin membanggakan diri
e. Dengki/Hasad/Cemburu
f. Bermain-main, senda gurau dan mengisi waktu kosong.
g. Merendahkan dan melecehkan orang lain dengan niat untuk menghinanya.


Kesan GHIBAH:


a. Boleh memutuskan sillaturrahim sesama manusia sehingga menimbulkan perbalahan & permusuhan.
b. Nilai moral masyarakat akan sentiasa dipandang rendah.
c. Mendapat penghinaan di sisi Allah, kerana Allah tidak suka orang memakan daging saudaranya sendiri.
d. Menyebabkan berlakunya penganiyaan terhadap orang yang dighibah kerana setiap cerita 
yang dibawa tidak diperiksa kebenarannya dahulu.


Sesungguhnya, semua akhlak yang buruk dapat dicegah dengan 2 perkara,
 iaitu ilmu dan amal;


a. Sentiasa membasahkan lidah dengan berzikir dan membaca al-Quran kerana ia dapat memelihara lidah dan pertuturan kita.

b. Menjauhkan diri dari orang yang suka berghibah (mengumpat) kerana tidak mahu bersubahat mendapat dosa berghibah.

c. Sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan diri dan bukan membuka aib orang lain.

d. Ketahuilah bahawa orang yang suka berghibah, Allah tidak akan mengampuni dosanya selagi orang yang dighibahnya tidak memaafkannya.


Cukuplah kita mengaibkan orang, ngumpat sana sini.. 
Pejamkan mata, tulikan telinga, bisukan mulut.
Semoga Allah jauhkan kita dari sifat2 mazmumah.

13 comments:

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)