Saturday, July 12, 2014

Hukum celup uban dengan inai hitam.

Assalamualaikum
hye semua :)
Soalan :

salam..ustaz.. apakah hukum inaikan rambut dengan inai hitam yang halal...
kerana rambut beruban sejak umur 12 tahun lagi..sekarang 35 tahun..
bolehkah hitamkan rambut dengan inai hitam ( bukan dail )..terima kasih ustaz.

Jawapan :

Bismillah. Digalakkan mewarnakan uban, namun jgn dengan pewarna yg berwarna hitam. 
Sabda Nabi saw: Nabi pernah berkata kepada Abi Qahafah (bapa Saidina Abu Bakar) yang datang kepada Nabi dengan rambut dan janggut yang telah memutih (kerana uban); 
“Ubahlah warna rambut dan janggut kamu itu dengan sesuatu, akan tetapi jauhilah warna hitam” (HR Imam Muslimdari Jabir r.a.). Berkata Imam an-Nawawi; 
“Menurut mazhab Syafi’ie digalakkan mencelup uban dengan warna kuning dan merah sama ada bagi lelaki atau perempuan dan haram mencelupnya dengan 
warna hitam mengikut pandangan yang paling benar” 
(Syarah Soheh Muslim, juz. 14). 
Menurut ulamak: harus mencelup dgn warna hampir hitam asalkan bukan benar2 hitam
 (aunul ma'bud). Wallahu a'lam.


sumber : ilmudanulamak.blogspot.com

12 comments:

  1. celup warna biru tua pun cool jugak. agak2 ade inai kaler biru tak :D

    ReplyDelete
  2. pernah tengok rancangan agama di tv..memang tak boleh kalau inai itu warna hitam..tapi kalau inai original yang merah tu boleh..rasanya dalam rancangan ustaz kazim kot ada ulas tentang ni.

    ReplyDelete
  3. owh..
    boleh inai tapi x boleh warna hitam upanya.
    baru shark tahu nie.

    ReplyDelete
  4. yup betul tuh...perkongsian yg bagus

    ReplyDelete
  5. syira nti bg details a.s.ap
    http://coratcoretpinkummi.blogspot.com/2014/07/peserta-bertuah-untuk-segmen-24-jam.html?m=1

    ReplyDelete
  6. :O Oh, kalau biarkan uban?

    Help me. http://fairytaleeeeeee.blogspot.com/2014/07/bantu-saya-help-me.html

    ReplyDelete
  7. senang cerita takyah la kaler2 nu

    ReplyDelete
  8. Selama ni tak tau pon celup warna HITAM tak boleh ...Sekarang dah tahu hehhee .....

    ReplyDelete
  9. Terima Kasih atas perkongsian ini SYira

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)