Saturday, July 5, 2014

Sambal Hitam Pahang dan Sambal Machang.



Sambal Hitam Pahang

Bahan-bahannya : 

10 biji belimbing buluh rebus 
1/2 cawan cili padi ditumbuk halus (ikut suka pedas masing-masing) 
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah ditumbuk halus 
3 ulas bawang merah dimayang 
5 sudu besar kicap manis 
garam secukup rasa 
1 cawan minyak masak 

Cara-caranya : 

  1. Cuci bersih belimbing buluh kemudian rebuskan dalam 2 hingga 3 minit. 
  2. Tumbuk cili padi , ikan bilis dan bawang bersama belimbing buluh yang telah direbus tadi. 
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang yang dimayang sehingga wangi. 
  4. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk tadi. 
  5. Tumis dengan api perlahan sehingga nampak agak kering dan garing. 
  6. Tambahkan kicap manis dan garam secukup rasa. 
  7. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding). 
  8. Bila dah garing, tolak sambal ke tepi kuali supaya minyaknya tos sebelum dihidang. 

Sambal Machang

Bahan-bahannya :


2/3 biji cili merah
6 biji cili api
sedikit belacan bakar
1 biji buah machang - secukup rasa
garam secukup rasa


Cara-caranya :

  1. Masukkan semua cili dalam lesung batu dan masukkan juga belacan kemudian tumbuk semua bahan sampai lumat . 
  2. Buang kulit buah machang dan potong isi nya dan masukkan dalam lesung dan ditumbuk perlahan sampai cukup sebati . 
  3. Masukkan garam secukup rasa dan boleh la dihidangkan sambal machang ni .


## Ikut pada citarasa kita nak guna banyak mana buah machang ni . 
     Kita boleh tambah atau kurang bahan-bahan bergantung kepada citarasa sendiri .

11 comments:

  1. wahhh...sedapnya sambal hitam
    lama dh cari resepi
    thanks syira :)

    ReplyDelete
  2. Kalau org jawa sambal kering hitam

    ReplyDelete
  3. sambal hitam menu kegemaran cikgu Faiz ni. hihihi.

    ReplyDelete
  4. boleh dicuba nanti...

    p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

    ReplyDelete
  5. buah machan tu camna rupanya yer ... kena google ni .

    ReplyDelete
  6. ya Allah..saya sangat suka sambal buah machang..buah kuinen pun sedapppp dibuat sambal ! ;D

    ReplyDelete
  7. sedapnyaa sambal machang.. nak sikit syira..=D

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)