Assalamualaikum
hye semua :)
Hari ni kecoh pasal satu isu..
Syira tak nak bercerita tentang video itu tetapi tentang kita :)
Kita menyebarkan video tersebut dengan tujuan memberi pengajaran kepada org lain..
Niat kita memberi pengajaran itu baik...cukup baik kerana dalam Islam itu sendiri kita diajar untuk saling menasihati.
Tetapi dari satu sudut yang lain.. ada sesuatu yang perlu difikirkan semula,, cara kita dengan memaki hamun orang tersebut..
ada sesiapa nampak kebaikan dalam memaki hamun ?
Niat tidak menghalalkan cara :)
Memang benar..emosi merosakkan segalanya..
kita juga pernah emosi kan dan kita juga pasti akan menyesal dengan perbuatan kita..
kalau share video tu..confirm pageviews naik mendadak..ditambah pula dengan banyak komen negatif..adakah seronok ?
lebih baik tidak gunakan gambar/video .. :)
lebih baik tidak gunakan gambar/video .. :)
Cuba lihat kembali..bagi yang dah upload video tu or update status/tweet...tengok komen2 yang ada...
Lebih banyak yang mengambil pengajaran atau lebih banyak yang memaki ?
Sekiranya lebih ramai yang mengambil pengajaran dan mendoakan yang baik2..alhamdulillah..itu yang sepatutnya,.
Tapi sekiranya lebih ramai memaki elok didelete saja sebab risau..pahala yang sepatutnya dapat atas tiket "nasihat/pengajaran" bertukar menjadi dosa atas tiket "sebarkan keaiban dan mengumpul makian" .
Bukan tentang isu ini sahaja tetapi apa sahaja kesalahan "orang lain" pasti tersebar..lajuuu je..
Kadang Syira terfikir..kalau kita salah , kita suka ke orang ungkit atau bercakap mengenai keburukan kita ? tiada siapa yang suka..
Mungkin jika hal itu berlaku pada kita, tindakan kita akan lebih teruk :)
Kita sendiri banyak sangat dosa..mungkin lebih banyak dari orang lain..
Allah dah tutup elok aib kita, kenapa kita nak buka aib orang..
sedangkan aib itu perlu dilindung dan disorokkan.
Manusia menilai manusia lain dari segi tingkah laku dia dan adab/akhlak dia.
Melihat kepada "situasi" orang lain hilang kawalan diri dan menjadi amarah, kita perlu tegur tapi tidak perlu mencerca kerana itu menjadikan kita sama menjadi pemarah dan pemaki tersebut, tetapi kita boleh jadikan peringatan penting buat diri kita sendiri.
Memang sukar memaafkan sebenarnya, Syira sendiri terkilan..sedih bila tahu tentang isu tersebut.
Tapi, semuanya telah berlaku..sukar untuk diterima tetapi kita masih punya akal untuk mengawal pemikiran kita :)
Belajar dari sesuatu,.ambil dari sudut positif..
sama juga dengan entry ni..cuba ambil yang positif..
sama juga dengan entry ni..cuba ambil yang positif..
Yang dah tahu tentang isu ini..ambil sesuatu yang baik untuk dijadikan teladan..dan yang tidak tahu isu berkaitan ..biarlah..cuma ambil pengajaran2 ini..
^_^
- Sentiasa doakan kebaikan orang lain.
- Hormati orang lain, tak kira tua muda atau bangsa apa sekali pun.
- Apabila kita melihat keburukan orang lain, cepat2 imbas kembali keburukan kita agar kita tak mudah mengata.
- Kawal emosi sebaiknya.
- Sabar.
- Bersangka baik.
- Semua orang melakukan kesilapan dan pernah melampaui batas, namun sebesar mana pun kesilapan itu, pintu taubat sentiasa dibuka, ruang keinsafan sentiasa ada.
- Harta dunia adalah ujian,tidak kekal untuk kita selamanya.
- Belajar dari Islam bukan orang Islam..kerana Islam itu sempurna tetapi orang Islam tidak sempurna.
- Berpegang kepada kata-kata ini "Allah dah tutup elok aib kita, kenapa kita nak buka aib orang?"
Rasulullah SAW bersabda berkait orang yang muflis di akhirat:
”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat
dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat,
tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) dia pernah mencaci maki si fulan,
menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan.
Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya ,
ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi,
sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua),
maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” Hadits Riwayat Muslim
Salam Ramadhan :)
nasihat yg berguna...saya setuju
ReplyDeleteAkak setuju dengan pendapat syira.. kita doakan la orang tue segera insaf kan.. ;)
ReplyDeleteok.. saya delete je entry tu... thanks syira
ReplyDeletekan. betul tu huda pun setuju dengan syira. Yelah, nak buat apa kita nak maki hamun semua, memang lah dia salah. Tapi kita tak berhak nak "hukum" seseorang dengan cara yang macam tu. Sepatutnya perkara tersebut kita jadikan pengajaran dan bukan jadikan sesuatu isu dengan cara mengutuk.
ReplyDeletepertama k.syira nak salute kat awk, sbb apa awk ckp tu benar belaka, cukup kita lihat dan istigfar bebanyak, sbb maybe kita pun akn jadi mcm tu, kalau emosi tk terkawal..kalau kita maki hamun share sana sini apa beza kita dgn dia yg kita kata tak ada akhlak tu..nak tegur boleh, tapi biarlah terur secara personaly.. bukan ke sebaik2 teguran adalah teguran yg tersembunyi.. utk perempuan tu mybe itu kifarah buat dia, apa dia buat dia buat dgn org lain sebelum itu..ambil iktibar. :)
ReplyDeleteTerima kasih menasihati...Betul tu, niat tidak menghalalkan cara...
ReplyDeletegood syg. tkejut sis bc dkt dash blog, ingt shira bt jgk, mjr tk bt. syg die
ReplyDeletenice entri.. acik setuju !!
ReplyDeletebtl tu..thtway akk xkt pe2..klu kita sndripun blm tntu btl2 pnybr orgnya.so bek diam je
ReplyDeleteGood
ReplyDeletewow terbaik kupasan yang saya penah baca setakat ni
ReplyDeleteorang lain sibuk mengata, awak menggunakan pendekatan berbeze
terbaik, saya suka =)
anyway saya singgah sini dari blog Maria Firdz
cukup sekadar berkongsi,
ReplyDeletex perlu memaki hamun,
cukup sekadar beri pendapat :)
Nice syira. Kita sama-sama ambil ibrah :)
ReplyDeletewell said, syira!
ReplyDeleteSETUJU sangat2 ngan Syira
ReplyDeleteTak perlu la nak share video tu lagi nak keruhkan keadaan ... Manusia ni yang BURUK tu la yg dia selalu namoak yang baik2 tak berapa nak nampak ..
ReplyDeleteBaik la SHARE ttg GAZA dr duk sibuk share benda2 takder faedah camtu ..
ReplyDeleteterima kasih good info
ReplyDeleteLagi elok kita mendoakan dia berubah
ReplyDeleteTHANKS ATAS PERINGATAN :)
ReplyDeleteakak setuju dgn kata kata syira...alhamdulillah pendekatan tuh yg akak guna...memg org tuh buat slh n cara dia memg kita semua tak suka tp xperlulah kita sebarkan video dia...kita sebarkan aib org...tp tnpa sedar kita dh mengundang dosa...tkut nti aib kita Allah buka plak..nauzubillah
ReplyDeletebulan puasa kan kena banyak bersabar, menahan nafsu amarah dan tidak bercakap perkara yang sia sia..hayati bulan puasa yang sepatutnya
ReplyDelete