Assalamualaikum
hye semua !
Perkara yang sering kali menjadi persoalan di bulan Ramadhan ini ialah
"bagaimana sekiranya wanita yang hamil ingin berpuasa? "
jawapan boleh..tetapi sekiranya dengan berpuasa akan memudaratkan diri dan anak dalam kandungan, dia dibenarkan untuk berbuka puasa. :)
Macam mana pula nak menjaga kesihatan sepanjang ramadhan terutama bagi ibu mengandung ?
jom baca panduan di bawah :)
1. Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka.
Mulakan dengan:
tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
susu atau yogurt rendah lemak;
sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.
2. Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa.
Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang.
Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang.
Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.
3. Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka.
Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh.
Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda.
Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
4. Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam
diet saya semasa Ramadan?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan.
Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
sumber : http://www.babycenter.com.my/
##Semoga ibu ibu ini terus kuat ! mereka sedang berjihad di jalan Allah :)
perkongsian yang bermanfaat
ReplyDeleteinfo yg bagus utk ibu2 hamil atau bakal hamil :)
ReplyDeletemasa akak pegnen dulu, belasah je semua...hhee
ReplyDeletebaguslah berkongsi benda nih..nanti senang ibu ibu mengandung nak cari informasi..hehe
ReplyDeleteNice sharing... info yg sgt berguna utk MTB..=D
ReplyDeletesy tak boleh puasa tahun ni atas arahan doc..berat baby tak naik sejak puasa..2.1kg je padahal da dekat smpai due..sebelum bulan puasa ok je berat baby naek..lepas ni bnyak hari la nak kena gnti puasa..hehe
ReplyDeleteSalam. Syira, jemput drop url blog kat Mr. Linky's saya - to ease blogwalking.
ReplyDeletehttp://drshikinzainal.blogspot.com
nice info :)
ReplyDeleteindahnya islam :)
ReplyDeleteanda di tag :. jemput join ga nie http://kisahsinenot22.blogspot.com/2014/07/give-away-cik-anita-dapat-free-baju-baru.html
Perkongsian Yang Baik ni Syira..Thanks sharing..
ReplyDeleteAlhamdulillah perkongsian yg bagus
ReplyDeletePerkongsian yg bagus
ReplyDeleteThumbs up syira :)