Thursday, July 10, 2014

Zakat Fitrah

Assalamualaikum
hye semua !

Membayar zakat merupakan satu kewajipan bagi kita terutamanya umat Islam.
Jom ketahui kadar zakat tahun 2014 , waktu terbaik untuk menunaikan zakat dan kenali golongan yang berhak menerima zakat :)


Lampiran kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah 

Waktu wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. 

Waktu yang paling afdhal
Sebelum Solat Sunat Hari Raya. 

Waktu sunat
Sepanjang bulan Ramadhan. 

Waktu makruh:
 Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal. 

Waktu haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal. 



8 golongan orang Islam yang berhak menerima zakat

Fakir
(orang yang tidak memiliki harta)

Miskin 
(orang yang penghasilannya tidak mencukupi)

Riqab 
(hamba sahaya atau budak)

Gharim 
(orang yang memiliki banyak hutang)

Mualaf 
(orang yang baru masuk Islam)

 Fisabilillah 
(pejuang di jalan Allah)

 Ibnu Sabil
(musyafir dan para pelajar perantauan)

Amil zakat 
(panitia penerima dan pengelola dana zakat)

7 comments:

  1. mashaAllah, jazakillahu khayr syira atas perkongsian yang sangat baik :)

    ReplyDelete
  2. sama sama tunaikan zakat utk mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  3. nice sharing :))

    *tergolong dalam golongan gharim disebabkan hutang ptptn masih belum dibayar :D

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)