Thursday, August 21, 2014

Hari berkabung # MH17 (Jumaat - 22 Ogos 2014)

Assalamualaikum
hye semua :)

HARI BERKABUNG MALAYSIA
JUMAAT, 22 OGOS 2014

Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 22 Ogos 2014 (Jumaat) sebagai Hari Berkabung Malaysia berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine.
Majlis penuh istiadat sebagai menghormati ketibaan jenazah akan diadakan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagi menzahirkan rasa dukacita oleh rakyat Malaysia berkaitan Hari Berkabung Malaysia ini, seluruh warga Malaysia hendaklah mematuhi perkara berikut:


•Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang pada 22 Ogos 2014,

•Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan dan digantikan dengan bacaan Al-Quran serta program yang berunsur keagamaan,

•Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak mengenakan pakaian warna yang terang/garang.

Senarai 20 Jenazah Mangsa MH17 yang dibawa pulang Ke Malaysia

## Salam takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH17.
MH370..kami juga merinduimu :'(

17 comments:

  1. takziah untuk mereka jugak..sedih sangat .. :'(

    ReplyDelete
  2. Takziah buat keluarga mangsa. :'(

    ReplyDelete
  3. Takziah dan Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam singgah Jumaat dik Syira..Al-Fatihah dan salam takziah kepada semua mangsa...

    ReplyDelete
  5. Sedih, pilu je hati bila tengok gambar - gambar dekat fb dan berita. Paling sedih bila tengok anak kecil berada di sisi keranda ibu/bapa mereka.
    AL - Fatihah buat mangsa MH17.

    ReplyDelete
  6. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul kan?

    ReplyDelete
  7. Takziah untuk mereka. Sedehnya :)

    ReplyDelete
  8. Takziah untuk mereka. Sedehnya :(

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)