Thursday, October 23, 2014

Ceramah & Zikir Perdana Hijrah Rohani

Ceramah & Zikir Perdana Hijrah Rohani

Assalamualaikum
hye semua :) 

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah.



Bersempena dengan itu, pihak Astro akan mengadakan JELAJAH ASTRO KASIH, Ceramah & Zikir Perdana Maal Hijrah bertema ‘HIJRAH ROHANI’. 
Program ini berlangsung pada 25 Oktober 2014 di 
Padang SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Ledang, Johor. 

Ceramah & Zikir Perdana ini juga akan di hadiri oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Antara barisan selebriti yang turut serta adalah:


· Pencetus Ummah / Imam Muda / Ustaz

1. Ustaz Kazim Elias
2. Ustaz Haslin Baharim
3. Ustaz Amaluddin
4. Ustaz Zulkifli Hamat
5. IM Hizbur
6. PU Rahmat
7. PU Yeop
8. PU Fakhrul
9. PU Suffian
10. PU Hafiz 

Artis:

1. Mawi
2. Fizo Omar
3. Iwan Syahman
4. Ayai Ilusi
5. Daqmie
6. Haziq AF
7. Silah KE3

Jom luangkan masa anda dan marilah datang beramai-ramai di majlis ilmu ini. ^_^

8 comments:

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)