Assalamualaikum
hye semua
Kami (Pelajar tahun pertama Jurusan Kaunseling Universiti Malaya) ingin memohon bantuan dari pihak tuan/puan :)
Kami memerlukan dana/sumbangan apa sahaja sama ada berbentuk wang/barangan dari pihak tuan/puan untuk menampung perbelanjaan kami sepanjang program berlangsung :)
Nama Program : Journey to Self Maturity
Tarikh : 19 – 21 Disember 2014
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Penjara Marang, Terengganu
Anjuran : Mahasiswa-mahasiswi Kaunseling Universiti Malaya
Sasaran : 34 orang banduan Penjara Marang, Terengganu.
Kami ingin menggunakan peluang keemasan ini untuk mencungkil seberapa banyak pengalaman bersama banduan di Penjara Marang,Terengganu serta menyumbangkan pandangan dan keringat demi memantapkan kemahiran para mahasiswa kaunseling.
Agenda dan misi penting pada kali ini adalah untuk mengupas dan menyelami punca dan teori jenayah khususnya dalam kalangan remaja.
Bagi para banduan Penjara Marang, Terengganu pula, kami yakin dengan program perkongsian daripada para mahasiswa kaunseling ini dapat memberikan harapan dan penjelasan jitu kepada mereka yang sedang berusaha untuk melepaskan diri daripada kecelaruan identiti serta bangkit untuk kembali ke kehidupan yang lebih baik di sisi masyarakat.
OBJEKTIF
- Membuat kajian tentang jenis-jenis jenayah yang melibatkan remaja bawah umur.
- Membuka minda bakal-bakal kaunselor untuk lebih terbuka dengan masalah sosial remaja dan mengasah kemahiran mendengar.
- Menegaskan kepada banduan Penjara Marang, Terengganu bahawa mereka masih mempunyai harapan dan peluang untuk berubah sikap serta diterima oleh masyarakat.
Kami berharap agar ada pihak di luar sana yang sudi menyumbangkan dana kepada kami :)
sikit pun tidak mengapa kerana 1 sen membawa erti beribu kasih sayang :)
### Sesiapa yang berminat untuk menaja aktiviti dipenjara pada bulan 12 ini, boleh pm syira di facebook Syira Lokman atau emel syiralokman21@yahoo.com.my ..
apa sahaja tajaan kami terima..sikit atau banyak :)
bantuan anda amat kami hargai.
Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan
amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Semoga dipermudahkan..
ReplyDeletegood luck
ReplyDeleteGud luck
ReplyDeletesemoga urusan syira dan kwn2 dipermudahkan..akk xde kaki kat penjara tu, xblh nak tlg huhu
ReplyDeleteseronoknya dapat pergi penjara..mesti banyak dapat pengalaman nnati
ReplyDeletesemoga berjaya
ReplyDeletesemoga berjaya ya...
ReplyDeletep/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html
all the best syira :)
ReplyDeleteAll the best yunk.. semoga semuanya berjalan dengan lancar
ReplyDelete