Saturday, November 15, 2014

9 Petua semulajadi untuk memerahkan bibir.

Assalamualaikum
hye semua ^_^


1. Madu

Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.


2. Air Mawar

Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan bola kapas yang dibasahi air mawar dingin untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya.

3. Limau nipis

Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur 2 sudu makan air masak suam dan jus limau dengan 2 sudu makan madu, lalu sapukan pada bibir, biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bila bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah.

4. Kunyit

Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan 1 sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama 5 minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal.

5. Daun ketumbar

Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan 2 lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

6. Minyak Almond (Badam)

Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun.

7. Gliserin

Gliserin adalah satu bahan kimia yang memiliki banyak manafaat bagi kecantikan termasuk untuk bibir. Urutilah bibir anda dengan gliserin setiap hari. Hal ini akan membantu mengembalikan bibir anda menjadi merah aslinya.

8. Mentega

Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan.

9. Yoghurt

Campuran madu, yoghurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah.

Selamat mencuba.
tak sabar nak tengok bibiorrr kome meraahhh :D

14 comments:

  1. waaaa..
    boleh try ni
    yg kunyit tu bru tahu ..yg lain tu biasa dah tu
    skank pon dh moden :)
    gne lolly pink je ^_^
    nice sharing ^__^

    ReplyDelete
  2. bbir hana xmerah siap kena tegur dengan mak lagi bbir pucat..nak amalkan petua2 tu mmg tak le tapi hana makan yoghurt. erm.. kena letak yoghurt kat bbir nih :)

    ReplyDelete
  3. nice tips dear :) boleh la guna yogurt psni. its my favorite

    ReplyDelete
  4. lelaki boleh cuba tak syira...haha

    ReplyDelete
  5. Jom cuba amalkan..mana tau kot boleh jimat dari beli lipstick :D

    ReplyDelete
  6. jrang nk jumpe bibir org yg smulajadi merah... klau jumpe , mmg tenung aje lame2 sbb nampak cntik sgt! hohoho

    ReplyDelete
  7. Salam Syira!
    Lama sangat tak blogging. dan Syira as always, akan post tentang tips2 menarik dalam kehidupan seharian. Jom, merahkan bibir :)

    ReplyDelete
  8. Banyaknyaa! Yang Nad tau madu and butter je. Tapi yang selalu amalkan madu jelahh

    ReplyDelete
  9. Asalam..blh try nie..
    ingat kunyit bagi warna kunng ja,rupanya sesuai juga untuk mencantikkan bibir..menarik

    ReplyDelete
  10. nice tip... pastinya jadi ikutan ramai nie :P

    ReplyDelete
  11. thanks berkongsi syira.
    ciksu pernah guna madu je.lain lain x pernah try pon

    ReplyDelete
  12. Tak tau plak kunyit leh merah kan bibir ...

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)