Thursday, July 30, 2015

4 Kebaikan Buah Delima

Assalamualaikum
hye semua :D

dah lama teringin buah delima and sampai sekarang tak dapat lagi. Untuk hilangkan rasa kempunan ni, Syira nak buat entry pasal kebaikan buah delima..
tak dapat buah delima betul-betul pun takpe la..
kita baca dulu kebaikan dan khasiat buah delima ni sampai dapat buah delima betul.. :P semoga ada orang nak hadiahkan Syira buah delima lepas baca entry ni :P
Image result for keistimewaan buah delima

Khasiat dari sudut kecantikan

  1. Melindungi daripada cahaya matahari.
  2. Lambatkan proses penuaan.
  3. Mengekalkan awet muda.
  4. Memulihkan kulit yang kering.
  5. Merawat muka berminyak dan berjerawat.
  6. Buah delima sebagai face mask.
  7. Merawat keguguran rambut.



Khasiat dari sudut kesihatan

  1. Menghilangkan radikal bebas.
  2. Meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).
  3. Perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.
  4. Membantu sistem penghadaman.
  5. Meningkatkan selera makan.
  6. Menyembuhkan anemia.
  7. Mengurangkan inflamasi.
  8. Membantu peredaran darah.
  9. Membantu mengurangkan berat badan.
  10. Mengawal kadar gula dalam darah.
  11. Mengawal tekanan darah.
  12. Menghalang perbentukan plak.


Khasiat tambahan kepada lelaki

  1. Mengurangkan risiko mati pucuk.
  2. Merawat kanser prostat.


Khasiat tambahan kepada perempuan

  1. Mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.
  2. Mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi.
  3. Boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung.
  4. Mengurangkan risiko kanser payu dara.


Image result for keistimewaan buah delima

Banyak sangat kebaikan buah delima ni kan. Kalau korang nak tahu, buah delima ni makanan sunnah juga tau ! elok sangat untuk dimakan..Jom cari buah delima. Kalau jumpa,sila pos..teringin ye bukan mengidam :P

#misimencaribuahdelima

11 comments:

  1. buah delima sangat sedap!! :))

    ReplyDelete
  2. sedap sgt,mmg bagus utk kesihatan

    ReplyDelete
  3. Singgah pagi...
    Start isnin lagi..mmg byk carik info psl buah delima nie..
    sebab my sis masuk hospital..suspek jantung..
    thanks sbb share..kebetulan sgt =)

    ReplyDelete
  4. Buah feveret tok Zumal nie. Musim sekarang susah nak cari...

    ReplyDelete
  5. buah delima mmg sedap dimakan.
    dia ada musim syira.
    ciksu last year msa pregnant alhamdulillah terjump di NSK selayang. merah menyala isinya.
    mmg rezeki sebji harganya bolehh tahan. besar. bila dapat mmg seronok
    ada entrynya.

    ReplyDelete
  6. kata orang kena makan kesemua biji.. sbbnya ada 1 je yg paling berkhasiat tuk ibu mengandung.. Wallahulam

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)