Tuesday, July 14, 2015

7 Tips Sebelum Pulang Berhari Raya.

Assalamualaikum
hye semua :)

Image result for pulang berhari raya.
Jumaat ni kita umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Cepatnya masa berlalu kannn...sebulan berpuasa, dah nak raya pula :D
Sekarang ini ramai Umat Islam sedang membuat persiapan untuk pulang ke kampung.
Semua teruja nak berhari raya bersama keluarga kan :)
Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Baca jangan tak baca...nanti Syira cubit siapa yang degil tu ! :P

Jom khatam beberapa tips ini ^_^ 


Maklumkan kepada jiran/polis

Pastikan sebelum nak balik kampung tu pesanlah dekat jiran untuk tengokkan rumah kita. 
Kalau jiran pun balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran. 
Ramai polis yang bertugas raya nanti.
Dapatlah polis buat rondaan...sian polis tak raya..hehee


Hentikan langganan akhbar/majalah

Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan orang di rumah.
 Kalau dah suratkhabar takda orang ambil dekat luar tu, mestilah pencuri akan tahu rumah berpenghuni atau tidak kan. 
Kalau tak nak hentikan juga..biar je la..sambil mencuri boleh pencuri tu baca surat khabar..dapat tambah ilmu.. :D
pencuri berilmu la katakan :D kot kot muka pencuri tu ada dalam paper..syok ooo pencuri tu tengok muka sendiri..glamour :D


Matikan semua suis dan gas

Bagi menjaga keselamatan harta benda, sila periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. 
Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut. 


Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci

Sebelum pulang ke kampung, sila pastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci.
Cara ini merupakan langkah berkesan untuk 
mengelakkan rumah dipecah masuk.
ni nanti tak pasal-pasal.lepas raya tengok rumah dah kena pecah...duit raya buat duit ganti barang rumah je laa :D 


Elakkan memasang lampu luar

Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar.
 Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah. 


Servis kereta

Ni perkara penting untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
Pastikan kenderaan anda dah diselenggara awal bagi mengelakkan berlakunya perkara yang di luar jangkaan :)
so boleh la pulang berhari raya dengan gembira..insyaAllah selamat sampai :)


Berdoa untuk kesejahteraan bersama

Sebagai umat Islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya dipermudahkan segala urusan kita. 
 Kalau tak yakin, tampallah ayat-ayat suci al-Quran 
dan letaklah poster ayat-ayat yang menjelaskan hal kematian, balasan akibat mencuri, seksaan dosa mencuri kat pintu pagar dan pintu rumah. 
Set sekali alunan bacaan Yassin. 
InsyaAllah... pencuri akan insaf...hehe

Image result for pulang kampung
Alhamdulillah..itu sahaja 7 tips sebelum pulang berhari raya dari Syira Lokman..
SELAMAT HARI RAYA :D
Hati-hati tauuu ^_^
siapa nak bagi Syira duit rayaaa...??? hahaa..orang memberi,kita menerima ye dakkk :P

6 comments:

  1. tips berguna. hehe. tq share ^^

    ReplyDelete
  2. Tips yg bgs, selamat pulang beraya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian tips Syira, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin k...

    ReplyDelete
  4. Oh... baru sedar pasal tips tak di galakkan pasang lampu luar tu. Selalu jugak pasang.

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)