Wednesday, July 8, 2015

Tips Hubungan Suami Isteri.

Assalamualaikum
hye semua :)

Suami isteri insan saling bergantungan, 
mengikat janji melahirkan insan.
2 insan menyimpan harapan, 
kekal bahagia dalam perkahwinan.

ecece..berpantun pula kte ye..eheehe..
hari ni best sikit sebab Syira nak share entry berkaitan Tips Hubungan Suami Isteri..
ehem ! jeng jeng jeng...
mesti ada yang musykil kan sebab Syira belum kahwin tapi nak share tips pula :P hehe..
sebenarnya Syira nak kongsi 4 buku TERBAIK berkaitan Tips Hubungan Suami Isteri.
KLIK GAMBAR UNTUK ORDER SECARA ONLINE !

Doa Pengasih - Doa Dan Amalan Kebahagiaan Suami Isteri

Buku ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap masa hubungan sesama suami isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan. Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, tempat kediaman dilindungi, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. Bagi setiap doa, diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.


Indahnya Hubungan Suami Isteri Menurut Syarak

Membina dan mengharungi bahtera rumah tangga tidaklah semudah memusingkan jarum jam, namun tidak pula sesukar yang kita bayangkan. Asalkan kita dapat menyingkapinya dengan berhemah dan bijaksana dalam setiap lunas-lunasnya, insya Allah semua akan berjalan dengan baik.“Rumahku Syurgaku”, demikian sabda Rasulullah yang sangat masyhur itu. Tentu sahaja tidak mudah membina rumah yang menjadi syurga itu, namun mesti diupayakan dengan sungguh-sungguh secara spritual. Pelbagai masalah yang menimpa sesebuah rumah tangga perlu di atasisegerasebelum merebak menjadi lebih parah.Mutakhir ini kita sering kali mendengar perceraian di antara pasangan sama ada yang baru membina rumah tangga mahupun yang sudah lama menikah. Malah perceraian turut berlaku kepada pasangan yang berusia senja.Salah satu terjadinya perceraian adalah ketidakpuasan atau ketikdakmampuan salah satu pihak untuk memenuhi hasrat pasangannya. Dengan alasan demikian Dr. Karim El-Shazly mengajak anda untuk berlatih teknik membangkitkan hasrat pasangan anda secara fizikal, dan menjaga hasrat tersebut secara psikologis, sampai kepada usia senja anda. Dalam buku ini juga dilampirkan aneka makanan pembangkit ghairah dan penyembuh keluhan seksual.Selamat membaca...


Ini Kisah Suami Isteri

Sebenarnya, perkahwinan adalah suatu permulaan hidup berpasangan. Ketika inilah kekuatan hubungan suami isteri itu akan betul-betul diuji. Apatah lagi, perkahwinan juga mempunyai fasa-fasanya sendiri. Bagi yang berjaya melepasi ujian ini, mereka adalah pasangan yang sejati. Namun bagi mereka yang gagal, perceraian adalah alternatif terbaik.

Namun, masih ada caranya untuk mengelakkan perceraian. Bertitik tolak daripada itulah, buku motivasi, INI KISAH SUAMI ISTERI diterbitkan. Buku ini memaparkan kisah-kisah benar dalam rumah tangga yang berlaku dalam kehidupan seharian kebanyakan suami isteri. Ada kisah suami curang, isteri diabaikan, suami didera isteri, perangai isteri yang menjengkelkan suami dan seribu lagi satu masalah .

Tip-tip yang dikongsi oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj di dalam buku ini mampu membuatkan pembaca memahami pasangan dengan lebih baik, sekali gus dapat menjadi pasangan bahagia hingga syurga! Insya-ALLAH...


Suami Memimpin Isteri Mengurus

Peranan lelaki dan wanita adalah saling bergantung antara satu sama lain untuk melaksanakan peranan masing-masing di dunia yang sementara ini. Buku ini memberikan tips dan panduan kepada pembaca bagaimana sang suami boleh membantu isterinya memberikan ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap suaminya dan memelihara serta menguruskan keperluan dan kehendak suaminya untuk menjadi pemimpin dengan lebih berkesan sama ada di rumah atau di lapangan.


Jom tambah ilmu dengan buku dari BukuOnline2u.Com. 
Nak hadiahkan kepada orang lain pun boleh :D panjangkan pahala...
KLIK GAMBAR UNTUK ORDER SECARA ONLINE !



12 comments:

  1. Bagus jgk klau suamiisteri amalkan doa-doa camni, dalam alam rumahtangga ni hakikatnya pelbagai cabaran kita kena tempuhi... manis itu ya tapi yang pahit dan berliku banyak jugak nak kena hadap! :)

    ReplyDelete
  2. ada cik en baca.. ayat pengasih menggunakn surah yusuf.. ehhehe

    ReplyDelete
  3. kita pun tak kawin lagi. hihi. btw nice sharing !

    ReplyDelete
  4. Tertarik pula pada buku Suami memimpin, Isteri Mengurus :)

    ReplyDelete
  5. Lama tak baca buku HM Tuah... Nak cari la buku tu..

    ReplyDelete
  6. singgah bw..tq for shairing syira

    ReplyDelete
  7. ok selamat pengantin baru.. jangan lupa kirim kad.. ehh ke salah ucapan

    ReplyDelete
  8. bagus sebagai persediaan sebelum kahwin.

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)