Saturday, August 22, 2015

10 Tips Menguruskan Badan.

Assalamualaikum
hye semua :)

Raya dah lama berlalu kan tapi berat badan naik mendadak sampai nak pecah penimbang tu..
biasa la makan macam-macam. Mana boleh kawal nafsu time raya, bangun je pagi makannnnn...pergi ke rumah saudara ,kawan-kawan makan lagi..makanan berat pula tu.
Ada yang kononnya time puasa kurus tapi bila raya berat badan naik mendadak melebihi berat sebelum puasa lagi. Dah mula risau baju tak muat ? Jangan sedih, tak perlu makan pil berpuluh biji sehari semata-mata untuk kurus.
Jom KURUS DENGAN SIHAT ! 
Amalkan 10 tips kurus dan langsing cara sihat dari Kevin Zahri :D
Image result for 10 tips menguruskan badan.
Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar.
Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

Jangan skip hidangan.
Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana
1. nafsu makan akan bergelora
2. metabolisma badan akan menurun.

Kenali keperlukan kalori seharian anda. 
Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. 

Elakkan kalori daripada minuman.
Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. 

Minum air mineral. 
Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan.
Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

Segenggam tangan karbohidrat.
Samada anda makan nasi, roti, mi mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup.
Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

Kawal nafsu makan.
Kawal nafsu makan dari awal supaya badan kita tidak berpeluang untuk terus mengembang.
Jangan tidur terlalu lewat kerana lewat malam nafsu makin kita meningkat.

Senaman tidak wajib.
Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

Image result for DIET
amacam ? agak-agak boleh tak nak amalkan tips menguruskan badan ni ?? jom cuba...yang penting kena usaha oke ^_^
nanti dah kurus jangan pakai baju ketat-ketat pula. :) dapatkan bentuk badan ideal untuk sihat oke !
all the best !

25 comments:

  1. diet 70% dari pemakanan & selebihnya senaman kan :)

    ReplyDelete
  2. amalkan pemakanan sihat inshaAllah selim melim.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian... patut syirah kurus je.. wahhh

    ReplyDelete
  4. singgah mlm.. perkongsian yg menarik

    ReplyDelete
  5. Minun air secukupnya untuk elak makan banyak

    ReplyDelete
  6. Tq for tips.

    Air penting sgt untuk kurus.

    Saya ada stori juga bab kurus ni :http://www.aeinnamusa.com/search/label/Kurus?m=0


    Semoga bermanfaat;)

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah Syira,

    Tips ni sangat membantu kpd yg ingin kurus.. Biar lmbt kurus asal sihat drpd ambil jln shortcut tp sakit.. :-)

    ReplyDelete
  8. salam, kevin zahari nanpak senang tapi nak istiqamah tu payah sikit heheh.
    perkongsian dan peringatn yang baik :)

    ReplyDelete
  9. ASSALAMUALAIKUM, WAH3, SY MEMANG AMALKAN INI,
    DAN NONA IKUT #DIETATKINS sbnrnye skrg nii, hehhee~

    buah tak lehh, senam bie perlu je sebab sdg off carbohydrate katenyeee, hehe~

    doakan nona nk kasik badan ringan, bertenaga ok, tQ infooo

    ReplyDelete
  10. tips yang bagus... setakat ni dok amal minum cuka apple ngan kurma.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. Saya amalkan..lebihkan protein..;)

    ReplyDelete
  12. Tq for the tips syira. hopefully saya dapat buat smua ni :)

    ReplyDelete
  13. nice info.
    nak tambah sikit...
    masalah paling hot dalam diri saya adalah suka sangat minum susu manis. Kalau diet pun tak dapat nak turunkan perut.
    maknanya, kawal gula elakkan perut buncit.huhu...

    ReplyDelete
  14. Info yang sgt useful. hehe

    Btw sy baru buat giveaway khas untuk raya aidil adha.. jom la join kalau berminat.. tq =)

    http://minjee08.blogspot.com/2015/08/nak-menang-baju-raya-aidil-adha-cepat.html

    ReplyDelete
  15. Semua org nk kurus kan..tp jgn terlebih kurus suda.hehe

    ReplyDelete
  16. kuruslah untuk sihat, bukan niat nak pakai baju ketat-ketat.. niat dah tak elok tu.. hehehehe...

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)