Friday, August 28, 2015

Amalan untuk pahala berterusan walaupun selepas mati

Assalamualaikum
hye semua :)

Dalam hidup ni happy macam mana pun, kita perlu lakukan sesuatu demi kebaikan umat. Mesti semua nak rebut pahala dunia akhirat kan...
tapi macam mana nak dapatkan pahala berterusan walaupun kita dah mati nanti ?
Jom baca 6 amalan yang boleh kita lakukan :)



1) Beri naskah Al-Quran kepada sesiapa. Setiap kali dia membacanya, kita turut akan mendapat pahala.

2) Letak water cooler di tempat awam. Setiap yang menggunakannya, kita turut mendapat pahala.

3) Tanam pokok. Kita akan mendapat pahala jika orang atau haiwan duduk berlindung dibawahnya atau makan hasilnya.

4) Derma wheelchair dekat hospital. Setiap kali pesakit menggunakannya, kita turut serta akan mendapat pahala.

5) Terlibat dalam pembinaan masjid walaupun sekadar menderma. Besar pahalanya jika kita menolong orang membina rumah Allah.

6) Menyampaikan ilmu kepada orang lain. Selagi mana orang tersebut menggunakan ilmu itu ke arah kebaikan, insyaAllah kita akan mendapat pahala berterusan daripada Allah.




Sebenarnya banyak lagi amalan yang boleh dilakukan bukan 6 ni sahaja. Boleh sedekah telekung, buku, makanan dan pelbagai lagi keperluan. Pertolongan yang sedikit memberi makna yang besar kepada insan yang memerlukan :) Biar mati diingati. Biar pemberian kita disyukuri !

So, jangan berhenti lakukan kebaikan demi Tuhan :)
Semoga bermanfaat untuk kita.

14 comments:

  1. tenkiu syira...insyaALLAh sama2 kita praktikkan...mati itu pasti;)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Terkesan yang amat mungkin sebab Mrs. A otw ziarah kematian bapa sedara.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum :) singgah blogwalking ^_^
    thanks atas perkongsian ^_^

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas peringatan dan perkongsian yang diberikan..

    ReplyDelete
  5. banyak kebaikan kita boleh lakukan..thanks sharing

    ReplyDelete
  6. idea yang sangat bagus.. ye lah, kita ni selalu xlepas daripada dosa.. amal ibadat pun belum tentu cukup.. idea2 tu sangat membantu suapay bila kita dah mati, pahala tu masih berterusan,,

    Rahsia Tun Mahathir Kekal Sihat diusia Emas

    ReplyDelete
  7. share ilmu tu senang.. selagi org igt selagi tu laa diorang akan sebut sekali dgn penyampainya.. cth cikgu..:)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..sama2 la kita tamakkan pahala akhirat ini..

    ReplyDelete
  9. jom sama2 kita amalkan..tq for sharing syira

    datang singgah dari bloglist ena , nak jemput JOIN dan SUPPORT 1st GA ena : http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html

    TIA

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..jom sama2 beramal..

    ReplyDelete
  11. Semoga perkongsian kita di blog ni pun mendatangkan manfaat juga pada orang lain

    ReplyDelete
  12. In Shaa Allah...thanks for sharing

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)