Assalamualaikum
hye semua :)
Tulis blog ni kadang sampai satu tahap kita rasa nak give up, penat sangat.
Pernah suatu ketika time stpm, nak sangat delete blog sampai dah siap search cara delete blog.
Tapi setiap kali nak delete je rasa berat hati.
dalam setahun juga la blog ni diabaikan. Namun lepas stpm, semuanya berubah.
Syira mula terfikir "why not jadikan blog medium untuk tolong orang lain"
so sejak itu Syira mula delete entry lama yang merapu, tukar layout blog and now segalanya berubah.
Berbaloi ke menulis blog ni ?
for me..YES !
Usia blog ni dah 4 tahun since umur Syira 17 and sekarang umur Syira dah 21.
Pernah suatu ketika time stpm, nak sangat delete blog sampai dah siap search cara delete blog.
Tapi setiap kali nak delete je rasa berat hati.
dalam setahun juga la blog ni diabaikan. Namun lepas stpm, semuanya berubah.
Syira mula terfikir "why not jadikan blog medium untuk tolong orang lain"
so sejak itu Syira mula delete entry lama yang merapu, tukar layout blog and now segalanya berubah.
Berbaloi ke menulis blog ni ?
for me..YES !
Usia blog ni dah 4 tahun since umur Syira 17 and sekarang umur Syira dah 21.
Blog ialah medium untuk Syira mencoretkan sesuatu bertujuan untuk berkongsi.
Mungkin ada darinya yang boleh membawa manfaat untuk kita berubah bersama.
Syira tiada kehebatan dalam seo..pageviews pun tak ada la sampai jutaan pengunjung.
asal ada yag nak baca pun dah cukup buat Syira gembira :)
Apa yang Syira tulis dalam blog ?
my personal life, pendapat Syira, resepi masakan istimewa air tangan Syira Lokman, motivasi, outfit of the day Syira Lokman, giveaway dan paid review dan advertorial.
seronok berkongsi sebenarnya..
bila ada yang pm nak tanya tentang form 6,nak tanya tentang interview..
seronok ! sebab dapat tolong orang..dapat naikkan semula semangat mereka yang rasa tak boleh nak bertahan dengan stpm and share tips belajar.
Kadang bila free, tolong promote link blog dan instagram kawan-kawan.
Syira sangat happy bila aktif berblog tambah lagi bila orang appreciate dan actually say thank you untuk info berguna yang Syira tulis dalam blog. Siap ada orang PM/email untuk tanya lebih lanjut pasal info yang Syira tulis dalam blog.
Lagi best bila masih ada yang cari or baca entry Syira walaupun entry tu entry lama.
Lagi best bila masih ada yang cari or baca entry Syira walaupun entry tu entry lama.
Dulu Syira ada fanpage yang bergabung dengan kawan baik Syira tapi bila dia tak aktif berblog..Syira decide nak buat fanpage baru dengan nama sendiri..sayangg juga sebab fanpage lama dah beribu pengikut..
tapi atas nasihat bro framestone..syira berani mula balik dengan my own fanpage iaitu
---> BLOG SYIRA LOKMAN
Terima kasih Bro framestone sebab pernah cakap kat syira "jangan takut untuk mula balik"
Rakan Blogger ...
Terima kasih setia menjadi guru Syira :)
Tanpa kalian, sehingga kini mungkin blog Syira masih berada di takuk lama...Yang mungkin sekarang pun ada yang tak suka baca :P
Syira sememangnya belum layak mendapat pujian dari kalian.
Terima kasih Hasrul Hassan sebab tak sombong dengan blogger baru and kongsi tips yang amat berguna.
Terima kasih kak Zaza, Kak Julia pemilik blog Akif imtiyaz ,Kak Fiza yang sudi edit blog syira and layan soalan syira macam2 tentang blog..
kalau nak dicoretkan semua nama mungkin dalam 1 entry ni sahaja tidak cukup..
banyak juga yang menjadi silent reader..Syira tahu :)
Terima kasih buat rakan blogger dan klien yang bagi jod review serta advertorial pada Syira.
Terima kasih pihak media, wartawan dan photographer yang sudi beri peluang untuk kisah Syira sebagai pelajar dan blogger dicoretkan dalam majalah serta akhbar.
Masih kerdil ilmunya tapi penghargaan kalian sangat bermakna.
Terima kasih semua yang sudi pm syira semata2 nak tolong syira untuk interview degree. :)
Terima kasih sudi masukkan link blog syira dalam bloglist kalian :)
Terima kasih tukang komen setia yang selalu tinggalkan kata2 semangat setiap kali jejak blog ini dan
Terima kasih semua yang setia membaca setiap entry dari blog ini :)
Alhamdulillah..rezeki Syira :)
Terima kasih buat semua yang menyokong dan berdoa buat Syira saat Syira masih di dalam perut mama hingga ke hari ini. Blog ni hadiah untuk anda, Syira minta maaf andai hasil dari blog ini tidak seperti apa yang anda harapkan.
Tapi blog ialah medium untuk syira menulis sesuatu buat semua :)
Selama 4 tahun menulis blog dari usia 17 hingga 21, alhamdulilah Blog Syira Lokman dicoretkan kisahnya dalam majalah serta akhbar sejak Syira berusia 20 tahun.
Dah ada lebih kurang 6 artikel kesemuanya. Syira dah mula jana wang dari blog walaupun tak banyak macam orang lain tapi cukup la untuk dikumpul and jadikan duit kahwin bila rasa nak kahwin nanti..heehhe...
Syira bukan menulis untuk bangga diri, namun ini satu landasan yang baik untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi diri serta orang lain dengan menyatakan "siapa pun kamu, seusia mana pun kamu, kamu diberi rezeki dan kejayaan untuk dibanggakan usahanya dan bantu memotivasikan orang lain dengan kejayaanmu".
" Sesiapa yang membantu saudaranya untuk menghadapi sesuatu masalah atau kesusahan , Allah akan membantunya untuk menghadapi kesusahan pada Hari Pengadilan .
Oleh itu jika kamu dapati ada saudara kamu yang mempunyai masalah ,
bantulah dia dan Allah akan membantumu pada Hari Pengadilan kelak ."
-Sayyidi Habib Shaykh Hisham al-Kabbani
Kalau nak baca kisah Syira sepanjang tahun pertama menjadi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya, boleh klik sini :)
btw, goodluck untuk adik-adik yang bakal menyambung pengajian di UM dan mana-mana universiti yang lain :) tetapkan matlamat dan bawa harapan bersama hati yang ada Tuhan :)
Untuk blogger baru..jangan putus asa :)
Kita sentiasa "baru" dalam menuntut imu. Masih jahil namun usaha perlu kekal teguh.
You don't always get what you wish for, you get what you work for.
Hidup ni nak buat apa pun kena ada matlamat yang jelas dan usaha yang seiring.
Cari ilmu dan sebarkan ilmu yang bermanfaat. Usaha demi kejayaan dunia akhirat !
Buat blogger, kekalkan niat baik anda untuk terus menulis entry yang bermanfaat.
Bila dah berjaya jangan kedekut untuk tolong orang lain.
Pada mereka yang mengenali diri ini,
pertemuan dan perkenalan dengan kalian memberi pengalaman dan pembelajaran tertentu buat saya.
family,cikgu..kawan2 :)
Ya Allah, banyaknya nikmat Allah bagi kan ? jangan malu dan berat lidah untuk ucapkan ALHAMDULILLAH setiap masa :)
Terima kasih atas segalanya.
Mohon diberi tunjuk ajar dan teguran untuk terus memperbaiki diri yang lemah ini.
Terima kasih. Korang buat Syira terus semangat nak berblog ^_^
Terima kasih buat semua yang sentiasa setia mendoakan :)
Doakan Syira capai impian Syira dan berjaya dunia akhirat.
Moga kita dijauhkan dari lupa diri. Moga Allah lindungi hati ini.
Semoga korang murah rezeki :)
"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu .BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu,
kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri,Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna,
nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
- Imam Hassan Al Banna -
saat rasa paling NIKMAT bukan POPULARITI tetapi saat diri DIHARGAI :)
(nak swap review? PM Facebook)
blog adalah lebih kepada passion, added value-nya...adalah pendapatan... menulis secara maya dengan ikhlas, berkongsi dengan ikhlas, In Shaa Allah, pasti ada ganjarannya...
ReplyDeletesemangat kena sentiasa ada syira.. akak pon kalau jumpe ntry merepek akan akak padam dan tinggalkan yang benar2 berguna sahaja...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSinggah pagi =)
Teruskan menulis..di samping membantu org lain..
Perkongsian yang di kongsikan mungkin amat berguna pada orang lain. =)
tahniah syira :))
ReplyDeleteALHAMDULILLAH , SEMOGA SENTIASA MEMBERI MANFAAT PADA KITE SEMUA APABILA MENGGUNAKAN LAMAN SESAWANG BLOG NI :)
ReplyDeleteTQ SYIRA SELALU BERI TIPS2 YANG BERNAS
nona pd asalnya suka blog syira sebab kaler feveretkuuu, hehe
ReplyDeletebut then dah baca2, stalk semua..blog ni blog berinformasi,
Tahniah ye, semoga terus berjayaa dan bahagiaaa~
tahniah sebab masih bertahan sehingga sekarang...
ReplyDeletesalam Syira
ReplyDeleteteruskan menulis ye , from silent reader (skrg tak silent lagi lah dah comment. hahaah)
semoga syira terus maju dan berjaya.. :)
ReplyDeletesentiasa support antara blogger..chaiyookk syira!!
ReplyDeletetahniah dear..sbb konsisten..akak baru nk bermula ni..hihi
ReplyDeleteBagi akak berblogging dapat berkenal-kenalan dgn rakan blogger di samping berkongsi-kongsi cerita / tips etc dengan rakan blogger lain.. Setiap org ada pendapat & kelebihan tersendiri kannn..
ReplyDeleteBy the way, all the best to you Syira..
onie pun kadang give up gila..tapi sebab minat,onie teruskan :D
ReplyDeletebenda baik, kita kongsi.
ReplyDeletebenda tak baik, kita belajar.
kipidup.
mai tulis blog saja-saja,bila bosan dan tak tahu nak bersembang dengan siapa.heheh...
ReplyDeleteMcm ucapan terima award dah ni !! Keep it up Syira ;) Selamat berkenalan
ReplyDeleteTahniah Syira. Teruskan ja.. Mesti Syira ada follower tersendiri.
ReplyDeleteUntungnya berblog ni, boleh share pengalaman kita dan bila2 pun boleh baca balik. Mungkin berguna utk orang lain jgk. Happy blogging syira!
ReplyDeleteAssalam syira,
ReplyDeletetahniah naaaa
terus berblog :)
keep blogging!
ReplyDeleteKeep It Up, Syira! :D
ReplyDeletesalam alaik syira, actually bila post ni, ia reflect pada diri akak, akak blog , suka menulis, tapi ada saat akak rasa give up nak menulis, rasa nak delete semua lah, tapi satu bila kita dapat sentuh hati org melalui tulisan tulisan kita ia cukup menjadi satu kepuasan.
ReplyDeletefollower myb penting tapi pada yang sentiasa support kita menulis even mereka tidak di arena blog, yang sentiasa menanti tulisan tulisan kita itu jauh lebih indah sebagai asbab kita bertahan dalam dunia blogging.
your story just like me syira ^^
keep sharing.:)
tahniah syira,,teruskan usaha anda..
ReplyDeleteayat yang bawah sekali tu saya suka.. mendalam maksud dia.
Lovely Friday Charity!! Fill Up The Form & You will Receive a GIFT!
Assalammualaikum... syira,
ReplyDeletesemoga syira sukses dalam blog dan juga pelajaran k...
mselim3
pls: mselim3 suka baca madah2 punjangga.. dan ilmuan islam kat blog nie.. contohnya kata-kata saidina ali nie .
"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-
teruskan usaha Syira.. in shaa Allah berjaya..
ReplyDeletememang penat, tapi dalam hati enjoy bila ade reader yang membaca..
ReplyDelete