Thursday, October 15, 2015

Program Giving Back to Society di Pusat Jagaan Titian Oku Nur

Assalamualaikum
hye semua :)

Banyak sangat cerita nak kongsi tapi masa terhad untuk terus menaip dan menaip. 
Entah masih ramai ke tidak pembaca blog Syira Lokman ni ..penuh dengan entry review je sampai tak sempat nak update cerita lain kan..Syira mohon maaf jika blog ni sudah hilang "agresifnya".. 
Sekarang ramai ke tidak viewer tu perkara kedua, yang penting isi yang ingin dikongsi biar mampu menjadi saham akhirat nanti. :) insyaAllah.
Alhamdulillah..Dalam sibuk pun masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk sertai satu aktiviti kebajikan 'Giving Back to Society' di Pusat Jagaan Titian Oku Nur pada hari Ahad 11 Oktober 2015 yang lalu bersama beberapa sukarelawan siswi yang lain.
Sebelum sambung belajar lagi Syira memang dah tetapkan matlamat yang Syira akan penuhkan jadual dengan aktiviti sukarelawan and kebajikan. Sebelum ni ketika berada di tahun pertama pengajian, seronok bermesra dengan kanak-kanak down syndrome, anak-anak yatim, orang-orang tua, dan gelandangan. Kali ini, untuk permulaan sem 3, ini aktiviti sukarelawan pertama yang Syira sertai iaitu Program 'Giving Back to Society' di Pusat Jagaan Titian Oku Nur.



Sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah ini, bagai ada satu dimensi dunia berbeza yang kita tidak pernah sangka ianya wujud.
Setiap kali menjejakkan kaki ke mana-mana rumah kebajikan or sertai aktiviti sukarelawan, pengalaman yang diperoleh tak sama and takkan sama. Setiap tempat ada cerita yang berbeza. Disini, penghuni merupakan kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya.
Pusat Jagaan Titian Oku Nur ini berdepan pelbagai cabaran dan rintangan selama lebih 10 tahun untuk mendaftar sebagai pusat jagaan yang sah. Apa yang menjadikan tempat ini lebih istimewa ? ramai penghuninya adalah golongan oku dan pengasasnya juga pemilik kad oku :)





Disebabkan kekangan masa, tak rasa puas bermesra dengan penghuni rumah ini. Banyak cerita yang tidak sempat dikongsi tapi apa yang jelas "mereka merindui kenangan lalu" ..hidup yang sepatutnya mereka peroleh atas jasa terdahulu. Walaupun hidup dalam serba kekurangan namun penghuni rumah tersebut sangatlah mesra dengan kunjungan tetamu yang hadir. Jika kita tidak dapat membantu mereka dengan wang ringgit, bantulah mereka dengan mengubat hati dan ukirkan seyuman diwajah mereka. Itu lebih bererti. Tak banyak pun gambar Syira bersama mereka, seronok bersembang dan melayan kerenah mereka hingga lupa gambar untuk dirakam tapi nasib baik la ada kawan-kawan lain yang berjaya guna phone masing-masing untuk curi-curi ambil gambar..hehe..ada la juga gambar kenangan di sini.

Minta maaf sebab tak boleh nak share banyak sangat gambar atas sebab tertentu.
Aurat mereka juga perlu kita pelihara bersama :)
Jika ingin tahu perkembangan pusat jagaan ini, jom follow facebook rumah.okunur :)
Syira ingin memohon bantuan dan merayu agar seluruh hamba di dunia sudi menghulurkan bantuan demi membantu penghuni rumah ini. Pusat Jagaan Titian Oku Nur amat memerlukan :


Rumah wakaf
Susu (pediasure vanila,ensure)
Pampers (Pakai Buang)
Ubat-ubatan
Barangan dapur
Barangan makanan 
Sejadah / Telekung / Al-Quran


SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA PUSAT JAGAAN OKU

Lokasi:
Rawang

Alamat Penuh:
No 78, Jalan Sentosa Kampung Melayu Batu16, Rawang 48000, Selangor

No. Hphone :
0126731816 (Pengasas Pn Normah)
0129246027(Whatsapp oku nur)
01123389413(Staff.Cik Faezah)

Diuruskan oleh: Puan Normah Adlan
Jumlah Pekerja : 8 Org
Status Rumah : sewa
Jumlah Orang Tua : 50 orang
Nama Bank : CIMB BANK
Nama Akaun Bank : PUSAT JAGAAN TITIAN OKU NUR
No. Akaun Bank: 1416 0017 533 058

Semoga bantuan kita dapat meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. Insya Allah!



Dalam hidup ni, kita sentiasa rasa semuanya belum sempurna, semuanya tak cukup..dapat 1, nak 2 pula..dapat 2, nak 3 pula..
sampai bila-bila kita tak rasa puas, tak rasa cukup..tapi kita perlu bersyukur dengan secebis rezeki yang kita ada, dengan sekelumit nikmat yang kita perolehi.
mereka tidak sempurna tetapi mungkin jiwa mereka bersih dari kita :)
Di usia ini, mereka wajar disayangi, mereka perlu dikasihi. Namun sekelumit rasa cinta tu sukar dibahagi. Kita hamba bukan sahaja perlu membahagiakan jiwa kita sendiri tetapi juga mencuba membahagiakan insan lain demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
semoga kebahagiaan menjadi milik mereka.
Sertai aktiviti sebegini bukan untuk tunjuk simpati tetapi untuk sedarkan diri bahawa kita manusia perlu ada empati.

Tahniah and alhamdulillah atas kejayaan program ini !
harap projek seperti ni diteruskan sebab ianya menginsafkan dan memberi manfaat untuk mengubah pemikiran kita yang terlalu selesa dengan kehidupan sedia ada.
And yang paling penting.....Syira nak join lagi :D hehe..

6 comments:

  1. Salam syira!,
    seronok kan dapat pi tempat tempat mcm no,
    yes experience la .
    dan bila kita melawat tempat ni kita akn lepbih bersyukur dengan kehidupan kita

    ReplyDelete
  2. seronok. dpt amek pengalaman dan jadikan ia satu kekuatan diri..

    ReplyDelete
  3. seronok. dpt amek pengalaman dan jadikan ia satu kekuatan diri..

    ReplyDelete
  4. sebenarnya universitilah platform terbaik tuk join2 aktiviti mcm nih dan asah bakat kepimpinan...Alhamdullilah,......masih diberi kesempatan utk melakukan kerja2 kesukarelawan under kelab Penyayang UUM :D
    kenkadang sedih tgok diorg especially warga tua T_T

    ReplyDelete
  5. kannnn...program mcm ni bnyk manfaat yang kita sendiri kena rasainya...tak semua dpt pengalaman yg sama :) jom sama2 berjuang utk umat, kita bantu semua org tak kira status :) semoga ini pahala syurga kita ^_^

    ReplyDelete
  6. rindu zaman-zaman belajar dulu..mmg waktu yang terbaik lah.

    Pengedar Shaklee Cheras dan Ampang

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)