Friday, November 13, 2015

Gerai Konvo ASTAR di BERITA HARIAN !

Assalamualaikum
hye semua :)

Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM 2015) dah lama berakhir, Syira nak share cerita tapi kekangan masa :( ada lagi 5 entry dalam draft yang entah bila nak publish.
Biar lambat asalkan berupdate..tak gitu ?? :P hehe..okee..meh Syira nak story..
 Kalau tahun lepas, Syira AJK Biro Makanan tapi kali ini Syira merupakan AJK Biro Minuman :D Kalau sesiapa yang datang Gerai Konvo Astarlicious tu confirm jumpa Syira..hehe..




Gerai Konvo ASTAR berniaga di FESKUM bermula 17 OKTOBER 2015 – 24 OKTOBER 2015. Yang ni memang dah macam aktiviti tahunan Kolej Kediaman Pertama la. Bilangan peserta yang join program ini termasuk Syira sendiri lebih kurang 100 peserta di mana semuanya merupakan pelajar Kolej Kediaman Pertama.



Join projek macam ni best sebab boleh kenal ramai kawan-kawan terutamanya junior sebab ni kira macam projek pertama yang junior akan serbu nak join. Memang majoritinya semua pelajar tahun pertama dan akak Syira pelajar tahun dua masih kekal dalam team gerai konvo ASTAR buat kali ke 2. Bio le kome jemu ke idok tengok muka Kak Syira comel ni, janji akak suka akak join..hahaha..


Gerai Konvo ASTAR 2015 bukan buat saja-saja suka tapi ada misinya tersendiri iaitu melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berdaya saing dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, memastikan mahasiswa-mahasiswi mempunyai sifat suka bersaing secara positif untuk memajukan diri ke arah kecemerlangan serta hebat dalam pengurusan berorganisasi terutama dalam bidang keusahawanan. And paling penting nak melahirkan golongan mahasiswa yang holistik yakni cemerlang dari segi akademik, ko-kurikulum mahupun sahsiah. haaa..gituuu..padu tak ayat ???
agak-agak Syira holistik bombastik akustik romantik artistik tak ? :D
PENGARAH : MOHD NOR SAUFI B MOHD KHAIRUL ANUAR
Tema Gerai Konvo ASTAR tahun ini ialah “Astarlicious Delicious”. Kelainannya tahun ni siap ada photobooth ala-ala rustic khas buat pelanggan nak selfie ke wefie. Tapi yang wajibnya, team kami la yang bergambooo dulu.







Pilihan menu tahun ni banyak sangat sampai koyak la poket beli macam-macam makanan. Semua sedap tambah bila masakan still panas, memang perghhh !  terliur laa..

MAKANAN

burger biasa
burger special
burger special cheese
burger cheese
sandwich telur
roti hotdog
fries (per packet)
nasi ayam goreng berempah
lamb chop
otak-otak
popia maggi (per packet)
nasi lemak
aiskrim goreng
aiskrim 1malaysia
buah-buahan

AIR MINUMAN

ocean blue
orange splash
laici rose
laici
kopi
teh
milo
frozen freeze (ice blended)


Pengalaman join pelbagai projek kolej macam ni akan buat kita kenal diri kita, kelebihan and kekurangan. Projek macam ni, semangat berpasukan tu penting. Penat pun tak rasa bila kita happy dengan apa yang kita buat, betul kan ? :D
paling syok bila GERAI KONVO ASTAR 2015 dicoretkan dalam Akhbar Berita Harian 12 November 2015 yang lalu :D TAHNIAH TEAM GERAI KONVO ASTAR !
Semoga kejayaan seperti ini berterusan dan kita sama-sama berusaha untuk menaikkan nama Kolej Kediaman Pertama iaitu Kolej Tunku Abdul Rahman (ASTAR)

Alhamdulillah..banyak sangat aktiviti tahun ni..
tapi masih mampu menyiapkan assignment pada waktunya and tak sabar menunggu tamatnya sem 3 :D cepatnya masa berlalu..tinggal 5 minggu je lagi.

Syira mohon maaf sebab jarang blogwalking, jarang tinggalkan komen and jarang promote business atau blog korang..
Syira banyak kerja yang belum selesai and kadang-kadang wifi kolej pun penat nak berlari lajuu..

Terima kasih juga buat semua sponsor dan peserta giveaway Syira ! yang tak join boleh klik link ini dan join cepat sebelum 25 November 2015 oke. Wang tunai dan buku serenity untuk dimenangi :D

korang doakan Syira berjaya dunia akhirat ye ^_^
semoga kalian diberkati !

2 comments:

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)