Friday, November 20, 2015

Kedai Jalanan buat Gelandangan.

Assalamualaikum
hye semua :)

"Kedai Jalanan anjuran Jabatan Gender FSSS Universiti Malaya bersama Srikandi Malaya"

Salah satu misi bila masuk U adalah nak join seberapa banyak aktiviti sukarelawan. Alhamdulillah, peluang sentiasa ada. Kali ini sebelum balik cuti midsem, sempat lagi menjadi sukarelawan untuk program "KEDAI JALANAN". Siapa yang dah tengok facebook dan instagram Syira mesti tau Syira pernah join team Kedai Jalanan. Objektif utama kedai jalanan ini ialah memberi pakaian kepada gelandangan tidak kira bangsa, jantina dan usia. Lokasi untuk aktiviti kali ini, kami menyerahkan pakaian di sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lebih 300 pakaian lelaki,wanita dan kanak-kanak telah diberikan. Mereka diberi hak untuk memilih bukan sekadar menerima. Itulah apa yang "Kedai Jalanan" cuba lakukan supaya mereka rasa dihargai dan diberi peluang untuk memilih apa yang disukai.

Nasib kita dan mereka berbeza, luaran kita nampak lebih sempurna namun status kita dan mereka sama. Kita dan mereka juga HAMBA :)
Yang tak tahu siapa lagi banyak dosa atau pahala.

Memberi untuk kebahagian. Itulah misi dalam perjalanan menuju Tuhan :)
Semoga makin ramai yang ikhlas membantu. Terima kasih kepada semua sukarelawan, termasuk yang di belakang tabir yang bekerja keras dalam menyusun, kemas dan bahagikan barang-barang persediaan untuk hari tersebut. Akhir sekali, terima kasih kepada semua penderma.
TAHNIAH penganjur dan semua sukarelawan. ^_^ 
Semoga kejayaan dunia akhirat menjadi milik semua hamba di dunia. :)



* Kedai Jalanan merupakan pop-up kedai jalan percuma bulanan yang disediakan untuk golongan miskin yang tiada tempat tinggal dan bandar Kuala Lumpur. Ia adalah satu projek yang dimulakan oleh fakulti dan pelajar Program Pengajian Gender di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, dan disokong oleh ramai kawan yang baik dan sukarelawan. Jika anda berminat untuk menderma barang (kami mengalu-alukan pakaian orang dewasa, telefon, dan bekas air), kita mempunyai dropbox di hadapan Bank Simpanan Nasional di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Untuk maklumat lanjut, hubungi rusaslina@um.edu.my


4 comments:

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)