Assalamualaikum
hye semua !
Ramai sangat yang teruja nak tahu cerita outbound Syira ni. Syira minta maaf sebab lambat nak publish entry. Syira sibuk dengan program setiap minggu sampai la hari ni Syira cuti midsem baru dapat update.. Oke meh sini Syira nak share.
jangan bosan pula baca sebab kalau Syira dah start menaip ni, memang tak boleh stop ! hehee...
Oke, Program Kajian Diversiti dalam Pembelajaran ini berlangsung selama 9 hari, iaitu bermula dari 21 Februari hingga 29 Februari. Program ni macam program pertukaran pelajar la.
Masa ni, kalau di UM, sem baru dah mula tapi bagi 21 orang pelajar kaunseling yang terlibat, kami mulakan kuliah di Universitas Indonesia :D wehuuu ~~
Fokus outbound kami kali ni ialah dalam bidang psikologi. Kalau di Indonesia ni, bidang psikologi memang kira top juga la, sebab tu kalau google maklumat berkaitan psikologi, memang akan jumpa nota yang menggunakan bahasa indonesia. Kuliah dekat sana, lebih kurang di UM je cuma student sana rajin pergi kelas baca buku tebal-tebal, siap buat group discussion guna buku tu and group discussion diorg berkesan oke,siap present hari yang sama dengan maklumat yang super kebabommm. Selalu Syira kalau buat group discussion ni, sembang je lebih, kerja ntah ke mana. tapi diorg gunakan masa tu sebaiknya. Paling terujaa bila sesi soal jawab. ramai sangat sangat yang angkat tangan and bertanyakan soalan..fuhhh..tak krik krik langsung, sebelum tanya tu siap hurai fakta dulu baru teruskan dengan soalan, nampak sangat diorg dah baca awal-awal sebelum kelas.
Di Unversitas Indonesia, memang ada Fakulti Psikologi or di sana lebih dikenali sebagai Fakultas Psikologi. Sepanjang 5 hari kuliah di sana, kami masuk ke beberapa kelas antaranya ialah Teori keperibadian klasik, Psikometri, Rancangan penelitian psikologi, Psikologi kognitif, Psikologi kerja ,Sistem saraf dan tingkah laku, Psikologi bermain dan Psikologi forensik. Semua best and lecturer pun sporting !
Yang ni kelas Rancangan Penelitian Psikologi dimana kami belajar dalam auditorium yang berbentuk separa bulatan. Memang orang sini nampak orang sana, orang sana nampak orang sini. Diam tu konon je acah-acah study padahal mata ke lain.
Diam diam berpandangan, mata bertentang mata ~~ ecece...
Kalau duduk bertentangan tu memang lirik lirik mata, bukan tengok lecturer yang mengajar tapi tengok jodoh...hahha
Masuk kelas Psikologi Industri, lecturer comel ni speaking omputeh pula dengan kteorg, dah la muka dia macam korea, so time tu memang feeling-feeling macam ada kat korea la :D hehee..masalah bahasa di sana tak rumit pun sebab Malaysia dan Indonesia serumpun kan :) cuma ada sesetengah perkataan berbeza makna dan penggunaannya...krik krik juga la bila tak faham, tapi kami angguk sajeee :P
Dalam 5 hari kuliah tu, kami sempat tour 1 Universitas, melawat library Universitas Indonesia. Kalau nak tau, library ni merupakan library terbesar di Asia Tenggara :D hebat kan ? Library macam mall, ada pelbagai jenis cafe, kedai buku and ruang belajar yang super duper lawaaa :D
siap ada starbuck coffee lagi.
Syira tak minat sangat starbuck so tak teruja macam orang lain..
alang-alang ada kat sini, kami pun bergambar acah-acah hipster depan library ni :D
Sepanjang di Universitas Indonesia, kami ditempatkan di asrama. Sama je seperti di Malaysia cuma bilik tu takde kipas..haha..kecoh juga la mula-mula sampai tapi rupanya kami dapat tahu kat sana memang tak disediakan kipas dan iron. Student bawa sendiri..
Kadang-kadang rasa malunya, baru takde kipas and iron dah tak senang duduk.
Tak bersyukur..hmm hmm..
Disebabkan orang kat sana baik-baik. Diorang sanggup bagi pinjam iron selama seminggu tu :D hehehe...mana boleh kan gegadis ni tak iron baju tudung, rosak mood !
hahaha..perempuan kot !
Perbezaan yang ketara juga antara Indonesia and Malaysia ialah ruang solat dan wudhuk wanita terbuka. Ada sesetengah kawasan je yang tertutup sikit but mostly yang kami pergi tu terbuka. Bukan masalah besar pun cuma agak kekok bagi kami yang dah biasa dengan ruang wudhuk and solat tertutup, biasalah perempuan kan...faham faham je la.
5 hari di sana asyik masuk kuliah je kan..so 3 hari yang terakhir kami tour Bogor, Jakarta, Kota Tua and paling best shopping !!!
serius peruntukan masa 3 jam utk shopping dimanfaatkan sebaiknya !
Barang di Indonesia kan memang lebih murah !
gigih semuaa beli barang macam lepas ni balik Malaysia nak jual borong 3 RM10. Banyak sangat sampaikan bila nak balik, bas tak muat..hahaha..
ni lagi satu kisahnya, perempuan kan bila diajak bergambar memang nampak la kesepaduan dan kekukuhan ikatan tu. semua acah acah cantik !
Kota Tua Jakarta ni salah satu tempat yang kami lawati. Kota Tua juga dikenal dengan sebutan Batavia Lama (Oud Batavia). Kat sini memang ramai orang lepak and ada jualan, persembahan rakyat serta pengunjung boleh bergambar dengan watak-watak animasi yang comel-comel. Upin Ipin and Boboiboy pun ada tau !
Monumen Nasional atau popular disingkat kepada Monas atau Tugu Monas, adalah tugu peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenangkan jasa dan perjuangan rakyat Indonesia untuk mendapatkan kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pembangunan tugu ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk orang awam pada tanggal 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala.
Tugu Nasional terletak di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat.
Haa..nampak tak ayat google, jenuh la kalau Syira nak hafal semua sejarah tempat-tempat ni..
hahaha :P
Kalau korang nak tahu, Gereja ni betul-betul berhadapan dengan Masjid.
Masjid Istiqlal dan Gereja Katedral Jakarta terletak di Jakarta Pusat tidak terlalu jauh dari Monumen Nasional (Monas). Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara.
Yang paling unik adalah Masjid Istiqlal dirancang oleh seorang arkitek yang beragama Kristen bernama Frederich Silaban. Gereja Katedral Jakarta pula merupakan gereja Katholik yang sudah dibangun sejak 21 April 1901.
Banyak sangat tempat menarik di sana rasa tak cukup 9 hari tu. Seronok bila dapat peluang timba ilmu dan pengalaman terutamanya bukan di tempat kelahiran sendiri. Sangat unik and if kita pandang dari sudut berbeza, setiap apa yang Allah ciptakan ada keunikan tersendiri dan if kita memanfaatkannya pasti kita dapat ilmu yang baik untuk dikongsi bersama :)
Seronok seronok juga ...tapi kena balik Malaysia untuk teruskan kuliah.
Sebelum balik Malaysia pun kami sempat singgah ke beberapa tempat seperti Taman Mini Jakarta. Disini pelbagai rumah budaya Indonesia direplikakan.
Sangat menarik tau rekaan rumah-rumah ni. Di Indonesia memang terkenal dengan kepelbagaian keunikan budaya mereka ! hebat !
Sepanjang kami di sana, kami dijaga oleh 3 gadis gadis cantik dan 2 jejaka tampan dari pimpinan Fakultas Psikologi. Baik sangat diorg ikut je apa kami nak, nak pergi mall dapat, nak pergi toko buku murah dapat, yang paling penting, setiap saat kami selfie and diorang sabar je tunggu.
Terima kasih Dinda, Nyanya, Norma, Faisal dan Adi sbb setia tunggu kami selfie and layan je perangai kami ! sweet sgt ! serius sampai ke hari ni masih rinduuuuuu :'(
rinduuu nak tidur tanpa kipas, jalan-jalan sama, makan bakso sedap ! nasi ayam penyet..perrghh perrghh..banyaknya makanan best best ! rinduuu..
Terima kasih Allah sebab bagi peluang ni and thanks juga semua yang terlibat ! semoga rezeki korang melimpah and dianugerahkan kehidupan yang hebat seperti hebatnya rezeki Allah :)
semoga ketemu lagi Universitas Indonesia ! :D
Rasa macam teringin pula nak buat outbound marathon punya :D seminggu ni Indonesia, then Korea, Amsterdam and so on..hahhaa.. Seronok lihat budaya dan kehidupan orang lain.
Disebabkan sibuk dengan projek kolej..masa midsem ni juga la dapat habiskan menaip etry panjanggggg ni and yes ! berjaya publish !! ^_^
hahaa..gigih la cari mood nak menaip, tapi demi pembaca setia yang dok tunggu my new entry.. guys ! this is for you ^_^ semoga bermanfaat !
"Timba lebih banyak ilmu dan pengalaman kerana setiap detik itu akan memberi pengajaran untuk kita rentasi kehidupan dan menilai apa ertinya kita dibangkitkan menghadap Tuhan"
## whatsapp 016 209 3151 untuk order buku #serenitysyiralokman