Monday, April 18, 2016

TIPS Hala Tuju Selepas SPM.

Assalamualaikum
hye semua !
Disebabkan semalam ada junior tanya tips hala tuju selepas SPM. Akak Syira omey angat ni ^_^ nak share sikit la tips and pengalaman akak..sebab akak Syira tau ramai yang keliru lepas SPM ni nak masuk universiti ke, matrik ke, asasi, kolej swasta, mara or stpm... kan ? so akak harap tak terlambat untuk akak share sebabnya akak pun dah lama tak share info dalam blog ni.
so just a simple tips untuk adik adik ye :) terutamanya untuk result yang tak berapa cemerlang macam akak :)

Dalam fikiran akak lepas SPM dulu, akak nak pilih UPU first, then MAKTAB, MATRIK, F6 and POLITEKNIK...tapi akak tak mohon politeknik sebab tak minat walaupun ramai kawan yang dapat. Akak juga mohon matrik walaupun masa tu akak tak minat matrik and masih dalam kekeliruan..
kenapa ? sebab akak jenis orang yang tahu apa akak nak and akak buat sesuatu bukan sebab 
"orang lain buat, so aku pun buat".
Bukan sebab tempat ni tak bagus or tempat ni bagus tapi ia adalah pendirian and berkaitan masa depan. Masa isi UPU, akak banyak mohon bidang guaman (law) sebab time tu kononnya minat law la..walaupun tau takkan dapat sebab tak lepas syarat pun. Result SPM akak 4A 1B 4D (aliran sains tulen) and semua subjek yang dapat D tu adalah kimia, addmath,fizik and biologi. Kalau masa tu mohon kos yang aliran sains, memang confirm tak lepas kan. 

Ok, ni just akak Syira nak kongsi pendapat akak. Mungkin pendapat ni tak sama dengan pendapat orang lain and akak tahu setiap orang ada sebab kenapa dia berpendapat sebegini dan sebegitu. Cuma akak nak share pengalaman akak and kenapa akak tegas dalam pemilihan masa depan akak. 
Masuk universiti ni selalunya memang pilihan pertama kebanyakan pelajar. 
Mungkin sebab dari kecil mak ayah makcik pakcik cikgu atok nenek dah siap pesan
"belajar rajin-rajin, besar nanti masuk universti then kerja elok dapat tolong bla blaaa".
Oke nasihat tu  memang sangat bagus cuma ada 1 pesanan akak Syira buat adik-adik.
Pilih sesuatu kerana kamu tahu sebabnya dan kamu tahu ke mana arah tujunya.
Kalau boleh masuk sebab kita nak belajar subjek tu bukan sebab 

"kawan aku masuk U, so aku pun kena masuk U" 
"asalkan dapat masuk U takpe la, tak kisah kos ape pun"..
 
sebab kalau macam ni, kamu takde pendirian lagi..kamu buat sebab orang lain buat tapi kamu tak tahu pun kenapa and apa kamu nak belajar nanti.. memang orang selalu je cakap, dapat mana-mana tempat, sambung je belajar..minat boleh datang kemudian. Tips ni berjaya untuk sesetengah orang tapi untuk akak, susah sikit sebab akak kalau tak minat memang slow.
Sebab tu ada yang dah lepas konvo pun masih tak tahu hala tuju hidup and tak tahu apa gunanya ilmu yang dia belajar 3,4 tahun tu. Belajar sebab nak ilmu tu, please jangan sia-siakan :)
Bila kita buat sesuatu kerana terpaksa or kita TAKDE MATLAMAT YANG JELAS, kita akan sukar menerima ilmu dan mula merungut kerana kita tak nampak hasil dari apa yang kita pelajari atau lakukan. :)



Masa tu akak nak masuk universiti and mohon law sebab akak nak belajar kos tu bukan sebab akak SEKADAR nak masuk universiti macam oarng lain. Then maktab perguruan tak dapat..so akak decide masuk form 6 walaupun akak ada dapat kptm untuk kos multimedia. Bila akak dapat, akak tak excited pun sebab akak masih keliru akak nak jadi apa, apa pilihan akak and akhirnya akak memilih untuk masuk tingkatan 6 dan menolak tawaran kptm walaupun ketika itu orang lebih memandang pelajar kolej dari pelajar form 6. Form 6 ni macam pilihan terakhir la bagi orang lain tapi lepas SPM dulu, form 6 adalah pilihan ke 3 akak. kenapa ? akak tak pasti tapi akak yakin dengan kata hati.

Lagi satu isu yang timbul dalam pemilihan adik adik nanti ialah 

"kamu ambil kos tu nanti nak kerja apa? " 
"kos tu dah ramai sangat sekarang ni, nanti susah nak dapat kerja"
"ada kerja ke nanti kalau ambil kos tu? susah nanti nak dapat kerja"
'"jangan mohon ni, ramai menganggur sekarang"

Then..orang akan cakap peluang kerja..ambil kos yang banyak peluang kerja..oke..betul tu cuma kmu kena faham..bila adik adik masuk U, adik adik akan belajar 3 atau 4 tahun (bergantung pada bidang pengajian)..mungkin masa tu, kerja yang dulunya orang kata banyak kekosongan, time kamu konvo, dah menjadi lambakan... mungkin orang cakap kos yang adik-adik pilih tu nanti susah nak dapat kerja or takde kerja..yang ni bagi akak..if kamu gigih study, humble, yakin dengan Allah, and asal soft skill, aktif..insyaAllah peluang kerja banyak..cuma kena usaha sebab Allah melihat usaha manusia ! Ramai je yang lepas habis belajar, kerja di luar bidang namun ia juga rezeki kan :) dapat juga kerja..asalkan ada usaha ! Kalau nak sangat bekerja dalam bidang yang sama semasa belajar, rancang dari sekarang. Lihat kelayakan akademik setaraf kelayakan permohonan kerja supaya apa yang kita usahakan mampu membantu kita capai impian kita :)
Berusaha tanggungjawab kita, memberi rezeki hak Allah.. :)

Lagi 1 tips, jangan ikut kawan. Minat adik-adik dengan kawan tak sama and keputusan peperiksaan pun tak sama.
better adik-adik ada pendirian adik-adik sendiri. Fikir semula, 

"kenapa aku nak masuk u"
"kenapa aku nak kos tu" 
"apa aku akan jadi 5 or 10 tahun akan datang"

Orang juga akan cakap, masuk situ susah, masuk sini senang, masuk situ lagi la susah..
bagi akak, susah or senang bergantung pada usaha adik-adik bila dah belajar nanti..tu je.
Kalau senang tapi malas study, tak guna juga kan :) 
Kalau susah tapi adik-adik usaha gigih insyaAllah akan dipermudahkan urusan. You don't always get what you wish for, you get what you work for.
Hidup ni nak buat apa pun kena ada matlamat yang jelas dan usaha yang seiring.
Cari ilmu dan sebarkan ilmu yang bermanfaat. Usaha demi kejayaan dunia akhirat !
Bila dah berjaya jangan kedekut untuk tolong orang lain.

Akak faham perasaan adik-adik masa ni sebab masih kurang terdedah dengan kos apa yang ditawarkan di univeristi dan kos apa yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan, minat dan personaliti adik-adik. Mungkin ada yang terpaksa ikut pilihan keluarga, ada masalah kewangan atau kekangan lain yang menyebabkan adik-adik terhad dalam pemilihan. 
Percaya pada rezeki dengan berdoa kepada ALLAH ! :)

Always do your best. What you plant now, you will harvest later.
Believe in yourself! Have faith in your abilities! Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy. Nak baca tips bila dah sambung belajar nanti, boleh klik sini syiralokman.blogspot.my
Kalau nak tips belajar untuk pelajar STPM, boleh klik cara-syira-belajar. :)
Banyak lagi tips and pengalaman yang akak syira share dalam blog ni..rajin rajin scroll ye ^_^

Ikutkan hati banyak lagi akak nak kongsi, tapi tak larat nak terus menaip. Mungkin ada yang tidak setuju dengan entry ni and bagi akak entry ni pun tak lengkap sepenuhnya sebab akak taip ni pun cepat cepat. Mungkin if ada apa-apa nanti bila free akak tambah or edit :)
Akak Syira doakan adik-adik semua berjaya dunia akhirat and dipermudahkan urusan ! 
Your strength to move forward in life doesn't come from anywhere else but within you.
Pilih yang terbaik. Buat sesuatu kerana ALLAH. :)

Memang akak Syira sendiri belum tentu kukuh masa depannya, belum habis pengajian ijazah pun tapi akak berkongsi agar adik-adik mendapat manfaat  yang mungkin sebelum ini akak kurang tahu or ketinggalan.


Sekiranya ada sebarang pertanyaan or ada yang Syira silap, mohon tegur dan bertanya di link berikut :)
TERIMA KASIH SEMUA ^_^


Facebook : https://www.facebook.com/wan.syahirah.75
Email : syiralokman21@yahoo.com.my
Akan ada jalan buat mereka yang berusaha .
Akan ada rezeki buat mereka yang bersungguh sungguh ingin mendapatkannya
dan
Akan ada kejayaan buat insan yang berjuang kerana Tuhannya ^_^


## sesiapa yang nak dapatkan buku motivasi pertama Syira Lokman iaitu SERENITY..

5 comments:

  1. bagus tips ni SL, semoga bermanfaat kepada adik2 spm leavers

    ReplyDelete
  2. saya dulu lepas spm, terus belajar-belajar sampailah skrang ambik phd

    ReplyDelete
  3. Salam ukhuwah. Panduan yang berguna dan banyak membantu bagi mereka yang akan melepasi SPM dan bakal mahasiswa/wi.

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)